Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all 711 articles
Browse latest View live

Dragon’s Den Competition - Pembentangan Idea inovatif Keusahawanan Pelajar INTI

$
0
0
Baru-baru ini, University of Hertfordshire yang merupakan rakan institusi pengajian INTI telah menganjurkan pertandingan keusahawanan Dragon's Den Competition. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar INTI International College Kuala Lumpur yang disyarat membentangkan idea dan konsep perniagaan yang inovatif kepada 3 ‘Dragon’ selaku pengadil pertandingan.

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

Dragon’s Den Competition University of Hertfordshire


Dragon’s Den Competition mengetengahkan kreativiti setiap peserta untuk memikirkan secara menyeluruh disamping perlu mengemukakan pelbagai aspek idea yang selaras dengan kepentingan realiti perniagaan. Pembentangan selama 2 minit itu perlu meyakinkan para pengadil yang arif dalam pelbagai bidang tentang idea perniagaan yang diketengahkan. 

Peserta turut diberi masa selama 30 minit untuk mengemukakan cadangan perniagaan terbaik sebelum ia dibentangkan kepada ketiga-tiga 'Dragon' diwakili Julie Newlan, Pro Vice-Chancellor (Business and International Development), Stuart Smith, Head of International Recruitment dan Sam Poulton, Regional Manager of Europe and The American daripada University of Hertfordshire..

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,
University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

Tempat pertama Dragon’s Den Competition dimenangi oleh Navinder Singh, merupakan penuntut tahun akhir program 3+0 BA (Hons) Business Administration, University of Hertfordshire. Beliau dianugerahkan biasiswa yuran pengajian bernilai £4000.00 (RM21,805.00). Navinder meluahkan kegembiraannya dan turut berkongsi nasihat kepada bakal peserta akan datang agar yakin apabila membentangkan sesuatu idea.

Selain itu, 1st Runner-ups dimenangi oleh Ginny Cheah Boa Gin dan Hiew Wei Lik, penuntut tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Finance, University of Hertfordshire dan dianugerahkan biasiswa yuran pengajian bernialai £2000.00 (RM10,902.00) setiap seorang.

Manakala 2nd Runner-ups pula dimenangi oleh Wong Sue Ee dan The Yun Lei, juga pelajar tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Finance, disertai Tommy Eng Yon Lek, tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Event Management dan Marketing dan Putri Sofea Asjad, pelajar tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Marketing. Setiap seorang dianugerahkan biasiswa yuran pengajian £1,000.00 (RM5,451.00).

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

“This competition provided studens a chance to critique their entrepreneurial outlook and helped them think as business leaders would in a realistic environment. We are keen to deliver a practical learning environment at INTI to ensure the students are work-ready employees upon graduation.”– Julie Newlan.

Justeru, tahniah diucapkan kepada semua pemenang Dragon’s Den Competition. Pertandingan ini merupakan antara inisiatif yang strategik dalam menyuntik kemahiran praktikal peserta berkaitan realiti perniagaan. Ia juga merupakan antara elemen persediaan terbaik mendidik bakal pemimpin perniagaan dalam aspek pemerkasaan keusahawanan dan sosio-masyarakat berdaya maju.


Leadership Talk Oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar Sebagai Inspirasi Kerjaya

$
0
0
Kepimpinan melalui tauladan… itulah antara perkongsian penting yang oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar dalam ceramah kepimpinan anjuran INTI International College Kuala Lumpur. Beliau yang kini merupakan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah berkongsi pandangan dan pengalaman 25 tahun dalam kepimpinan kepada 80 penuntut dan warga kerja INTI yang terlibat.

Tan Sri Abdul Wahid Omar, INTI International College Kuala Lumpur,

Leadership Talk Oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar


Tan Sri Abdul Wahid Omar yang juga merupakan mantan Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkongsi jurnal kehidupan dan cabaran perjalanan kerjaya daripada CFO kepada CEO sehinggalah perlantikan beliau dalam kerajaan. Ia merupakan satu input perkongsian berharga yang memberi inspirasi kepada semua yang hadir.

Selain itu, antara pandangan yang disampaikan adalah berkaitan prinsip kerjaya. Menurut Tan Sri “Anda pasti sering mendengar ungkapan ‘work smart not hard’. Bagi saya ‘hard work’ merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan untuk ke arah ‘work smart’. Usaha keras memberi pengalaman kepada kita untuk bersedia mengatur usaha dengan cara yang bijak dalam menangani pelbagai permasalahan dan cabaran”.

Tan Sri Abdul Wahid Omar, INTI International College Kuala Lumpur,

Tan Sri juga turut berkongsi kunci utama yang perlu ditanam untuk menjadi seorang pemimpin iaitu integriti, kecekapan dan kerendahan diri serta hati. Tan Sri sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’. Hasil perkara yang kita lakukan lebih memberi kesan dari sekadar berkata-kata sahaja. Pemimpin yang berwibawa dan disenangi memimpin melalui tauladan pada setiap perkara yang dilaksanakan sebagai contoh yang baik kepada semua.

Leadership Talk, Tan Sri Abdul Wahid Omar, INTI International University Kuala Lumpur,

Leadership Talk Inspirasi Bakal Pemimpin Masa Hadapan


Leadership Talk oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar ini sememangnya memberi input yang amat bernilai. Ia juga menjadi tauladan dan inspirasi kepimpinan dalam cabaran pembangunan kerjaya dalam masyarakat kini. Selain itu ia juga menyuntik pemahaman lebih mendalam kepada yang hadir tentang skill yang diperlukan dalam menerajui persaingan trend industri di masa hadapan.

Ini juga merupakan satu elemen penting yang membantu INTI yang telah disenaraikan oleh BDO Governence Advisory dengan 98% pelajar mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan graduasi, 82% beroleh pendapatan lebih tinggi dari average pasaran dan 25% menerima tawaran pekerjaan sebelum graduasi. INTI juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk IBM dan Google.   

Peluang Buat Duit Dan Menangi BMW 330E Sport Dengan Simkad Tronexus

$
0
0
Tronexus Global Sdn Bhdmenganjurkan cabutan bertuah ‘Lebih Mudah 2 Win’ kepada pelanggan premium simkad Tronexus bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 September 2017. Peluang terbaik untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti Proton Persona, 10 buah Basikal Lipat, Motosikal Honda Alpha 110, 5 buah Smart TV, 4 buah Ipad dan pakej pelancongan berjumlah RM18,000 termasuk BMW 330E sebagai hadiah utama.

Tronexus,

Keistimewaan Simkad Premium Tronexus


Tronexus Global Sdn Bhd adalah pengeluar simkad Tronexus yang merupakan anak syarikat Talk Focus Sdn Bhd. Simkad Tronexus ini memberi peluang untuk anda menjana pendapatan dengan menggunakan telefon bimbit. Anda hanya perlu mendaftar sebagai Ahli Premium Tronexus dan sekaligus layak menjana pendapatan disamping menikmati beberapa keistimewaan termasuk komisen berperingkat secara berterusan dan juga bonus tambahan. 

Menarik lagi, setiap ahli premium Tronexus yang didaftarkan dibawah anda membolehkan anda menerima 500MB data secara percuma dan 1 GB data apabila keahlian mereka diaktifkan. Tronexus memberikan pulangan lumayan dengan menggunakan perkhidmatan coverage DIGI. Peluang jana pendapatan tambahan terbaik kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa.Simcard Tronexus ini boleh didapati di kedai-kedai telekomunikasi atau walk-in di HQ Tronexus.

Tronexus, 

Keistimewaan lain yang terdapat pada simkad Tronexus;

- 250 minit panggilan percuma setiap bulan.
- Panggilan serendah 10 sen seminit selepas habis quota panggilan percuma.
- Perkhidmatan SMS serendah 7 sen.
- 1 GB data percuma untuk ahli baru
- Tambah nilai secara mudah atas online, 7-Eleven, E-Pay
  
Menurut Dato’ Sri Eric Yap selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Talk Fokus Sdn Bhd, contest cabutan bertuah Lebih Mudah 2 Win ini dianjurkan sebagai menghargai semua ahli premium Tronexus untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa. Ia secara tidak langsung memberi semangat kepada semua ahli premium yang sentiasa memberi sokongan untuk terus maju bersama-sama.

Tronexus, Lebih Mudah 2 Win,

Peluang Memenangi Cabutan Bertuah Lebih Mudah 2 Win


Tronexusmenawarkan cabutan bertuah untuk disertai dengan cara mudah. Anda hanya perlu menjadi ahli premium Tronexus dengan membeli simcard Tronexus. Pelbagai hadiah hebat dan istimewa untuk dimenangi disamping menjadikan Tronexus sebagai peluang menjana pendapatan.

Info lanjut cabutan bertuah dan menjadi Ahli Premium Tronexus, boleh layari laman web atau hubungi Tronexus melalui alamat dan perhubungan di bawah;

Tronexus Global Sdn Bhd
L-0-1, Kuchai Business Park,
No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur
Hubungi: 1-300-800-188 (9 pagi - 9 malam setiap hari)

Shila Amzah ‘My Journey’ Concert In Malaysia 2017 Di Pentas Arena Of Stars

$
0
0
Penyanyi tersohor Asia Shila Amzah yang juga dikenali dengan jolokan popular ‘Asia’s Sweetheart’, bakal menyinari pentas Arena of Stars, Resorts World Genting dengan persembahan dan keunikan muzik yang telah membawa kemenangan di seluruh Asia dan pengiktirafan antarabangsa. Konsert ‘My Journey’ Concert in Malaysia 2017 ini bakal dipersembahkan pada 26 Ogos 2017 jam 8:30 malam.

Arena of Stars, Resorts World Genting,

Shila Amzah 'My Journey' Concert in Malaysia 2017


Konsep persembahan konsert ‘My Journey’ ini diinspirasikan daripada judul album terkini beliau yang turut mengetengahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah atau nama sebenar NurShahila binti Amir Amzah dalam arena muzik, bermula kali pertama menyanyi secara professional sehingga meningkat popular bukan sahaja diterima di Malaysia malah seluruh Asia dan dikenali dunia.

Antara pencapaian dan penganugerahan dalam kejayaan Shila Amzah sebagai penyanyi termasuk Best Female Singer sempena Global Chinese Music Award ke-15, Female Artist of the Year (Hong Kong dan Taiwan) di Guangzhou Music Award 2015 dan The Best Female Singer (Hong Kong dan Taiwan) Music Pioneer Award 2016. Shila turut tercalon sebagai World’s Best Female Artiste di World Music Award.

Shila juga merupakan duta Tourism Malaysia atas sumbangan mengharumkan nama Malaysia, menerima Anugerah Kembara di Malaysian Music Award ke-20 sebagai kepujian kepada artis Malaysia ke peringkat antarabangsa dan memperkenalkan lagu-lagu Malaysia ke persada dunia. Shila merupakan artis termuda menerima penganugerahan di usia 26 tahun setelah muncul juara Asian Wave, sebuah rancangan realiti pertandingan nyanyian bahasa Cina di Shanghai pada 2012.

Saksikan Asia's Sweetheart di Arena Of Stars


Kini Shila Amzah bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi dan penulis lirik, tetapi juga penerbit, aktres dan ahli perniagaan. Selain dikenali dengan jolokan ‘Asia’s Sweetheart’, beliau juga menerima pelbagai ‘honorific title’ termasuk ‘Princess of Music’ dan ‘National Treasure of Malaysia’.

Justeru, jangan lepaskan peluang terbaik untuk menyaksikan persembahan konsert hebat Shila Amzah ‘My Journey’ di Arena of Stars, Resorts World Genting, jam 8.30 malam, 26 Ogos 2017.

Tiket boleh diperolehi dengan harga RM318.00 (VIP), RM248.00 (PS1), RM188.00 (PS2), RM138.00 (PS3) dan RM108.00 (PS4). Members Genting Rewards Card berpeluang beroleh 10% diskaun dengan pembelian tiket secara tunai, kad kredit atau Genting Points redemption. Satu tiket masuk hanya sah untuk seorang merangkumi dewasa dan kanak-kanak termasuk bayi.

Info lanjut boleh hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Menghayati Khazanah Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW Dan Para Sahabat RA

$
0
0
Menghayati khazanah peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A merupakan satu pengalaman berharga buat diri ini apabila berpeluang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Pameran ini dibuka untuk kunjungan ramai selama sebulan bermula pada 10 Julai hingga 9 Ogos 2017. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

Pameran artifak, Shakiddo, Khir Khalid, Masjid Negeri Selangor,
Kelambu Kaabah - Kehalusan seni dan sejarahnya yang patut kita ketahui

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A.


Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor diadakan atas usahasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd. Alhamdulillah, diberi peluang berkunjung dengan izinNya menyaksikan pelbagai artifak peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A yang dipamerkan.

Meneliti setiap artifak, menghayati khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A bersama kehebatan ketamadunan sains penciptaan Jam Matahari, kehalusan seni tenunan Kiswah, ketelitian pembuatan Kunci Kaabah hinggalah penghasilan Al-Quran Emas yang dicipta dengan penuh penghayatan dan kehalusan senicipta. Justeru, saya abadikan beberapa gambar sebagai perkongsian istimewa kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Jam Matahari Mesir Kuno
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang  Rampasan Perang Saidina Hamzah R.A
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah lama
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Kiswah dalam Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah baharu
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Cebisan Batu Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Antara Cop Mohor Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Ashabul Kahfi
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Batu tertera ayat Quran dari Masjid Kubaa

Terdapat sebanyak 25 artifak asli termasuk rambut, janggut, darah bekam, serban, penutup makam, tapak kaki, tanah makam, cop mohor, tongkat, panah dan capal Rasulullah S.A.W. Turut dipamerkan pedang-pedang rampasan perang Saidina Hamzah R.A, Khalid Ibni Al Walid dan Mu’adz bin Jabal. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu dan dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa serta pelbagai lagi.

Lebih terkesan dalam jiwa ini bila melihat artifak-artifak peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W yang masih terpelihara. Mengamati janggut, rambut dan Penutup Makam Baginda membuatkan diri terasa sayu, Serban dan Panah Baginda menarik perhatian untuk membayangkan kehebatan keperibadian Baginda S.A.W. Paling menarik perhatian bila melihat Darah Bekam Rasulullah S.A.W yang masih kelihatan segar walaupun melangkau usia 1400 tahun… subhanallah.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Serban Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Janggut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Rambut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Darah Bekam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Tanah Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Penutup Makam Rasulullah S.A.W.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W, kaum keluarga serta para sahabat R.A. Sebelum ini hanya pernah melihat replika tempat tinggal dan beberapa peninggalan Rasulullah S.A.W di Kompleks Taman Seni Islam berhampiran. Kali ini apa yang dipamerkan di Masjid Negeri Selangor ini adalah artifak asli untuk tatapan semua yang berkunjung ke sini.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Busur (Panah) Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Bekas Tapak Kaki Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Capal Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Al Quran Bertatah Emas
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang Rampasan Perang Khalid Ibn Al-Walid R.A.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Pedang Rampasan Perang Mu'adz Ibn Jabbar R.A.

Pameran Artifak: Tamadun Islam Mendahului Zaman


Terdapat pelbagai lagi artifak yang melambangkan kehalusan seni budaya dan keagungan ketamadunan Islam turut dipamerkan. Saya juga berasa bertuah kerana dihari yang sama berpeluang mengikuti lawatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini.

Sememangnya ia satu pengalaman berharga melihat dengan lebih dekat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran yang patut dikunjungi seisi keluarga mahu pun lawatan sambil belajar sekolah demi menghayati rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, disamping menghargai kehalusan seni budaya dan inspirasi perjuangan kegemilangan ketamadunan Islam. 

YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Masjid Negeri Selangor,
Lawatan YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur atas pameran yang bernilai ini juga penghargaan terima kasih kepada Denaihati Networkatas peluang yang diberikan. Mudah-mudahan menjadi inspirasi yang bermanfaat buat semua untuk kebaikan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Bersempena pameran, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Pengunjung ke-1000 akan menerima sehelai t-shirt dan pengunjung ke 10,000 akan mendapat sehelai t-shirt dan 1 Al-Quran Digital. Manakala pengunjung ke-100,000 pula akan menerima sehelai t-shirt, 1 Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang. Mana tahu anda salah seorang pengunjung yang terpilih.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017.
Masa: 9.00 pagi – 10 malam.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).

Harga Tiket:
* Dewasa: RM20.00 seorang.
* Pelajar: RM10.00 seorang
* Warga Emas: RM10.00 seorang
* OKU: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma

Tiket boleh diperolehi di pintu masuk, tapi bagi mengelakkan beratur panjang dan memudahkan, adalah disarankan membeli tiket secara online di www.tamadunislam.com

SENIKOME PENG HENG Khazanah Seni Budaya Warisan Pantai Timur

$
0
0
SENIKOME PENG HENG, satu nama unik yang mempamerkan kepelbagaian khazanah seni cipta dan warisan budaya masyarakat Pantai Timur untuk tatapan pengunjung serata dunia. Peluang berkunjung ke sini pada hujung minggu yang lalu merupakan satu pengalaman yang berharga. Sememangnya, ini antara lokasi menarik yang harus dikunjungi terutamanya buat peminat 'kaki seni' mahu pun pengkaji kesenian dan sosio-budaya sekiranya berkunjung ke Resorts World Genting.

Resorts World Genting, Genting Highlands, First World Plaza,
SENIKOME PENG HENG

SENIKOME PENG HENG


SENIKOMA bermaksud ‘Seni Kami’. Perkataan ‘Kome’, dinspirasikan daripada dialek asal yang biasa digunakan oleh penduduk tempatan Pahang serta beberapa negeri lain di Malaysia. PENG HENG pula nama yang tercatat dalam dokumen sejarah Dinasti Ming semasa zaman 1520an, yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu.

Justeru kombinasi nama ‘SeniKome, Peng Heng’ merujuk kepada pameran yang memperkenalkan seni dan budaya masyarakat tempatan Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Pahang. Seperti yang kita ketahui, kawasan Pantai Timur ini cukup kaya dengan masyarakat berbudi bahasa, kesenian dan masih berpegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi. Hasil karya seni dan kebudayaan yang dipamerkan memaparkan identiti Pantai Timur dengan keunikan tersendiri.

SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Pameran keris dan seni replika  Silat yang diperbuat dari besi

Pameran Khazanah Pantai Timur SENIKOME PENG HENG


Ruang pameran di SENIKOME PENG HENG ini direka dengan susun atur etika kesenian. Pengunjung pasti akan menjiwai setiap barangan dan artifak yang dipamerkan sebagai warisan yang bernilai. Antara yang menarik perhatian adalah seni replika gerak langkah Silat yang diperbuat daripada besi dengan seni kreativiti yang halus serta keris-keris yang ada diantaranya menjangkau usia 350 tahun.

Terdapat bahagian pameran seperti ‘Budaya Kita’ yang mempamerkan Keris, Gamelan, Wayang Kulit, Jebak Puyuh dan Kain Tradisional Melayu dan 'Permainan Tradisional' seperti Teng Teng, Congkak, Wau, Layang-layang, Kercang dan Dam. Terdapat juga ruang ‘Orang Kita’ yang memperkenalkan masyarakat Orang Asli Pantai Timur. Saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.  

SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Gamelan atau peralatan muzik tradisional Melayu
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Alat tenunan tradisional
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Puan Mem bersama Mural Kesenian
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Permainan tradisional Congkak, Wau dan Layang-layang
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Permainan tradisional Teng Teng
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Wajah-wajah dan nama suku kaum Orang Asli
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Jenis-jenis Sumpit Orang Asli
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Pameran persembahan Wayang Kulit
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Antara tembikar kesenian Pantai Timur

Turut disediakan, ruang Bilik Tayangan, Seni dan Kraf, Ruang Membaca dan juga Kedai Cenderahati. Malah bukan sekadar itu sahaja, terdapat juga ruang ‘refreshments’ di Kedai Cenderahati yang menyediakan pelbagai pilihan sajian Pantai Timur. Menikmati sajian yang dihidangkan setelah puas meninjau ke seluruh ruang pameran juga adalah waktu yang istimewa. 

Walaupun kedatangan kami ke Sky Avenue, Resorts World Genting pada kali ini turut melibatkan aktiviti jelajah makanan '36-Hours Food Trail' yang akan dikongsikan pada artikel-artikel yang akan datang, sajian di sini tetap menarik selera kami untuk merasai juadah yang dihidangkan. Nasi kerabu dan kuih muih di sini memang sangat sedap!

SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Sajian 'refresments' selera Pantai Timur

Justeru, bagi anda yang berhasrat ke Resorts World Genting, inilah antara lokasi yang patut anda kunjungi. SENIKOME PENG HENG terletak di Level 3, First World Plaza, Resorts World Genting. 

Harga tiket dewasa RM7.00 (Members), RM8.00 (Warga Malaysia) dan RM10.00 (Pelancong). Tiket kanak-kanak RM5.00 (Members), RM6.00 (Warga Malaysia) dan RM8.00 (Pelancong). Pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM25.00 (Warga Malaysia) dan RM32.00 (Pelancong).

Info lanjut boleh layari www.rwgenting.com/SeniKome/ 

Citarasa Kopi Nicaragua La Rosa Starbucks Reserve Sky Avenue

$
0
0
Menikmati kopi Nicaragua La Rosa keluaran terbaru Starbucks Coffee merupakan antara pengalaman menarik sebagai penggemar kopi. Ia peluang istimewa yang menceriakan kerana saya bukan sahaja dapat menikmati kopi berkualiti tinggi di Starbucks Reserve Sky Avenue, Resorts World Genting, malah menyaksikan sendiri teknik membancuh kopi mengikut piawaian adunan kopi antarabangsa

Starbuck Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands,

Nicaragua La Roca Starbuck Reserve


Starbucks Reserve merupakan outlet persinggahan pertama dalam aktiviti jelajah makanan 36-Hours Food Trail ke beberapa kafe dan restoran terpilih di Sky Avenue. Suasana kafe yang selesa mengetengahkan kombinasi klasik, moden dan esklusif. Aroma kopi yang turut menyambut ketibaan kami juga secara tidak langsung membangkitkan lagi keinginan menikmati kopi.

Di sini, kami diperkenalkan dengan keluaran kopi terbaru bernama Nicaragua La Rosa yang merupakan antara kopi bermutu tinggi dari Nicaragua. Ia adalah biji kopi terpilih yang hanya dikeluarkan dalam jumlah kecil dan menjadi antara pilihan terbaik penggemar kopi di seluruh dunia. Terdapat beberapa jenis adunan yang boleh didapati di Starbuck Reserve, Sky Avenue.

Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands,

Coffee Master Starbucks Reserve Sky Avenue


Kami disambut oleh encik Salleh Haron, Senior Manager Public Affair & Digital Strategy, Berjaya Starbucks Malaysia dan Brunei. Beliau juga merupakan Coffee Master bersama Puan Ayesha yang pastinya merupakan individu penting di Starbucks Reserve. Puan Ayesha menunjukkan demonstrasi bancuhan kopi mengikut standard terbaik antarabangsa kepada kami.

Sebenarnya, ia bukan satu tugas yang mudah untuk menghidangkan citarasa kopi yang berkualiti dan terbaik kerana ia memerlukan skill serta pengalaman bertahun-tahun. Selain itu, 'passion' terhadap citarasa kopi juga amat perlu untuk terus menyediakan yang terbaik. Melihat teknik bancuhan oleh Coffee Master ini pun sudah buat saya terliur... tak sabar nak menikmati kopi.

Salleh Haron, Ayesha, Coffee Master, Starbucks Coffee Reserve, Genting Highlands,
Ayesha, Coffee Master Starbucks Coffee, Genting Highlands,

Memang tidak dinafikan yang kopi Nicaragua La Rosa ini sedap. Aroma kopinya pun cukup memikat. Minum sedikit-sedikit pun dah terasa ia adalah kopi terpilih dan berkualiti, malah dengan adunan serta bancuhan dari yang Coffee Master menambahkan lagi keistimewaan kopi ini. Dapat juga serba sedikit tips menarik tentang teknik bancuhan kopi yang terbaik. 

Penghargaan terima kasih kepada En Salleh dan puan Ayesha serta seluruh warga Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue atas keramahan dan layanan mesra. Pengalaman terbaik sebagai penggemar kopi kerana berpeluang menikmati adunan kopi berkualiti yang dibancuh segar oleh orang yang pakar dalam bidangnya... memang best!

Salleh Haron, Ayesha, Coffee Master Starbucks Coffee, Genting Highlands,

Starbucks Reserve Sky Avenue Resorts World Genting


Justeru, jika berkunjung ke Sky Avenue di Genting Highlands, bolehlah singgah ke Starbucks Reserve untuk merasai sendiri adunan terbaik kopi Nicaragua La Roca di sini. Pekena kopi sambil cari inspirasi... Starbucks Reserve terletak di T28-31, Level 3, Sky Avenue, Resorts World Genting.

Sebarang info lanjut boleh anda layari di www.rwgenting.com

36-Hours Food Trail Marathon Makan Sedap Di Sky Avenue, Resorts World Genting

$
0
0
Kali pertama saya menyertai 36-Hours Food Trail di Sky Avenue anjuran Resorts World Genting dan merupakan pengalaman mencabar yang menyeronokkan. Berkunjung ke 18 kafe dan restoran terpilih dalam tempoh 36 jam untuk merasai keistimewaan setiap outlet yang terlibat. Makan-makan, jalan-jalan, berehat, tidur, jalan dan makan, makan, makan lagi… cabaran, pengalaman dan kenangan manis buat diri ini bersama puan mem dan rakan-rakan dihujung minggu… wow! 

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting, Khir Khalid,

36-Hours Food Trail Sky Avenue Resorts World Genting


Ungkapan yang paling tepat ialah “ini ialah marathon makan!” setibanya di pusat membeli belah Sky Avenue, Genting Highland pada pagi Sabtu, 21 Julai 2017. Kami diberi penerangan ringkas, seterusnya, terpulang outlet yang mana yang hendak dikunjungi dahulu sehingga jam 8 malam pada keesokan harinya. Justeru, saya kongsikan 18 kafe dan restoran, menikmati ‘signature dish’ dan ‘specialty’ tersendiri.

Starbucks Reserve

Outlet pertama yang kami kunjungi adalah Starbucks Reserve yang terletak di Level 3, Sky Avenue. Kami diperkenalkan dengan citarasa kopi terbaru Nicaragua La Roca keluaran Starbucks Reserve yang telah saya tulis pada artikel sebelum ini di sini: Nicaragua La Roca, StarbucksReserve.

Starbuck Reserve, Sky Avenue, 36-Hours Food Trail,

DC Comics Super Heroes Café

Ikonik super heroes sememangnya diminati ramai, apatah lagi jika ada café ikonik seumpamanya. DC Comics Super Heroes menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Outlet menarik dengan setiap hidangan disajikan dengan tema Super Heroes DC Comics seperti Superman, Batman, Wonder Woman dan pelbagai lagi. Lihat gambar di atas sekali tu… super power marvels! Dapat juga bergambar bersama Superman dan Batman 6000 kaki dari paras laut :).

36-Hours Food Trail, DC Comics Cafe, Khir Khalid, Sky Avenue,
36-Hours Food Trail, DC Comics, Khir Khalid, Sky Avenue, Genting Highlands,

I Love Yoo!

Restoran I Love Yoo! menyediakan sajian yang simple tapi memikat kerana ia merupakan makanan kegemaran kebanyakkan kita. Antara yang hidangan adalah Taufu Fa, Bubur, Cakoi dan Cakoi Kacang Merah. Kunjungan kami ke sini selepas selesai melawat pameran SeniKome Peng Heng dan 'check-in' di First World Hotel adalah satu 'refreshment' di waktu petang yang dingin. 

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid, Genting Highlands,
36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting, Genting Highlands,

Papparich

Ambil nafas dengan berjalan-jalan seketika di persekitaran Sky Avenue sebelum ke Papparich yang pastinya tidak asing dikalangan kita dengan 'signature dishes' sajian citarasa 'Malaysian'. Antara pilihan kami adalah Nasi Briani, Nasi Ayam, Char Kuey Teow dan Nasi Lemak. Restoran Papparich ini terletak berhadapan pintu masuk platform Awana Skyway di Level 4, Sky Avenue.

36-Hours Food Trail, Khir Khalid, Papparich, Sky Avenue,

Koong Woh Tong

Take a break dengan menikmati khasiat jeli herba di outlet Koong Woh Tong. Terdapat lebih 20 herba tradisional yang diadun rapi sesuai dinikmati semua peringkat umur. Rasanya sedap dan menyegarkan selepas menikmati makan berat sebelumnya. Antara khasiat istimewa adalah detox badan, menyegarkan kulit, membantu pelawasan, mengurangkan panas badan dan pelbagai lagi.

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Just Heavenly

Hidup pastinya kurang manis jika tiada pemanis... kan. Pada sebelah malam memang dah tak larat untuk makan berat-berat. Maka sebaiknya kami manfaatkan menikmati suasana malam di Sky Avenue sambil menikmati Cheese Blueberry Cake dan Chocolate Cake di outlet Just Heavenly... memang heaven... tengoklah sendiri cake kami mmm...

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Inside Scoop

Seterusnya, tambahan lagi pemanis aiskrim istimewa Inside Scoop yang terletak di lokasi berhampiran. Tak sangga makin malam, makin sejuk... makin ramai yang menikmati aiskrim Inside Scoop ini. Kali pertama menikmati Inside Scoop sewaktu meraikan Hari Ibu di sini, sememangnya aiskrim Inside Scoop memang sedap, apatah lagi dinikmati waktu malam... best.

Inside Scoop, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,Resorts World Genting,

Dome Cafe

DOME Cafe merupakan persinggahan terakhir pada malam Sabtu sebelum pulang ke bilik untuk berehat kenyang dan puas. Di sini kami dihidangkan dengan beberapa hidangan popular yang menjadi pilihan pelanggan antaranya Salt Pepper Squid, Wild Mushroom dan Spicy Olio Pasta. Nampak 'luxury' dan terasa keenakannya.

36-Hours Food Trail, Dome Cafe, Sky Avenue,

RichDad

Seawal pagi Ahad, kami meneruskan aktiviti dengan bersarapan di RichDad Gourmet Foods. Persekitaran restoran yang sarat dengan pengunjung walaupun masih pagi. Kami disajikan dengan Nasi Lemak dan Chicken Chop... sarapan pembuka hari yang perfect!

RichDad, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Babajia

Babajia menjadi persinggahan seterusnya menikmati sajian berat waktu pagi. Hidangan di Babajia memang membuka selera antaranya Bubur Cha Cha, Mee Laksa dan Char Kuey Teow. Malah orang-orang di Babajia ini semuanya sangat peramah dan sentiasa tersenyum... meriah.

Babajia, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

San Francisco Coffee

Outlet yang membuatkan saya terkenang minum kopi sewaktu musim bunga di UK dan Europe. Antara pengalaman menarik di San Francisco Coffee, Sky Avenue bila menikmati kopi dan Lasagne di ruangan terbuka dalam suasana tengah hari sekitar 25 Celsius. San Francisco Coffee pun ada orange tau.

36-Hours Food Trail, San Francisco, Sky Avenue, Khir Khalid,

BMS Organics

BMS Organics menyediakan makanan sihat berasaskan organik. Ini juga merupakan kali kedua kami makan di sini. Mee kari laksa di sini sedap dan memang menjadi hidangan pilihan saya jika berkunjung. Makan sambil tersenyum membuat hati bertambah ceria!

BMS Organics, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Dal.Komm Coffee

Dal.Komm Coffee bukan sekadar menyediakan adunan kopi yang istimewa tetapi menghidangkan 'desserts' yang sedap... sangat sedap. Ia membuatkan saya teringat-ingat hingga ke hari ini. Antara 'desserts' yang ingin saya nikmati lagi jika berkunjung ke Sky Avenue di lain masa.

Dal.Komm, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Tian Ma Bird Nest

Bagi menstabilkan perut yang penuh dengan pelbagai makanan sedap, Tian Ma Bird Nest menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Khasiat Sarang Burung sememangnya diperakui dunia memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Rasanya sedap, lagi sedap dimakan panas-panas.

Tian Ma Bird Nest, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

Tokyo Secret

Tokyo Secret memang terkenal dengan Cheese Tart dan Cheese Cake yang disukai ramai. Kali kedua juga dapat bertemu dan berjabat tangan bersama Mr Andy Teh, pengurus Tokyo Secret. Terima kasih juga dapat tapau... bawa pulang, simpan ikut tips Mr Andy dan makan sambil berblogging... very inspirational!

Tokyo Secret, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Tokyo Secret, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Andy Teh,

Madame Waffle

Madam Waffle juga tidak kurang hebatnya. Berpeluang juga tapau Tiramisu untuk dibawa pulang. Antara 'dessert' pilihan bersantai sambil menikmatinya... sayang pula nak makan bila melihat adunan yang cantik dengan strawberi segar... sayang nak makan tapi selera sangat.

Madame Waffle, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

Kyochon 1991

Kyochon 1991, resipi ayam goreng dari Korea ini merupakan antara lokasi kunjungan ramai si Sky Avenue. Mujur juga berjumpa dengan rakan-rakan sewaktu ke sini. Dapat berehat seketika sambil bersembang santai menikmati ayam goreng. Ada dua perisa, original dan pedas.

Kyochoon 1991, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Kyochoon 1991, Irene Chua, Venny Lee, Khir Khalid, Sky Avenue,

Tampopo

Tampopo merupakan restoran makanan Jepun dan lokasi terakhir sebagai pilihan makan malam. Suasana interior yang santai dan ekslusif amat sesuai untuk pilihan seisi keluarga. Sajian yang dihidangkan pun menyelerakan dan sedap-sedap. Saya dan puan mem menikmati sajian Tampopo sepuas hati... perfect.

Tampopo, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Tampopo, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Penghargaan 36-Hours Food Trail Resorts World Genting


Sekalung penghargaan terima kasih istimewa buat Resorts World Genting atas peluang cabaran 36-Hours Food Trail yang menyeronokkan ini... memang best!. Penghargaan juga buat Irene Chua, Jay Ang Tan dan Robyn J Lopez atas segala 'hospitality' dan kemudahan, serta semua rakan-rakan Bloggers dan Influencers yang berkongsi keceriaan sepanjang aktiviti berlangsung.  You guys the best... pengalaman yang best... semua best, best, best! :)

Info lanjut apa lagi yang best di Sky Avenue boleh layari www.rwgenting.com
  

Therapeutic Community Sebagai Elemen Pemerkasaan Kepimpinan Pelajar

$
0
0
Baru-baru ini saya ada menulis di LinkedIn tentang Therapeutic Community (TC) sebagai antara pandangan kajian yang dibentangkan dalam penilaian Innovative Ambassador bersama pengkaji sosial dan pihak berwajib. TC merupakan program permodalan insan yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan digunapakai kebanyakkan negara untuk modul motivasi kepimpinan pelajar hinggalah terapi pemulihan alkohol dan dadah. Di Malaysia TC menjadi pilihan institusi pemulihan dadah, koreksional dan menjadi sebahagian pengisian motivasi pembangunan pelajar.

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

Therapeutic Communiti Dalam Aspek Koreksional


Saya pernah mentelaah program TC ini melalui penglibatan bersama motivator, penggiat, aktivis sosial dan Jabatan Penjara Malaysia. Ia merupakan program yang dilaksanakan dalam fasa ke-2 Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Malaysia, selain program pengisian agama yang diberi nama Halaqah. Penghuni yang menjalani hukuman penjara akan melalui program TC ini pada fasa ke-2 setelah melepasi 3 bulan fasa Orientasi.

Program TC membantu pemulihan penagih dadah secara psikologi dengan menyuntik kesedaran diri, membina ketahanan mental dan membentuk keperibadian positif melalui penglibatan mereka menyertai program ini. Tidak dinafikan, ramai bekas penagih dadah yang bertekad kembali ke pangkal jalan berjaya dipulihkan melalui program TC ini.   

Melalui beberapa sesi tertutup bersama beberapa bekas penagih insaf, kebanyakkan mereka memperakui TC banyak membantu memperkukuhkan niat diri untuk pulih ke pangkal jalan. Di Penjara, TC adalah program yang melalui proses dan fasa waktu yang panjang. Mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan menjalani program setiap hari sebelum dibenarkan bekerja di penjara.

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

TC Saling Membantu Membina Keperibadian Positif


Asas TC bermula dari visi ‘Man Help Man Helps Himself’ seterusnya 13 prinsip program yang wajib diselami setiap peserta sepanjang terapi dilaksanakan. Setiap satu prinsip ada perlaksanaannya yang memberi suntikan kesedaran diri, membantu membina keyakinan dan personaliti positif agar mereka mampu memulakan kehidupan baru yang sihat dan positif.

Konsep “Membantu insan lain agar diri sendiri dapat dibantu” ini secara tidak langsung mengikat setiap peserta dalam satu komuniti kecil yang sama-sama membangun ke arah positif. Perincian program TC berdasarkan 13 prinsip tersebut, jika dipraktikkan sepanjang program secara tidak langsung akan terpakai dalam displin kehidupan secara keseluruhan.

Tidak dinafikan ada dikalangan bekas penagih dadah yang kembali menagih. Tetapi kebanyakan yang berjaya pulih kini mampu bersaing dalam kerjaya yang diceburi dengan sokongan berterusan keluarga dan masyarakat persekitaran. Cuma kebanyakkan yang berjaya tidak mahu tampil secara terbuka atas sejarah hitam, demi menjaga reputasi baru yang dibina dengan sepenuh usaha dan cabaran.

Berlainan pula dengan segmen pendidikan, pembangunan akademik dan pemerkasaan pelajar. TC tidak dilabelkan secara 'direct' walaupun terdapat sebahagian elemen, prinsip dan displin yang tertanam dalam kepelbagaian program yang diimplimentasikan. 

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

TC Sebagai Teras Pemerkasaan Kepimpinan Sosio-Remaja

  
Berdasarkan kajian serta pemerhatian lapangan yang telah dilakukan bersama beberapa pihak berkaitan dan ditauliahkan dalam aspek pendidikan serta bimbingan modal insan, program TC ini diolah mengikut kesesuaian matlamat program yang pada dasarnya tetap bertujuan menyuntik kesedaran disamping memperkasa pembangunan kepimpinan pelajar atau sosio-remaja. 

TC sebagai tulang belakang kepelbagaian modul pemerkasaan remaja dan kepimpinan pelajar. Atas aspirasi tersebut, saya dan beberapa rakan penggiat keusahawanan sosial juga menerapkan sebahagian elemen TC dalam pemerkasaan sosio-remaja dan kepimpinan pelajar. Setiap modul yang dibentang dan dipersetujui sebelum dilaksanakan sememangnya menyumbang impak nilai tambah berkesan dalam displin sahsiah diri, kepimpinan dan kecemerlangan sosio-remaja.   

Huraian lanjut 13 prinsip TC akan saya kongsikan dalam artikel mendatang. Sebahagian portfolio pemerkasaan sosio-remaja juga, boleh rujuk di: Positive Unity For Life.

Street Churros Menganjurkan National Churros Eating Championship 2017

$
0
0
Berita baik buat penggemar Churros!!... Street Churros, rangkaian ‘global no. 1 take out café’, resipi istimewa Korea kegemaran ramai di Malaysia kini menganjurkan pertandingan National Churros Eating Championship 2017 di beberapa cawangan outlet. Pertandingan makan Churros yang mencabar dan menyeronokkan dengan hadiah yang menarik buat pemenang yang menyertainya.

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

National Churros Eating Championship 2017


Petang Sabtu hujung minggu yang lalu, saya telah ke cawangan Street Churros di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya untuk menyaksikan pertandingan National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan. Ia merupakan pertandingan ke-3 diadakan selepas outlet yang pertama di Berjaya Times Square dan kedua di One Utama sebelum ini.

Acara yang bermula sekitar jam 3 petang ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para penyokong setiap kumpulan peserta untuk memberi perangsang dan semangat. Terdapat 3 kumpulan dengan 3 orang peserta dalam setiap kumpulan dengan nama-nama menarik iaitu Team A: Churritas, Team B: Suplex City dan Team C: Topokki. 

Kesemua kumpulan yang bertanding dihidangkan 30 Churros dengan 3 perisa berbeza iaitu 10 perisa Cinnamon, 10 perisa Coklat dan 10 perisa Cheese. Peserta diberikan masa selama 15 minit untuk makan dan makan! Kumpulan yang paling banyak menghabiskan Churros akan dipilih sebagai pemenang pertama dan layak untuk menyertai pertandingan di Grand Final. 

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

National Churros Eating Championship 2017 @ Empire Shopping Gallery


Suasana persekitaran outlet Street Churros di Empire Shopping Gallery bertambah padat dengan orang ramai menyaksikan pertandingan sejurus ia bermula. Bila loceng berbunyi, mulalah kesemua peserta makan sambil penonton bersorak. Melihat pelbagai aksi setiap peserta berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan Churros seberapa banyak dan secepat yang mampu juga membuatkan semua terhibur… meriah!

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,
Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,
Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Selepas loceng penamat dan kiraan rasmi, Team B: Suplex City menang dengan keseluruhan 17 Churros berjaya dihabiskan. Team B: Suplex City memenangi RM200.00 voucher tunai Street Churros dan RM100.00 voucher tunai Softree. Ketua kumpulan juga turut terpilih sebagai pemenang ‘Winner of the Match Award’ dan membawa pulang Limited Edition Street Churros Bottle and fan.

Tempat kedua dimenangi Team C: Topokki dan memperolehi RM100.00 voucher tunai Street Churros dan RM100.00 voucher tunai Softree, manakala Team C: Churritas pula ditempat ke-3 memenangi RM50.00 voucher tunai Street Churros dan RM30.00 vaucher tunai Softree. 

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Jom Churros!... Sertai National Churros Eating Championship 2017


Amacam… ada berani?. Ada beberapa lagi lokasi cawangan yang bakal mengadakan pertandingan untuk anda yang berhasrat menyertai National Churros Eating Championship 2017 ini. Penyertaannya pun mudah, hanya perlu mendaftar dengan menampilkan nombor resit dan tarikh pembelian Street Churros di sini > National Churros Eating Championship Application Form.

Disertakan juga lokasi Preliminary Rounds National Churros Eating Championship 2017:

1) Street Churros @ Berjaya Times Square
- Jam 3 petang, 15 Julai 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 9 Julai 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama
- Jam 3 petang, 22 Julai 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 16 Julai 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang
- Jam 3 petang, 29 Julai 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 23 Julai 2017)

4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya
- Jam 3 petang, 5 Ogos 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 30 Julai 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras
- Jam 3 petang, 12 Ogos 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 6 Ogos 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands
- Jam 3 petang, 19 Ogos 2017
(Sila hantar penyertaan sebelum 13 Ogos 2017)

GRAND FINALS:
LOKASI: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2017
MASA : 3 PETANG

Pastikan tarikh tutup penyertaan di setiap cawangan Street Churros di atas. Sebarang pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila hubungi Cik Izzati: 017-4905098 atau Ms Choco: 018-6699290 untuk sebarang pertanyaan..

Siapa tahu, mungkin anda bakal menjadi pemenang pertama National Churros Eating Championship 2017 ini… JOM CHURROS!

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Justeru, setiap peserta yang memenangi tempat pertama ‘Prelimenary Rounds’ ini layak terpilih ke pertandingan Grand Final National Churros Eating Championship 2017 yang akan berlangsung di Street Churros, Berjaya Times Square pada 19 September 2017. Pemenang pertama Grand Final bakal dapat makan CHURROS PERCUMA selama setahun!

National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan oleh Street Churros ini turut ditaja oleh Cornery – The Popcon Gallery dan Softree. Jom layari website dan follow media sosial Street Churros di bawah;



Instagram: @StreetChurrosMY

JOM CHURROS!

Neffos X1 Telefon Pintar Bergaya Dengan Harga Berbaloi

$
0
0
Pasti ramai dikalangan rakan pembaca yang sudah tahu tentang telefon pintar jenama Neffos dengan dutanya yang anggun sering muncul di kaca TV. Dikenali sebagai peranti mampu milik, Neffos kini memperkenalkan satu lagi siri Neffos X1 dengan rekabentuk berasaskan logam yang bergaya serta penawaran fungsi yang memuaskan. Satu lagi keluaran TP-Link yang mempunyai kelas tersendiri, canggih dan berbaloi untuk dimiliki.

Neffos X1,

Neffos X1 Peranti Mampu Milik Keluaran TP-Link


Baru-baru ini saya telah diperkenalkan oleh rakan blogger Bro Framestone untuk merasai pengalaman menggunakan Neffos X1 ini. Melihat pada keseluruhan fitur dan spesifikasi, perkara pertama yang menarik minat adalah rekabentuknya yang stylish dengan harga yang memang mampu milik. 

Bermula dengan harga RM769, ia merupakan telefon pintar yang berbaloi dalam kelasnya. Neffos X1 mempunyai daya penarik tersendiri dengan rekabentuk logam yang elegan dengan fungsi terkini pengimbas cap jari, pengecasan pantas, pilihan memori setinggi 3GB dengan storan antara 16GB/32GB, micro SD sehingga 128GB. 

Neffos X1,

Keistimewaan Rekabentuk Dan Fungsi Neffos X1


Saya suka dengan rekabentuk Neffos X1 sejak kali pertama melihatnya kerana nampak ringkas dan profesional untuk peranti yang setaraf dengan harganya. Ada sedikit lengkungan di bahagian sisi yang membuatkan ia lebih selesa dipegang malah ringan dengan kenipisan 7.7mm. 

Neffos X1 mempunyai saiz skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 1280x720. Kualiti paparan juga amat terang dengan teks dan gambar yang jelas serta selesa dilihat menggunakan ketumpatan pixel 294 ppi. Paparan Neffos X1 menggunakan kaca 2.5D yang dilindungi dengan kaca Gorilla Glass yang mampu mengurangkan kesan hentakan dan calar.

Neffos X1,

Dari segi fungsi, Neffos X1 mempunyai 'back' dan 'multitasking' yang boleh diubah melalui halaman setting. Membawakan antaramuka menerusi NFUI 1.1 di atas Android 6.0 Marshmallow dan menggabungkan antaramuka stock bersama sokongan theme bagi memberi keseimbangan pada penampilan. Selain itu, terdapat juga penambahan elemen kecil Android 7.0 Nougat untuk notification drawer dan akses butang secara pantas.

Kapasiti bateri juga memuaskan dengan hasil melebihi 24 jam masa nyalaan skrin yang agak lama. Walaupun menawarkan kapisiti bateri 2250 mAh yang dikatakan agak kecil berbanding kebanyakkan yang ada di pasaran, ia memberikan masa bertahan disebabkan penggunaan skrin 5 inci dengan resolusi 720p. Masa pengecasan juga pantas dengan 50% pengecasan dalam masa 30 minit.

Neffos X1,
Neffos X1,

Fungsi Kamera Dan Kualiti Gambar Neffos X1


Neffos X1 mempunyai keupayaan kamera yang cukup baik dengan 13MP Sony IMX 258 untuk kamera utama dan 5MP kamera selfie dengan kemampuan Phase Detection Auto Focus (PDAF) sepantas 0.2s. Prestasi fokus memang pantas dan lancar dengan kualiti gambar jelas, 'clean' dan 'sharp'. Kapisiti rakaman video adalah 1080p dengan audio dan hasil rakaman yang memuaskan.

Saya cuba merakam beberapa gambar untuk menguji kemampuan kamera dalam keadaan asas yang tidak semua kamera telefon pintar mampu memberi mutu imej sebaiknya. Saya memilih waktu penghujung senja, selfie melawan cahaya matahari pada waktu petang dan wefie indoor. Hasilnya memang berkualiti dan memuaskan.

Neffos X1,
Neffos X1,
Neffos X1,

Neffos X1 kini di pasaran dengan harga;
RM769 (2GB RAM + 16GB ROM) 
RM849 (3GB RAM + 32GB ROM).

Pilihan Terbaru Neffos X1 Lite Dengan Harga Lebih Murah


Bagi yang menjangka bajet yang lebih rendah, kini terdapat juga Neffos X1 Lite yang baru diperkenalkan di pasaran dengan harga RM499. Walaupun harga lebih murah, ia masih mengekalkan ciri-ciri spesifikasi yang baik. Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi 2GB RAM + 16GB dengan 2 pilihan warna Cloudy Grey dan Sunrise Gold.

Neffos X1 Lite,

Kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/20 dengan sokongan PDAF (phase-detection auto-fokus) dan dual-tone LED Flash. Manakala kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah. PDAF juga sepantas 0.2 dan masih mengekalkan ciri unlock sepantas 0.2 saat menggunakan fungsi finger print.

Neffos X1 Lite juga boleh didapati secara online di> Lazada. Lebih menarik, setiap pembelian di Lazada akan menerima barangan istimewa edisi terhad berupa Neffos Premium Gift Box atau Fabulous Warrior T-Shitr bertanda tangan Fazura.

Promosi bermula dari 25 hingga 31 Julai (Selagi stok masih ada)

Program Sarjana Muda Online INTI Meningkatkan Kebolehupayaan Digital

$
0
0
Mendepani dunia era informasi teknologi yang semakin maju. INTI International University & Colleges (INTI) kini meneruskan usaha memperkasa sistem pembelajaran dengan memperkenalkan program online sepenuhnya Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan (Bachelor of Business (Hons) - BBUS) Learning Simplified. Program terkini dalam mempertingkatkan lagi keupayaan dan kemahiran digital golongan bekerja yang merupakan sebahagian daripada modul melalui IBM Innovation Centre for Education (ICE).

BBUS Online Learning Simplified,

Program online Bachelor of Business (Hons) Learning Simplified


Setelah 30 tahun, INTI merupakan jenama dihormati dan dipercayai dalam industri pendidikan tinggi swasta Malaysia. INTI adalah sebahagian rangkaian Laureate International Universities, memiliki lebih 70 universiti diiktiraf, lebih 200 kampus di 25 negara dan memenuhi keperluan lebih satu juta pelajar seluruh dunia. Satu penghormatan buat diri ini berpeluang bergiat dalam pemerkasaan sosial dan informasi bersama INTI.

Program Sarjana Muda BBUS INTI online ini merupakan platform pembelajaran paling fleksibel dengan yuran berpatutan. Ia membantu golongan bekerja yang berhasrat melanjutkan pelajaran demi kerjaya. Selain itu, meningkatkan kebolehupayaan dan kefahaman digital warga profesional yang merupakan 30% kemahiran paling penting penilaian prestasi kerjaya masa kini.

Program ini merangkumi empat modul IBM ICE di bawah bimbingan pakar-pakar IBM yang bertauliah. Ia termasuk Analitik Perniagaan untuk Bidang Fungsian, Pengenalan tentang Analitik Perniagaan, Kaedah Kuantitatif untuk Perniagaan, dan Analitik Sosial, Web dan Mudah Alih.

Bachelor of Business (Hons), BBUS, Learning Simplified,

Program BBUS - Learning Simplified Mendepani Era Digital


INTI telah lama memperkenalkan Learning Simplified sebagai platform pembelajaran fleksibel online. Melalui platform inovasi Black Board, program Sarjana Muda Perniagaan BBUS Learning Simplified ini dirangka khusus untuk memudahkan jadual harian para graduan Diploma yang bekerjaya.

Melalui BBUS, pelajar hanya perlu 1 jam sehari sebagai kelayakan. Peperiksaan hanya mewakili 30% daripada penilaian program dan secara online yang memberikan pelajar kebebasan memlih waktu dan tempat peperiksaan. Pelajar akan mendapat bimbingan peribadi dari mentor khusus secara langsung seperti pembelajaran bilik kuliah.

Menurut Timothy Bulow, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI, “Graduan diploma semakin memikul tanggungjawab besar tugasan. Kami dapat membantu dengan menyediakan kemahiran, maklumat dan kelayakan baharu. Namun, ramai tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan dan masa. Program BBUS INTI ini memberi kemudahan tanpa mengganggu keseimbangan kerjaya dan kehidupan.”

Bachelor of Business (Hons), BBUS INTI, Learning Simplified,

Yuran BBUS serendah RM372 sebulan, dengan kemudahan akses sumber pembelajaran 24 jam sehari, 7 hari seminggu. BBUS juga menyediakan pelbagai bantuan kewangan pembelajaran melalui pelan pembayaran ansuran bulanan tanpa faedah, pengeluaran simpanan KWSP atau Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Selaras hasrat menjana pembelajaran cemerlang, INTI berjaya mencatat tahap kebolehpekerjaan graduan mengagumkan 2015. Ia disahkan oleh BDO Governance Advisory dengan rekod kejayaan 98% graduan INTI mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan tamat pengajian, 82% menerima pendapatan lebih tinggi berbanding purata pasaran dan 25% mendapat tawaran kerjaya sebelum tamat pengajian.

Program pertama BBUS Online diperkenalkan adalah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pemasaran – Learning Simplified. Kemasukan pelajar dibuka pada Ogos 2017 dan Oktober 2017.

Maklumat lanjut, sila layari www.newinti.edu.my/BBUS-LS.

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

$
0
0
Bukit Kepong, nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pasti ramai diantara kita pasti teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor.

Galeri Darurat Bukit Kepong,

Galeri Darurat Bukit Kepong


Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung memanfaatkan waktu yang ada singgah ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Satu pendedahan yang baik buat anak-anak yang bersekolah dan pernah menonton cerita Bukit Kepong di TV.

Galeri Darurat Bukit Kepong ini terletak di balai polis tempat berlakunya peristiwa bersejarah serangan pengganas komunis pada 23 Februari 1950. Sayangnya, Galeri ini telah ditutup sewaktu ketibaan kami selepas jam 6 petang. Namun, atas jasa baik polis yang menjaga, beliau membenarkan kami meninjau kawasan sekitar. Terima kasih… kebetulan singgah jalan-jalan cuti beraya.

Bukit Kepong, Muar, Johor,

Galeri Darurat Bukit Kepong dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor pada 23 Februari 2017. Ia mempamerkan sejarah dan informasi semasa darurat dan berkaitan polis serta menghargai jasa 25 anggota polis, keluarga dan orang awam yang terkorban mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong

Tapak Balai Polis dan quaters dahulu terletak bersebelahan dan menjadi sebahagian Galeri. Seperti yang ramai ketahui, bangunan lama Balai Polis Bukit Kepong telah ranap dijilat api dan dibangunkan pula selepas itu bangunan yang lebih terjamin kekuatan dan keselamatannya. Dapat mengambil beberapa gambar persekitaran untuk dikongsikan di blog ini. 

Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,

Di bahagian belakang bangunan Galeri Darurat Bukit Kepong ini terletaknya Sungai Muar dan jeti yang dahulunya menjadi tempat bot polis berlabuh. Di bawah jeti itulah juga tempat dimana Osman Yusof, salah seorang anggota polis yang terselamat dari serangan komunis bersembunyi setelah gagal menyusup keluar untuk mendapatkan bantuan.

Kini seluruh kawasan tebing Sungai Muar yang menjadi sebahagian tapak Balai Polis dan Galeri Darurat Bukit Kepong ini telah dinaiktaraf dengan persekitaran yang cantik dan tenang. Suasana petang secara tidak langsung menimbulkan perasaan sayu terhadap sejarah yang pernah berlaku di sini. Terlintas di minda bagaimana keadaan sebelum tragedi dan kehidupan masyarakat sekelilingnya dahulu.  

Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,

Pusara Pejuang Bukit Kepong


Terletak di seberang jalan kawasan berhampiran adalah Pusara Pejuang Bukit Kepong yang merupakan Tanah Perkuburan Islam kawasan Bukit Kepong ini. Terdapat satu kawasan yang bertembok batu di persekitaran tanah perkuburan itulah bersemadinya para-para pejuang yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Al Fatihah buat semua para pejuang yang terkorban. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka semua dikalangan orang-orang yang beriman. Jasa dan pengorbanan mereka semua merupakan sebahagian penting dalam lipatan sejarah negara yang patut dikenang.

Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,

Bila jam menunjukkan waktu sudah melangkaui 7 petang. Kami pun beredar meninggalkan Bukit Kepong. Walaupun sekejap, jurnal familia berkaitan sejarah memang menjadi antara pilihan untuk diabadikan sebagai kenangan ilmiah buat anak-anak sebagai bacaan dimasa-masa mendatang. Moga jasa pengorbanan insan-insan terdahulu demi kemakmuran tanah air sentiasa dihargai.

Sebahagian Lagi Jurnal Familia Sejarah

Hotel On The Park Resorts World Genting Yang Unik Dan Menceriakan

$
0
0
Hotel On The Park, Resorts World Genting, memberikan pengalaman bermalam yang unik, selesa dan menceriakan. Itulah perasaan yang dirasai sejak mula melangkah masuk menerokai kreativiti persekitaran lobi termasuk rekabentuk dan dekorasi interior bilik hotel yang istimewa. Satu idea pengalaman yang menarik dan menginspirasikan sehingga membuatkan kami teruja!

Hotel On The Park, Genting Highlands, Resorts World Genting, Khir Khalid,
Hotel On The Park, Resorts World Genting

Hotel On The Park, Resorts World Genting


Pada hujung minggu yang lalu, kami telah berkunjung ke Hotel On The Park dan merasai pengalaman menginap di sini. Hotel On The Park ini telah diubahsuai dengan imej serta penjenamaan baharu bertemakan imaginasi dan fantasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan juga rakan.

Persekitaran lobi seluas 8,000 kaki persegi mengetengahkan keunikan kreativiti fantasi yang mampu menghidupkan imaginasi kita. Terdapat susunan cawan besar dan ‘giant bench’ menyambut kehadiran tetamu di ruang lobi pintu masuk. Paling menarik perhatian adalah kreativiti 'trick mirrors' membuatkan kami semua seronok bergambar dengan pelbagai gaya… wow!  

Reception Area di Lobi Hotel On The Park
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
A pillar of higgledy piggledy stacked giant tea cup yang mencecah siling hotel
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Posing di 'giant bench' di pintu masuk Hotel On The Park

Bagi anda yang pernah ke Genting Highlands, Hotel On The Park sebelum ini dikenali sebagai Theme Park Hotel bersempena lokasinya bersebelahan taman tema popular yang telah ditutup pada 2013. Bangunan yang dibina sekitar 70an ini bermula dengan nama Highlands Hotel, juga merupakan hotel yang tertua di Resorts World Genting.

Hotel On The Park berwajah baharu, unik dan kreatif, antaranya sebagai persediaan memenuhi keperluan penginapan pengunjung ke Twentieth Century Fox World Theme Park yang pertama di dunia dan sedang dalam pembinaan bersebelahan hotel ini. Ia masih mengekalkan struktur asal bangunan dengan 448 bilik, tetapi segala kemudahan dan kelengkapan dalaman telah diperbaharui untuk memberikan sentuhan istimewa kepada setiap tetamu yang menginap di sini.

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highland,
Trick mirrors di lobi Hotel On The Park - kredit: www.yeelinda.blogspot.my

Keunikan Dan Keistimewaan Bilik Hotel On The Park


Terdapat pilihan bilik hotel untuk kesesuaian pengunjung. Teruja dengan keunikan 'interior' bilik, saya mengambil beberapa gambar untuk diabadikan sejurus 'check in'. Kami menginap di bilik jenis Quads berkeluasan 260 kaki persegi yang dilengkapi 2 tilam 'queen size' dan boleh menempatkan seramai 4 orang. Cuma, kami hanya berdua sahaja dan bilik ini sememangnya nyaman dan selesa.

Selain itu terdapat juga bilik jenis Sixers berkeluasan 300 kaki persegi yang dilengkapi 3 tilam 'queen size' dan boleh memuatkan 6 orang, serta bilik hotel khas untuk golongan kurang upaya. Segala keperluan seperti minuman, shower gel, berus gigi dan pelbagai lagi lengkap disediakan di kesemua bilik. Kami juga turut dibawa melawati persekitaran dan meninjau beberapa bilik Hotel On The Park. 

Bilik Quads - Hotel On The Park

Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting,
Relax dulu minum kopi susu :)
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Casing TV dan lukisan dinding yang menceriakan.
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Beberapa kelengkapan dan keperluan di bilik 
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Fridge pun ada disediakan... sangat memudahkan.
Quads Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Kasut di bilik pun sangat comel.. happy feet!
Quads Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki, bilik mandi dan tandas yang selesa

Bilik Sixers - Hotel On The Park

Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting,
2 Tilam Queen Size di bahagian bawah dengan Tatami style platform
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Built-up bunk bed memberikan ruang yang lebih selesa
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Tilam Queen Size di bahagian atas
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki dan toiletaries yang lebih luas
Sixers Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Bilik mandi dan tandas berasingan yang juga lebih luas

Bilik Warga Kurang Upaya - Hotel On The Park

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Bilik yang mampu menempatkan keluarga dan warga kurang upaya
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang yang luas memudahkan pergerakkan menggunakan kerusi roda
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki yang direka khas untuk kemudahan warga kurang upaya
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang tandas dan bilik mandi yang luas dan selesa

Hotel On The Park Menerapkan Elemen Inspirasi Seni 


Seperti yang anda lihat, terdapat pelbagai lukisan yang diterapkan pada dinding, lantai dan juga bidai di bilik hotel kesemuanya merupakan lukisan tangan original yang dihasilkan oleh artis senilukis terpilih. Rekabentuk dalaman juga memberikan ruang keselesaan dan juga kemudahan yang menyeluruh.

Saya turut dimaklumkan terdapat 4 honeymoon suites yang direka khas bagi memenuhi keperluan bulan madu, lamaran dan perkahwinan. Lokasi bilik terletak di bahagian istimewa dengan permandangan semulajadi kehijauan hutan dan gunung-ganang Genting Higlands. Sempat saya bertanya untuk melihat bilik tersebut, tapi ada tempahan penuh semuanya... takkan nak ganggu pengunjung berbulan madu pula kan huhu.

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang jalan kaki yang selesa dan privacy
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Kalau rasa nak mengunyah atau haus, tak perlu keluar jauh
English Garden, Hotel On The Park,
English Garden yang terletak bersebelahan Hotel On The Park

Hotel On The Park ini sememangnya memberi inspirasi kepada tetamu yang berkunjung dari aspek dalaman dan juga persekitaranya. Malah lokasinya yang terletak berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik yang lain di sekitar Resorts World Genting, memudahkan pengunjung untuk berjalan kaki sama ada bersiar santai menikmati percutian, makan-makan dan juga membeli belah.

Setelah selesai melawat setiap bilik dan persekitaran Hotel On The Park ini, kami berpeluang berkumpul menikmati makan malam di Coffee Terrace bersama-sama. Bertambah seronok bila berpeluang juga saling mengenali lebih akrab dengan rakan-rakan yang turut sama diundang meninjau keunikan dan keistimewaan di Hotel On The Park ini. 

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Groupfie kenangan petang bersama rakan-rakan 
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Group photo selepas dinner... macam family reunion :)

Menikmati Keunikan Dan Keindahan Hotel On The Park, Resorts World Genting


Tidak habis dengan itu, keesokan pagi saya dan puan mem meluangkan sedikit masa untuk bersiar-siar menikmati suasana pagi di persekitaran Hotel On The Park, Resorts World Genting. Pagi sekitar jam 8 yang sejuk pada 23 darjah celsius, berangin dan berkabus tebal, namun ia juga menjadi sebahagian pengalaman yang menyeronokkan. Wefie-wefie happy-happy! 

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Gambar berlatarbelakangkan Hotel On The Park yang diseliputi kabus
Hotel On The Park, English Garden, Genting Highlands,
Bersiar-siar di persekitaran English Garden di Hotel On The Park
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Kenangan groupfie bersama rakan-rakan di Hotel On The Park

Penghargaan terima kasih kepada Resorts World Genting atas peluang dan kepercayaan untuk pengalaman yang menginspirasikan ini. Sesungguhnya, suasana ruang kreativiti kesenian, keselesaan serta layanan mesra yang diterjemahkan pasti menjadi sebahagian jurnal bernilai dan menginspirasikan buat semua yang menginap di Hotel On The Park ini.

Bagi anda yang berhasrat ke Hotel On The Park, saya yakin ia juga bakal menjadi pengalaman yang bernilai buat anda. Hotel yang unik dengan sentuhan kreativiti seni imaginasi dan fantasi ini pasti tersemat sebagai memori yang menceriakan sepanjang berada di Resorts World Genting. 

Anda boleh dapatkan info lanjut Hotel On The Park dengan melayari www.rwgenting.com.

Rahsia Kulit Muka Sihat Dengan Semburan De Figues Herlysa Vegan

$
0
0
Pasti ramai diantara kita mahukan kulit muka yang sihat, sentiasa segar dan bermaya, malah 'maintain' keremajaannya. Kini dengan De Figues'face mist', impian tersebut bukan lagi angan-angan. Merupakan produk jenama Herlysa Vegan terbaru keluaran VNI Scientfic Sdn Bhd berasaskan ekstrak buah Tin yang pertama di Malaysia dan Asia. 

Herlysa Vegan, De Figues,

Produk 'Face Mist' De Figues Herlysa Vegan

Memang tidak dinafikan, sebagai individu yang bergiat dalam segmen pembangunan sosial dan berblog, memang kita perlu jaga penampilan terutamanya bila berjumpa dengan ramai orang. Kesegaran ekspresi muka sebenarnya membantu meyakinkan banyak pihak dan melancarkan kerja. 

Mujur ada rakan yang memperkenalkan saya dengan Produk terbaru De Figues, Herlysa Vegan ini. Kita hanya perlu sembur di muka pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Pertama kali cuba dah terpikat sebab ia wangi, malah semburannya membantu memberi kesegaran dan keyakinan diri.

De Figues selamat digunakan dan satu-satunya produk 'face mist' daripada ekstrak buah Tin yang diadun bersama bahan-bahan organik seperti vitamin E, Aloe Vera, Witch Hazel dan Ficus Carica. Paling penting, ia bebas dari bahan kimia terlarang seperti Sulfates, Paraben, Propylene glycol.

Herlysa Vegan, De Figues,

Kulit Muka Sihat Dengan De Figues Herlysa Vegan... Itulah Rahsianya.

Khasiat semburan De Figues Herlysa Vegan memastikan kulit muka sihat, sentiasa kekal hidrat dan segar. Formulasinya yang kaya dengan nutrian membantu mempercepatkan proses pencerahan tona kulit dan menjadi anti radikal bebas yang melambatkan proses penuaan.

Malah dengan isi kandungan 30ml, ia mudah dibawa, selamat dan sesuai digunakan bila-bila masa sahaja. Harganya pun berpatutan dan mampu dimiliki serendah RM40.00 sebotol.

Produk De Figues Herlysa Vegan boleh didapati secara online. Ia merupakan produk keluaran syarikat usahawan MARA Negeri Sembilan di Senawang. Justeru, Bagi yang berhasrat menjana pendapatan secara online, info lanjut juga boleh diperolehi di laman web yang saya sertakan.  

Info lanjut atau belian secara online di sini> www.herlysa.com.   


Meet My Future Employer Menyuntik Kesedaran Kepentingan STEM

$
0
0
Pemerkasaan sosio-pendidikan merupakan antara perkara penting era informasi teknologi masa kini. Pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan tinggi, ahli akademik, perunding dan warga pendidik juga turut sama memikirkan kaedah terbaik menyuntik persediaan dan kesedaran kepada pelajar.

Atas aspirasi tersebut, INTI International University & Colleges telah mendepani program Meet My Future Employer bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar sekolah menengah terhadap kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) dalam tuntutan industri.

STEM, INTI, Meet my future employer,

Program Meet My Future Employer INTI


Meet My Future Employer merupakan program tanggungjawab sosial mendekati pelajar sekolah menengah dalam menyuntik minat, meningkatkan kefahaman serta kesedaran tentang kepentingan STEM sebagai aspek penting masa kini dalam membina kerjaya mampan dimasa hadapan.

Ia menyaksikan penyertaan lebih 350 pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah di Malaysia. Meet My Future Employer dianjurkan dengan kolaborasi 6 syarikat multinasional, juga merupakan antara 450 rakan industri INTI yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang industri.

Aktiviti yang dilaksanakan membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah melalui penyertaan lawatan ke Microsoft Malaysia, Fuji Xerox Asia Pasific Pte Ltd, On-Semi Conductor, Top Glove, George Kent (Malaysia) Berhad dan ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX).

Microsoft, Meet My future employer, STEM, INTI,

Kepentingan STEM Dalam Pembangunan Industri Dan Kerjaya


Pengisian induk memperkenalkan pelajar dengan melawat lokasi bagi melihat sendiri setiap elemen pekerjaan yang dilaksanakan. Penerangan terperinci turut disampaikan oleh pakar industri tentang fungsi dan keperluan utama industri, etika budaya kerja serta membina peluang kerjaya masa hadapan.

Ini juga antara modul pemerkasaan sosio-pendidikan yang dilaksanakan bagi menerapkan kefahaman menyeluruh kepada generasi muda agar lebih bersedia terhadap persaingan tempatan dan global. Selain itu, turut menterjemahkan komitmen INTI mendepani sistem pendidikan kepada masyarakat.

Sememangnya pengisian Meet My Future Employer dapat memberi pendedahan dari aspek akademik dan praktikal kerjaya kepada semua pelajar terlibat. Ia menjadi antara inisiatif penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan STEM sebagai platform pemerkasaan akademik serta kerjaya.

Fuji Xerox, INTI, Meet My Future Employer, STEM,

Pemerkasaan Sosio-Pendidikan Strategik STEM


Melalui ruang komunikasi terus antara pelajar dengan pakar industri juga dapat membina reputasi kepimpinan pelajar. Pendekatan 'akademik melalui industri' ini membantu membina kesedaran dan persediaan khusus generasi muda kini terhadap trending budaya industri sebenar dan tuntutan pasaran kerjaya dalam perspektif yang lebih meluas, praktikal dan strategik.

Meet My Future Employer juga merupakan antara inisiatif strategik berterusan INTI bersama rakan industri dalam menyuntik kesedaran dan kefahaman informasi tentang kepentingan STEM dalam kelestarian daya saing institusi pendidikan dan industri. Ia selaras dengan hasrat transformasi negara demi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berdaya maju, intelek serta dinamik.    

Amanat Pemerkasaan Belia Sebagai Panel Penasihat MYHAWP

$
0
0
Alhamdulillah, tarikh 8 Ogos 2017 merupakan antara hari bermakna dalam jurnal kerjaya keusahawan sosial apabila menerima tawaran perlantikan sebagai penasihat kepada pihak Persatuan Asrama Belia Malaysia (Malaysia Youth House Malaysia – MYHA) Wilayah Persekutuan (MYHAWP). Surat rasmi telah disampaikan sendiri oleh Presiden MYHAWP, saudara Abdul Muiz Misri disamping berkongsi beberapa aspirasi belia negara secara santai bersama.

Muiz Misri, Khir Khalid, Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA Wilayah Persekutuan,

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)


Persatuan Asrama Belia Malaysia juga dikenali sebagai Malaysian Youth Hostel Association (MYHA) merupakan persatuan belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan dengan aktiviti yang menjurus kepada pelancongan dalam dan luar negara untuk golongan belia di Malaysia.

Ia telah didaftarkan pada tahun 1957 dibawah Pendaftaran Pertubuhan, sehingga tahun 2010 ia didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan bergabung dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM). MYHA juga mempunyai cawangan negeri-negeri seperti badan gabungan MBM yang lain.

Pada 2011, MYHA mencipta sejarah dengan menganjurkan Youth Tourism Fair 2011 sempena Hari Belia Negara 2011, dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan serta Kementerian Perlancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan dan diantaranya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, serta mendapat perhatian belia dalam dan luar negara.

Perlantikan Penasihat MYHA Wilayah Persekutuan (MYHAWP)


Perlantikan sebagai panel penasihat ini merupakan satu peluang yang baik buat diri ini meneruskan aspirasi serta usaha menyokong pembangunan belia negara khususnya di Wilayah Persekutuan. Ia juga merupakan kesinambungan dari penglibatan sebelum ini dalam hasrat memperkasa pembangunan sosial secara menyeluruh.

Sejak mula bergiat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan sosial pada 2006, sehinggalah penglibatan dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja, koreksional dan akademik telah mewujudkan modul pemerkasaaan Positive Unity For Life bersama institusi. Kepelbagaian jurnal di blog ini juga memainkan peranan membantu mengetengahkan pelbagai perspektiif kepada masyarakat ini.

Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA,

Justeru, adalah diharapkan melalui penglibatan bersama MYHAWP ini juga dapat melebarkan lagi aspirasi pemerkasaan sosial khususnya pembangunan belia Wilayah Persekutuan agar lebih dinamik dan berdaya saing positif dalam mendepani segenap arus era teknologi digital dan globalisasi kini.

Semoga segala sokongan para pembaca serta semua pihak yang terlibat selama ini juga menjadi pemangkin semangat dalam menyokong kedayaupayaan MYHA dan MYHAWP sebagai sebuah platform terbaik memperkasa belia sebagai pemimpin masa hadapan yang berilmu, kreatif, berintegriti, prihatin serta berdaya saing maju, in shaa Allah.

Info perkembangan semasa juga boleh diikuti di laman web MYHA Wilayah Persekutuan atau instagram www.instagram.com/myhawp dan www.instagram.com/ASRAMABELIA.

"Meneroka, Berilmu dan Kreatif"
"Memartabatkan Belia MYHA Dari Akar Umbi"

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial

$
0
0
Keusahawanan Sosial telah mula diterima kebanyakkan usahawan dan industri hari ini sebagai satu modul membangunan perniagaan. Tidak lengkap sesuatu perniagaan untuk bersaing lebih mampan jika tiada suntikan elemen Keusahawanan Sosial dalam strategi yang dilaksanakan. Ia mendapat perakuan pelbagai industri sebagai elemen penting untuk bersaing maju.

Lebih sedekad yang lalu sejak terma ‘Keusahawanan Sosial’ mula mendapat perhatian di Malaysia. Ia menjadi salah satu platform yang membantu menambahbaik sistem masyarakat dalam kelestarian sosio-ekonomi negara. Pelbagai inisiatif diketengahkan oleh kerajaan, swasta dan institusi-institusi berkaitan demi menggalakkan Keusahawanan Sosial agar terus subur.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Definasi Keusahawanan Sosial Dalam Perspektif Global


Apa itu keusahawanan sosial pernah saya perjelaskan pada 2015 dalam artikel bertajuk; Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah. Alhamdulillah, artikel tersebut mendapat pelbagai reaksi melalui email dan whatsapp sehingga hari ini. Menjadi antara pencetus inspirasi untuk terus mengetengahkan ‘Social Enterprise’ sebagai aspirasi kerjaya.

Atas faktor tersebut juga, saya telah berkongsi status berkaitan Keusahawanan Sosial pada minggu lepas di laman LinkedIn yang baru diaktifkan semula khusus bagi perkara berkaitan kerjaya. Ia adalah pandangan yang pernah saya bentangkan dalam satu pertemuan pihak komersil dan akademik di Universiti Malaya sebelumnya.

Status Keusahawan Sosial tersebut mendapat respon positif dari beberapa individu baru dikenali yang turut terkait dalam konteks motivasi dan keusahawanan sosial. Boleh dikatakan, dalam pelbagai perbincangan tertutup bersama institusi dan industri, Keusahawan Sosial dilihat sebagai elemen penting membina kelestarian sosio-ekonomi masyarakat sejagat.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Keusahawanan Sosial Adalah Satu Perniagaan


Keusahawanan Sosial adalah perniagaan atau lebih tepat menjadi budaya atau sebahagian strategi perniagaan. Model yang digunapakai keusahawan sosial sebenarnya merupakan model perniagaan kapitalis yang diperbaiki dari aspek keperihatinan sebagai strategi komersil era baru.

Apa yang membezakannya dengan keusahawanan konvensional yang lebih terarah keuntungan ‘monitery’ semata-mata, adalah sistem operasi perniagaan yang menjurus untuk membantu kelestarian alam sekitar, menyelesaikan isu sosial, pemerkasaan pendidikan serta pelbagai lagi konteks keuntungan perniagaan, komuniti dan juga negara.

Keusahawanan Sosial bukan Badan Kebajikan atau Non-Profit Body. Ada juga yang menyamakannya dengan Aktivisme, malah mendefinasikan perkataan ‘sosial’ kepada kegiatan 'aktivisme membendung gejala sosial'. Keusahawanan Sosial  merangkumi kepelbagaian aspek keperihatinan alam sekitar, pendidikan, sosio-masyarakat dan ‘goodwill’ perniagaan itu sendiri.

Paling penting perlu kita ambil kira adalah fakta kajian lapangan yang menunjukkan trending keusahawanan sosial bakal mengubah kepercayaan konvensional perniagaan beberapa tahun lagi. Kemajuan tidak dipengaruhi elemen teknologi semata-mata tetapi fahaman Millennials dan cluster generasi seterusnya yang cenderung menguasai keusahawanan sosial dalam aspek kerjaya. 

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Keusahawanan Sosial Dalam Model Perniagaan Kini


Kesedaran tentang Keusahawanan Sosial ini sebenarnya telah mula dirasai penghujung 90an di Barat. Pada masa itu saya menceburi bidang asset management dan bertugas ke beberapa negara di Eropah. Walaupun ia masih baru, beberapa negara di Eropah telah menubuhkan kementerian bagi menyelia program Keusahawanan Sosial bernilai ratusan juta dollar sebagai komitmen membangunkan usahawan tempatan dan masyarakat yang dinamik.

Antara contok terbaik menjadi rujukan pengkajian sosial adalah Restoran Fifteen di United Kingdom milik chef dan personaliti TV terkenal, Jamie Oliver. Ia merupakan restoran eksklusif bercitarasa tinggi, namun Restoran Fifteen ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda tersasar agar mempunyai skill memasak dan penyediaan makanan yang diiktiraf dan dibimbing menjadi insan berguna dan berjaya.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Sebaliknya di Malaysia, saya ada beberapa senarai syarikat yang mengusahakan perniagaan disamping membuka peluang keusahawanan dan kerjaya sebagai latihan kepada insan-insan tersasar. Tapi sayangnya kebanyakkan mereka tidak mahu mendedahkan kepada umum disebabkan persepsi masyarakat yang boleh menjejaskan reputasi perniagaan.

Ada pelbagai lagi senarai Usahawan Sosial besar, sederhana dan kecil, tempatan dan antarabangsa sama ada mengusahakan Keusahawanan Sosial secara terus atau melalui jenis-jenis perniagaan yang dijalankan. Terdapat juga pelbagai inisiatif tempatan yang sebenarnya disediakan kepada anda yang berhasrat membangunkan kerjaya dengan memberkasa Keusahawanan sosial ini.

Justeru, aspirasi lanjutan akan saya kongsikan dalam artikel mendatang. Sebahagian penglibatan Keusahawanan Sosial yang diusahakan dalam segmen pembangunan sosio-remaja dan sosio-akademik juga ada saya abadikan di blog ini sebagai portfolio rujukan pembaca dan industri bersama pelbagai coretan jurnal blogger dalam aspirasi gaya hidup.


Promosi Kuih Bulan @ Resorts World Genting

$
0
0
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan istimewa masyarakat Cina yang disambut pada akhir bulan Ogos hingga akhir September. Kuih Bulan menjadi hidangan istimewa yang turut digemari pelbagai bangsa di Malaysia juga antarabangsa. Tahun ini, Resorts World Genting menyediakan pilihan terbaru buat pengunjung dan penggemar Kuih Bulan.

Kuih Bulan, Genting Highlands, Moon Cakes, Chef Gan Chee Keong,

Mooncakes Galore @ Genting World Resorts


Sempena menyambut Perayaan Kuih Bulan, Resorts World Genting memperkenalkan perisa terbaru Kuih Bulan antaranya Snow skin blueberry paste, Green tea paste with black sesame jingsa, Sweet corn paste with single yolk, White pandan jade with buttermilk custard, Dragon fruit lotus paste with coconut jingsa, Pu er lotus paste with dry mandarin orange jingsa.

Selain itu turut disediakan citarasa Kuih Bulan tradisional kegemaran ramai iaitu Low Sugar white lotus paste, Lotus paste with single yolk, Lotus paste with double yolk, Red bean paste, Green tea lotus paste, Golden jade with single yolk, Durian lotus paste, pelbagai kacang ‘Ag Yan’, White lotus paste with black sesame yolk dan Single yolk with pu er lotus paste.

Gambar dibawah adalah hidangan Kuih Bulan terbaru dengan harga RM19.00 nett per no. 

Kuih Bulan, Moon Cakes, Genting Highlands,

Pelbagai perisa Kuih Bulan ini boleh didapati antaranya di Genting Palace (2ndFloor, Genting Grand Hotel), Good Friends Restaurant (Leven 2, Maxim Hotel), Malaysian Food Street (T4, SkyAvenue), Garden Courtyard (T1, SkyAvenue) dan Grab & Win (Level 1, Sky Casino) bermula 19 Ogos hingga 4 Oktober, jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Ia juga boleh didapati di kiosk OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resorts World Tours) bermula 11 hingga 29 September (kecuali weekend dan cuti umum) dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

God of Wealth cookies juga disediakan dengan dua keping dalam satu paket. Setiap pembelian 50 kotak (setiap kotak mengandungi 4 keping) melayakkan anda mendapat 30% diskaun. Setiap pembelian 4 keping Kuih Bulan didatangkan bersama ‘free career mooncake box’.

Justeru, dapatkan info lanjut Promosi Kuih Bulan @ Resorts World Genting dengan menghubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Pengaruh Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial

$
0
0
Pasaran ICT ASEAN menjadi antara faktor yang mempengaruhi ‘market behaviour’ dan pembangunan sosio-ekonomi serantau. Saya terpanggil berkongsi serba sedikit fakta bermula dengan pasaran ICT Vietnam yang menjadi antara pemangkin modul pemerkasaan sosial kepada institusi pengajian sebagai elemen kesedaran sosio-pendidikan.

Kajian pasaran ICT Vietnam ini juga merupakan fakta kajiselidik terkini IDC Malaysia yang saya perolehi merangkumi beberapa negara ASEAN. Sebahagiannya juga pernah diketengahkan dalam sesi pembentangan kajian lanskap pasaran ICT ASEAN undangan MDEC sebelum ini.

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,
Viet ICT Comm 2017 - SECC

Fakta Pasaran ICT Dan Sosio-Ekonomi Vietnam


Vietnam merupakan sebuah negara ASEAN yang ‘economically recovered’ pada 2015 dan mencapai tahap GDP tahunan tertinggi sebanyak 6.68% sejak 2011. Imbangan dagangan pada 2015 juga telah mencatatkan peningkatan kepada 3.2 billion USD, bersamaan 1.65% GDP. Pelaburan FDI turut meningkat sebanyak 19.9% kepada 15.6 billion pada penghujung 2015.

Vietnam merupakan antara negara yang mempunyai populasi warga muda tertinggi dengan catatan ‘median age’ 29 tahun. Populasi penduduk adalah seramai 90 juta dengan peratusan 30% bermastautin di bandar dan 70% penduduk keseluruhan mempunyai pekerjaan dan kerjaya.

Justeru, Vietnam menjadi pemerhatian pembangunan sosial era teknologi digital kini sebagai 'recovered nation' yang berkembang pesat. Atas aspirasi tersebut, saya memperolehi fakta praktikal tambahan melalui hubungan rakan sealiran di Vietnam, juga bantuan isteri sewaktu beliau bersama rakan niaga ke Vietnam. Ia menjadi antara pengisian fakta keusahawanan sosial yang diusahakan.

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,
Kenangan bersama rakan keusahawanan sosial Vietnam antara yang
membantu asas progran Positive Unity For Life.

Vietnam Ke Arah Negara Maju ICT Menjelang 2020


Vietnam adalah negara yang sarat dengan warga belia dan komited merangka ‘framework’ pembangunan sosio-ekonomi sebagai sebuah negara yang menjadikan ICT ‘strategic role’ memasuki pasaran ekonomi global. Kerangka utama adalah melalui pendidikan ‘society knowledge’ berasaskan informasi teknologi dalam memperkasa keupayaan digital masyarakat.

Masterplan pembangunan Vietnam juga menekankan untuk menjadi sebuah negara maju ICT menjelang 2020. Oleh itu, kedayaupayaan Vietnam mampu bersaing maju di pasaran antarabangsa jika segala fokus pembangunan berjalan lancar. Masyarakat mereka terutamanya golongan belia mula dididik untuk menerima kuasa digital secara positif sepenuhnya. 

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,

Ia secara tidak langsung menjadi faktor pemulihan rakyat dan menjadikan masyarakat Vietnam terutamanya golongan remaja serta belia antara golongan yang kedepan dalam pengetahuan digital.

Kini, penggunaan internet Vietnam mencecah 70% pada 2017 dengan perbelanjaan komunikasi 9.12 billion USD. Kebanyakkan pengguna adalah dikalangan belia dengan bimbingan serta panduan strategik institusi yang ditauliahkan sepenuhnya. 

Perbandingan kedayaupayaan ICT negara-negara ASEAN yang mempengaruhi pembangunan sosial akan saya bentangkan lebih lanjut. Ia juga merupakan sebahagian pengisian modul pemerkasaan sosial kepada institusi pengajian tinggi dalam menyuntik kesedaran belia terhadap persaingan globalisasi serantau dan antarabangsa.  

Viewing all 711 articles
Browse latest View live