Pada Sabtu, 19 Ogos 2017, saya telah menghadiri majlis Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers Party di QSR Trading Test Kitchen, Glenmarie, Shah Alam. Ia diadakan bagi memperkenalkan produk terbaru aneka pes dan sos segera Ayamas Kitchen yang telah dilancarkan baru-baru ini untuk memasak makanan tradisional Melayu seperti Rendang, Kurma dan Masak Merah dengan lebih mudah, cepat dan sedap.
Ayamas Kitchen Untuk Masakan Mudah Dan Sedap
Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers Party dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Rafiq Moosa selaku Ketua Pegawai Operasi. Beliau berkongsi serba sedikit perjalanan Kedai Ayamas yang dipercayai hampir 30 tahun dalam rangkaian penjualan produk berasaskan ayam. Sejak pembukaan outlet pertama pada 29 April 1988, Kedai Ayamas kini mempunyai 46 outlet di seluruh negara.
Beliau turut menerangkan tentang QSR Brands yang mengawalselia produksi, pemprosesan dan perbekalan kepada 450 restoran Pizza Hut di Malaysia dan singapura serta 750 restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Justeru, setiap aspek pengeluaran termasuk pes dan sos Ayamas Kitchen ini adalah mengikut piawaian ketat JAKIM dan MS1500:2009.
Ayamas Kitchen: Cepat, Mudah, Lazat
Kami juga turut menyaksikan demonstrasi masakan menggunakan pes Ayamas Kitchen. Ia bukan sekadar mudah untuk dimasak dan disediakan oleh sesiapa sahaja, malah menjimatkan masa memasak. Hanya tumis hirisan bawang hingga naik bau, masukkan pes Ayamas Kitchen dan ayam yang sudah digoreng. Kemudian, masukkan bawang dan gaul hingga sebati dan mendidih... siap.Video ringkas demo masakan boleh di tonton di akhir artikel ini.
Sejurus demonstrasi masakan selesai, kami dapat merasai sendiri Rendang, Kurma dan Masak Merah yang dimasak menggunakan Ayamas Kitchen yang dihidangkan bersama nasi hujan panas dan nasi himpit sebagai juadah tengah hari. Pes Segera Ayamas Kitchen ini sememangnya sedap dengan citarasa asli masakan tradisional Melayu dalam setiap hidangan.
Sajian dengan pes Ayamas Kitchen memang sedap. Padat dengan campuran rempah asli dan sememangnya pilihan terbaik untuk menghasilkan kuah yang lazat sama ada untuk memasak ayam, daging dan juga makanan laut. Selain itu, Ayamas Kitchen juga turut memperkenalkan serbuk stok ayam untuk menaikkan lagi rasa hidangan.
Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers Parti turut dimeriahkan lagi dengan sesi santai 'contest' soal jawab sambil menjamu selera. Penyampaian cenderahati turut diberi kepada yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan betul sebelum berakhir sekitar jam 2 petang dengan sesi bergambar.
Penghargaan terima kasih kepada QSR Brands (M) Holdings Berhad Upstream Division atas penganjuran Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers’ Party. Majlis yang meriah, hidangan pun sememangnya sedap… terasa seperti hari raya :).
Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers Parti turut dimeriahkan lagi dengan sesi santai 'contest' soal jawab sambil menjamu selera. Penyampaian cenderahati turut diberi kepada yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan betul sebelum berakhir sekitar jam 2 petang dengan sesi bergambar.
Penghargaan terima kasih kepada QSR Brands (M) Holdings Berhad Upstream Division atas penganjuran Ayamas Kitchen Pastes & Sauce Bloggers’ Party. Majlis yang meriah, hidangan pun sememangnya sedap… terasa seperti hari raya :).
Pes Segera Rendang, Kurma dan Masak Merah Ayamas Kitchen kini dijual dengan harga serendah RM2.80 (100g) dan boleh didapati di kesemua outlet Kedai Ayamas seluruh Malaysia.
Info lanjut di Fb Page Kedai Ayamas – Ayamas Rosater dan website www.kedaiayamas.my
Jom tonton video ringkas demo masakan dengan pes Ayamas Kitchen
Ayamas Kitchen - "Cepat, Mudah, Lazat"