Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all 711 articles
Browse latest View live

Penampilan Aura Maskulin Dengan Wangian DASHING Anytime EDT

$
0
0
Penerampilan diri adalah perkara asas yang perlu dijaga sama ada dalam kerjaya mahu pun pergaulan sosial. Selain berpakaian sopan, kemas dan sikap diri yang menyenangkan, bau badan juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Atas aspirasi tersebut, DASHING, jenama peneraju pasaran wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan DASHING Anytime EDT yang bertepatan dengan keperluan trend gaya hidup jejaka masa kini.

DASHING Anytime EDT, Dashing,

DASHING Anytime EDT


DASHING Anytime EDT merupakan barisan produk wangian terbaru DASHING. Apa yang membezakan dengan wangian DASHING yang lain adalah keunikan saiznya yang kecil dan trendy. Kini dengan DASHING Anytime EDT, kita boleh sentiasa bersedia dengan wangian dalam poket yang mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.

Berdasarkan kualiti bau wangian, sememangnya tidak dinafikan DASHING adalah pilihan terbaik buat jejaka. Pengalaman pertama kali menggunakan bedak DASHING masa zaman sekolah menjadikan saya antara pengguna setia barisan produk-produk yang ada sehingga kini. Sejujurnya, saya teruja bila diperkenalkan dengan DASHING Anytime EDT ini. Pilihan terbaik… perfect!

DASHING Anytime EDT, Dashing,

DASHING Anytime EDT Dengan 4 Variasi Unik


Lebih menarik lagi, DASHING Anytime EDT ini ada 4 variasi unik dan trendy iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Saya sudah mencuba kesemua variasi tersebut sewaktu urusan kerjaya, menghadiri acara formal termasuk santai beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Justeru, saya simpulkan 4 variasi wangian mengikut kesesuaian yang terbaik.

COOL
Wangian gabungan Bergamot dan Galbanum, dilapisi dengan Amber dan Kasturi, variasi wangian ini direka khas untuk mencipta sisi personaliti maskulin yang ‘cool’ secara semulajadi. Ia sesuai untuk urusan kerjaya terutama yang melibatkan temujanji, mesyuarat mahu pun temuduga.

ACTIVE 
Khas untuk lelaki lasak sesuai dengan namanya, adunan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Ia membangkitkan aura maskulin aktif dengan personaliti berkeyakinan. Pilihan terbaik untuk kegunaan dalam aktiviti-aktiviti riadah dan bersukan.

ULTIMATE KICK
Bagi anda yang sering terlibat dalam urusan ‘outdoor’. Ultimate Kick adalah pilihan terbaik. Berkonsepkan ala musim panas yang aktif, ia mengadunkan citrus lemon dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan haruman kayuan serta rempah.

HATTRICK 
Gabungan unik kesegaran Epal sitrus yang diadunkan bersama aroma bunga dan calitan Amber, Hattrick menyemarakkan personaliti yang mendorong individu untuk menang. Pilihan terbaik untuk ke majlis-majlis rasmi dan keramaian, tetapi hati-hati… khuatir ramai gadis-gadis yang terpikat nanti :).

DASHING Anytime EDT, Dashing,

Bagi saya, DASHING Anytime EDT ini sememangnya dihasilkan untuk memahami keperluan gaya hidup jejaka moden. Mudah nak bawa kesemua variasi wangian sekiranya perlu travel, malah dengan kelebaran saiznya seperti kad kredit, ia mudah dibawa dalam poket baju dan seluar. 

'Smells Great, Anytime, Anywhere'... wangian aura maskulin sememangnya meningkatkan lagi penerampilan diri jejaka setiap masa dan di mana sahaja. Harga DASHING Anytime EDT pun sangat berpatutan, 18ml dijual dengan harga RM7.00 dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.  


GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia

$
0
0
Pernahkah kita terfikir apakah antara perancangan terbaik bila mencecah usia persaraan. Tambahan bila anak-anak sudah menempuh haluan masing-masing dan hanya kita, sama ada bersama pasangan atau sendirian di rumah. Anak-anak hanya mampu melawat sesekali, kita pula jenis 'independent', tidak mahu menyusahkan walaupun berkali-kali diajak tinggal bersama.

Mungkin juga ada diantara kita yang mengharapkan kelainan dalam persekitaran gaya hidup yang lebih terjamin dan tersendiri setelah bersara. Tidak kiralah apa pun hasrat, keperluan dan keinginan yang ada, GreenAcres, taman perumahan komuniti persaraan pertama Malaysia ini merupakan antara pilihan yang patut dipertimbangkan dalam memenuhi segala keperluan gaya hidup menjelang usia persaraan seawal 55 tahun.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

GreenAcres – Malaysia’s Premier Retirement Village


Pagi Sabtu, 7 Oktober 2017, saya telah menghadiri acara Pembukaan Rasmi GreenAcres di Meru, Ipoh. Ia merupakan taman perumahan baharu direka khas bagi memenuhi keperluan gaya hidup residen berusia 55 tahun ke atas. Konsep 'premier retirement village' pertama di Malaysia ini dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah Total Investment Sdn Bhd (TI Homes).

Pembukaan GreenAcres dirasmikan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew Keong dengan keseluruhan pembangunan bernilai RM100 juta. Menyaksikan pembukaan fasa pertama perumahan yang telah siap, menempatkan 26 unit villa satu tingkat dengan lanskap persekitaran menghijau dilengkapi taman, gazebo, laluan pejalan kaki dan tema air dalam komuniti 'well-guarded' sepenuhnya.

Keseluruhan projek melibatkan beberapa fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2021. Fasa pertama villa GreenAcres bukan sahaja menarik minat pesara Malaysia, tetapi juga Hong Kong dan Kanada. GreenAcres Retirement Village ini juga merupakan inisiatif strategik dalam mengubah stigma pemikiran konvensional orang ramai tentang 'old age' dan 'old folks home'. 

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Rumah kelab juga telah siap dibangunkan dengan keluasan 30,000 kaki persegi bernilai RM10 juta sebagai pusat komuniti dan pemangkin aktiviti kejiranan. Ia dilengkapi dewan utama dengan pelbagai kemudahan seperti lounge area, games room, bilik bacaan, saloon, gym, bilik karaoke dan 24 seater mini-cinema, termasuk private function room, café dan dining area. Prasarana selesa dan eksklusif ini merupakan ‘residential clubhouse’ terbesar di Ipoh. 

Selesai majlis perasmian, kami bersama YB Datuk Seri Mah Siew Keong, delegasi kehormat, tetamu undangan dan warga komuniti dibawa melawat persekitaran dalaman rumah kelab ini. Kagum melihat infrastruktur dan kemudahan istimewa yang disediakan untuk kegunaan residen di sini.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Perumahan GreenAcres Memenuhi Keperluan Warga Pesara


Kami juga dibawa melawat 'villa' yang telah siap dan sedia untuk diduduki. Terdapat 6 jenis layout dalaman dengan keluasan antara 734 kaki persegi hingga 1,105 kaki persegi. Mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air, setiap villa dilengkapi struktur mesra residen seperti rail, ramp, handle dan kerusi khas bilik mandi termasuk ‘emergency calls button’ untuk perkara yang tidak diduga.

Villa GreenAcres cantik dan selesa, dilengkapi lampu, kipas, penghawa dingin, grill, mosquito netting, cabinet pasang siap dan sistem penggera keselamatan. Kesemua rumah di sini direka sepenuhnya bagi memudahkan warga pesara yang mendudukinya. Malah, terdapat pengurusan komuniti terlatih (first-aid trained) yang sentiasa bersedia untuk apa jua permasalahan yang dihadapi.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Selain villa dan clubhouse, GreenAcres turut menganjurkan pelbagai ‘age-friendly activities’ dari masa ke semasa yang merangkumi aktiviti riadah dan bersosial seperti movie nights, karaoke evening, senior zumba, yoga, tai chi dan ceramah kesihatan. Boleh dikatakan, residen di sini sentiasa didorong dengan gaya hidup positif dan aktiviti-aktiviti sihat yang bersesuaian dengan peringkat umur persaraan.

Dianjurkan juga siri lawatan ke tempat-tempat menarik yang berhampiran dan lokasi tarikan pelancong terkenal di Ipoh seperti Kledang Saiong Forest Eco Park yang hanya 3 minit dari GreenAcres, taman tema Lost World Of Tambun, Movie Animation Park Studios (MAPS), Kellie’s Castle dan Gua Tempurung sebagai aktiviti riadah bersiar-siar dan makan angin.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

GreenAcres Pelaburan Bijak Di Usia Persaraan



Pemilikan villa GreenAcres ditawarkan kepada golongan pesara berdasarkan kaedah 'novel lease deposit structure' bermula dengan RM300,000. Ini bermaksud 'lease deposits' akan dipulangkan kepada waris sekiranya kita meninggal dunia. Kita hanya membayar yuran penyelenggaraan bulanan sepertimana di kondominium dan juga bayaran perkhidmatan housekeeping sebagai pilihan.

Sejujurnya pengalaman ke GreenAcres ini telah membuka mata saya bahawa usia persaraan bukanlah penghujung kehidupan tetapi permulaan kepada fasa kehidupan baru. GreenAcres merupakan lokasi kediaman persaraan yang selamat, selesa dan lebih terjamin dari mana-mana taman perumahan biasa. Kehidupan sejahtera, tenang, ceria dan damai sebagai 'reward' menghargai usia persaraan. 

Info lanjut GreenAcres boleh dilayari di www.greenacres.com.my  

HAUNTED HOTEL Filem Seram Buat Anda Tak Senang Duduk

$
0
0
Haunted Hotel, filem seram gandingan pelakon 3 negara, Malaysia, Thailand dan China pastinya membuatkan anda tidak senang duduk. Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Aom Sushar (Thailand) yang membintangi watak utama, Leon Li Chuan (China), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah (Malaysia) bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 19 Oktober 2017.

Haunted Hotel, Ryon Lee, Aom Sushar, Leon Li Chuan, Teddy Chin, Alvin Chong, Nadia Aqilah,

Sinopsis Haunted Hotel


Filem terbitan bakat tempatan Ryon Lee ini mengisahkan Ling (Aom Sushar) dan kekasihnya Jun (Leon Li Chuan) telah mendapat peluang datang ke Malaysia atas urusan kerja dan berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Maka mereka telah tinggal disebuah hotel dimana banyak perkara-perkara aneh berlaku dan sering diganggu seorang wanita berpakaian putih.

Tertekan dengan ganguan, Ling dan Jun nekad lari dari hotel. Namun mereka terus diganggu wanita berpakaian putih di pertengahan jalan sehingga kemalangan. Jun hilang dan Ling telah diselamatkan oleh seorang polis dikenali sebagai Shan (Teddy Chin). Kehilangan Jun semakin menjadi tanda tanya, apabila pihak imigresen mendakwa bahawa Jun pernah memasuki Malaysia.

Haunted Hotel, Aom Sushar,

Pelbagai perkara membuatkan Ling semakin tertekan dengan gangguan yang semakin menjadi-jadi di Hospital, sehinggalah membawa kepada perjumpaan dengan bomoh bagi merungkai misteri yang dihadapi. Akhirnya, Ling terpaksa menjalani hipnosis bagi mendapatkan cerita sebenar.

HAUNTED HOTEL Di Pawagam 19 Oktober 2017


Antara tarikan filem Haunted Hotel ini adalah lokasi penggambarannya di Amber Court, Genting Highlands yang cukup terkenal sebagai hotel paling berhantu di Malaysia. Malah sebuah bilik yang dikatakan pemiliknya membunuh diri suatu masa dahulu turut diselitkan dalam filem ini dan kru produksi turut diganggu apabila terlihat kelibat separuh badan sewaktu sesi penggambaran.

Justeru, bagi merungkai apa sebenarnya terjadi kepada Ling dan Jun, jangan lupa saksikan filem HAUNTED HOTEL di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Oktober ini.

Haunted Hotel, Ryon Lee,

Inspirasi Kejayaan Latif Sohor Usahawan OKU entrepreneur ECER

$
0
0
Mengukir sebuah kejayaan pasti banyak cabaran dan pancaroba yang ditempuhi. Begitu juga dengan usahawan OKU berjaya bernama Abdul Latif bin Sohor, demi merealisasikan aspirasi kehidupan yang stabil dan sejahtera. Ia patut dijadikan motivasi dan inspirasi buat kita semua dalam merealisasikan impian kerjaya dan menempuh cabaran kehidupan.

Abdul Latif Sohor, Usahawan OKU Berjaya, entrepreneur ECER, ECERDC,

Latif Sohor Usahawan OKU Cemerlang


Latif Sohor merupakan anak Pahang berusia 40 tahun dan antara usahawan yang telah dikurniakan Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 dibawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Kegigihan dan semangat beliau sehingga bergelar usahawan berjaya adalah bukti bahawa usaha dan kegigihan pasti membuahkan hasil yang baik.

Beliau pada asalnya seorang insan yang normal, namun terpaksa menempuh dugaan berat yang menyedihkan apabila ditakdirkan kehilangan kaki akibat kemalangan yang berlaku hanya beberapa hari sebelum beliau melangsungkan perkahwinan. Namun ujian menyandang status OKU beliau hadapi juga dengan tabah dan sabar.

Sebagai OKU, Latif Sohor menyara kehidupan dengan memulakan perniagaan kuih bahulu yang diperkenalkan oleh rakan isterinya. Berbekalkan modal yang kecil, beliau hanya mampu memperolehi pendapatan sekitar RM800 sebulan. Akhirnya, beliau mengambil keputusan menyertai latihan ECERDC dan SIRIM demi mengubah nasib kehidupan dan merealisasikan impiannya. 

Kini berbekalkan modal insan dan semangat untuk terus maju, beliau dan isteri mampu memperolehi pendapatan mencecah antara RM5,000 ke RM7,000 sebulan melalui perniagaan ‘Kedai Latif & Noraini’ milik mereka.

Saksikan video mengenai Latif Sohor, Usahawan OKU entrepreneur ECER berjaya - kredit Sinar.Tv


"Apapun dugaan yang datang, kita harus tempuhi dengan sabar" - Latif Sohor


Sesungguhnya, berkat kesabaran dari usaha yang tidak pernah mengalah pasti membuahkan hasil yang baik. Nasihat yang beliau kongsikan dalam video ini juga patut kita jadikan pegangan dalam menempuh setiap cabaran dan dugaan demi merealisasikan segala hasrat impian yang ingin dicapai.

Usaha kejayaan Latif Sohor sebagai usahawan OKU berjaya juga merupakan antara komitmen perlaksanaan transformasi sosioekonomi dan pembangunan modal insan ECERDC dibawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam meningkatkan kualiti taraf hidup serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter

$
0
0
Sempena perayaan Deepavali, HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video TM yang pernah menerima anugerah dan dinikmati menerusi pelbagai platform di Malaysia telah mengambil inisiatif meraikan 20 kanak-kanak dan penjaga rumah kebajikan Agathians Shelter dengan acara tayangan filem istimewa. Turut diadakan, kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan barangan asas untuk keperluan rumah kebajikan Agathians Shelter.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Tayangan Istimewa HyppTV Bersama Agathians Shelter


Petang Rabu 12 Oktober 2017, saya telah menghadiri acara HyppTV ini yang diadakan di GSC Signature, The Garden. Ia merupakan program tanggungjawab sosial keraian istimewa merapatkan hubungan serta memupuk keperihatinan masyarakat untuk bersama-sama memberi keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik sempena musim perayaan.

Agathians Shelter menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 kanak-kanak lelaki anak yatim terbuang dan keluarga bermasalah berusia lingkungan 5 hingga 20 tahun, menyelamatkan kanak-kanak dari hidup di jalanan dengan menyediakan perlindungan, makanan, pendidikan serta jagaan kasih sayang agar mereka dapat membesar dengan sempurna.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai dan baucar membeli-belah bernilai RM7,000 oleh Mr Jeramy Kung, Naib Presiden Eksekutif New Media TM kepada Cik Lotus, sukarelawan perancang pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Sebahagian sumbangan diperolehi melalui tabung sumbangan lobi Menara TM oleh warga keluarga TM dan orang ramai baru-baru ini.

Acara diteruskan dengan menonton tayangan filem Cars 3 bersama kanak-kanak Agathians Shelter dan berakhir sekitar 6 petang dengan penuh keceriaan. Pengalaman menarik buat diri ini dalam memupuk keperihatinan dan kasih sayang sebagai masyarakat majmuk yang sejahtera.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Kempen Tambah Lagi HyppTV Sempena Deepavali


Sempena perayaan Deepavali, HyppTV turut mengumumkan kempen Tambah Lagi dengan memberikan tayangan percuma selama 15 hari untuk kesemua saluran di Varnam Pack bermula 14 hingga 29 Oktober 2017. Para penonton berpeluang menyaksikan pelbagai hiburan, filem-filem dan siri-siri terbaru melalui saluran-saluran yang tersedia.

HyppTV Varnam Pack saluran program berbahasa Tamil dan Hindi yang menayangkan filem-filem blockbuster, hiburan menarik dan pelbagai lagi serendah RM30 sebulan, ditayangkan percuma selama 15 hari sempena Deepavali.

Layari info lanjut HyppTV di laman web dan media sosial:
Facebook: hypptv
Twitter: hyppworld
Instagram: hypptv
Youtube: tmyoutube

Pilihan Menarik Shirts For Men ZALORA

$
0
0
Pilihan fesyen Shirts for Men di laman web ZALORA sentiasa memikat perhatian saya. Sememangnya menjadi pilihan menarik untuk membeli secara online kerana Men's Shirts yang diperagakan menepati citarasa sama ada untuk keperluan kerjaya, majlis formal dan juga kasual bersantai. Semuanya fesyen bergaya, ‘up-to-date’ dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Shirts for Men, ZALORA,

Shirts For Men ZALORA Malaysia


Tidak dinafikan sudah ramai dikalangan lelaki masa kini mula menghargai gaya hidup melalui penerampilan fesyen pakaian bermutu, selesa dan berpatutan. Kini ia sememangnya lebih memudahkan melalui laman web seperti ZALORA yang menampilkan pelbagai pilihan Shirts for Men yang boleh diterokai di hujung jari pada bila-bila masa sahaja khusus untuk lelaki.

Saya juga tidak terkecuali antara yang meminati gaya fesyen Shirts for Men ZALORA ini. Kepelbagaian fesyen pilihan Shirts diperaga mempunyai gaya citarasa tersendiri yang mampu membangkitkan personaliti individual. Terdapat pelbagai barisan pilihan seperti plain shirts, checkered shirts, plaid shirts, loose fit dan long sleeve shirt yang mudah disesuaikan untuk pelbagai keperluan.

Shirts for Men, ZALORA,
Shirts for Men, ZALORA,

Pilihan Men’s Shirts Secara Online di ZALORA


Boleh dikatakan kesemua pilihan fesyen Men’s Shirts di ZALORA boleh dipadankan mengikut kesesuaian variasi warna sama ada dipadankan dengan blazer dan tie untuk menyerlahkan ‘corporate looks’, gaya kemas santai ala-ala selebriti atau gaya maskulin kasual gaya hidup moden.

Pelbagai pilihan menarik Shirts for Men di https://www.zalora.com.my/men/clothing/shirts/      

SOFTA Marketing - Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER

$
0
0
Pastinya ada diantara pembaca yang sudah mengetahui tentang sebuah syarikat pengeluar hasil laut bernama SOFTA Marketing. Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan muda berjaya bernama Wan Muhammad Fadhli Wan Mohd Yusuf, individu yang bertanggungjawab memajukan lagi potensi perniagaan SOFTA Marketing memperkasa peluang pasaran antarabangsa.


SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

Anugerah Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER


Wan Muhammad Fadhli, usahawan berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 kategori The Best Young Entrepreneur. Beliau berjaya memajukan perniagaan keropok lekor daripada perusahaan ‘cottage industry’ ke peringkat pengilangan dan pemasaran komersil tempatan dan antarabangsa.

Softa Ocean Foods (SOFTA), diasaskan pada 1988 oleh bapanya Tuan Haji Wan Mohd Yusuf dan diwarisi kepada beliau dan abangnya. Ia dinaiktaraf kepada SOFTA Marketing Sdn Bhd pada 2013 dan merupakan pengeluar dan antara pemain utama industri ‘Halal fish based product’ di Malaysia.

Ia bukas usaha yang mudah untuk sampai ketahap seperti ini sekiranya tiada minat yang mendalam serta fokus matlamat yang betul. Banyak pengalaman pahit manis diharungi dalam meneruskan usaha perniagaan. Justeru, beliau mengambil langkah positif melalui peluang Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) demi memacu perniagaan untuk lebih berdaya maju.

SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

Memartabat Perusahaan Desa Ke Persada Antarabangsa


Atas minat dan kepercayaan, beliau terus melangkah ke hadapan dengan inisiatif menyertai program keusahawanan dibawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ia menjadi antara platform sokongan serta input bimbingan modal insan memajukan lagi perniagaannya.

ECER membantu memperkukuhkan elemen pemasaran melalui sokongan berterusan, malah turut menyediakan bimbingan dalam menambahbaik kualiti pengeluaran, perlabelan serta pembungkusan. Kini setiap produk yang dikeluarkan berstatus halal dan menepati standard piawaian pengilangan serta pembungkusan antarabangsa.


SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

“Teruskan Minat, Jangan Berputus Asa”– Wan Muhammad Fadhli


Baru-baru ini SOFTA Marketing telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Shanghai C-HK International Logistics Inc. dari China untuk mengeksport produk ‘fish-based halal food’ bernilai RM5 juta untuk tempoh 3 tahun. Antara produk yang akan dieksport ke pasaran antarabangsa adalah keropok lekor, keropok udang dan sotong.

Falsafah kejayaan Wan Muhammad Fadhli, beliau minat terhadap apa yang diusahakan. Sesungguhnya, minat mampu melahirkan ketekunan dan usaha yang bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi. Minat juga pasti melahirkan idea yang lebih berdaya maju dan berani menempuh segala cabaran serta dugaan.

Tahniah buat saudara Wan Muhammad Fadhli dan SOFTA Marketing.

Sunway iLabs Accelerator Memperkasa Inovasi Usahawan Muda

$
0
0
Baru-baru ini saya telah menghadiri acara final pitch Sunway iLabs Start-It Challenge yang menyaksikan 3 kumpulan bakat usahawan muda dengan pembentangan idea inovasi terbaik telah terpilih menyertai program lanjutan Sunway iLabs Accelerator. Inisiatif lanjutan memperkasa bakat inovasi usahawan belia Selangor anjuran Sunway iLabs ini bakal diteruskan bermula Januari 2018.

Sunway iLabs Accelerator programme,

Final Pitch Sunway iLabs Start-It Challenge


Pelancaran Sunway Start-It Challenge pada 25 Ogos 2017 mendapat 160 penyertaan dari seluruh negeri Selangor. Artikel tersebut pernah saya kongsikan bertajuk Sunway iLabs Start-It Challenge Memperkasa Keusahawanan Belia Selangor. Melalui pelbagai workshop dan Ideation Weekend, acara kali ini merupakan proses terakhir sebelum memilih calon yang layak untuk ke program lanjutan.

Sebanyak 10 kumpulan usahawan muda dengan idea inovasi terbaik dipilih untuk membentangkan rancangan perniagaan kepada panel mentor dan pakar industri sempena final pitch ini. Mereka berpeluang merasai pengalaman sebenar sepertimana pembentangan kepada venture capitalists dan pelabur perniagaan.

Pengasas dan Patron Selangor Youth Community (SAY), DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir menyaksikan pembentangan dan menyampaikan anugerah. Panel juri pula diwakili Sunway Education Group’s Senior Executive Director, Dr Elizabeth Lee; Principal Advisor Nexea Angels, Alan Lim; CEO dan Co-Founder of Pitchln, Sam Shafie dan Digi’s Head of Information, Kenny Lee.

Sunway iLabs Accelerator,

Selain final pitch, turut diadakan diskusi “The Role of Millennials to Drive Innovation in a Digital Era”. Ia diwakili pemimpin industri sebagai panelist seperti CEO Lazada, Hans-Peter Ressel; CSO Axiata Digital, Zoran Vasiljev; dan CSO Impiro and Advisor, Ben Chong. Perkongsian diskusi yang bermanfaat sebagai input terkini tentang pasaran dan trending generasi Milenial dalam era digital masa kini.

CEO Lazada, Hans-Peter Ressel, Khir Khalid,

Sunway iLabs Accelerator Programme


Jason Yim, pelajar jurusan Psikologi, Sunway University bersama kumpulan dipilih sebagai pemenang pertama dengan inovasi Artificial Intelligence (AI) chatbod yang direka khas untuk bantuan psikologi. Merupakan aplikasi yang membantu individu yang mengalami tekanan (stress) melalui teknik dan kepakaran khas bagi meredakan stress.

Tempat kedua dimenangi Ashman Rizaruddin dan Aiman Zulqadri Mohd Zuber dengan inovasi Hermes Helmet Projector. Ia merupakan sistem aplikasi tunjuk arah seperti Google Maps yang boleh dimuatkan dalam helmet dan memudahkan penunggang motorsikal melalui pancaran ke visor.

Team Suka Go, diwakili Muhammad Zarif Shamil Jamil dan Nurul Jannah Najman menduduki tempat ke-3 dengan penghasilan platform kesukarelawan bagi memudahkan organisasi NGO yang memerlukan sukarelawan. Selain itu, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan turut terpilih dengan inovasi ‘self-charging power bank’ yang unik.

Sunway iLabs Accelerator,

Sunway iLabs Accelerator Bermula Januari 2018


Final pitch Sunway iLabs Start-It Challenge ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan pengisian yang memberi kesedaran tentang kepentingan inovasi dalam mendepani pelbagai persaingan kemajuan teknologi masa kini. Kesemua usahawan muda yang terpilih bakal menyertai Sunway iLabs Accelerator Programme yang akan bermula pada Januari 2018.

Selain itu, penaja Start-It Challenge - Sunway, Digi, CIMB, Axiata Digital, Lazada, Impiro dan Grab turut mengumumkan nama-nama calon peserta yang dipilih untuk ditemuduga bagi memenuhi peluang internship atau menjawat pekerjaan. Tahniah dan semoga terus sukses.

Info lanjut Sunway iLabs Accelerator di https://innovationlabs.sunway.edu.my  


iPro Ampang - Pakar Repair iPhone Dan Smartphone Face To Face

$
0
0
Bagi pengguna yang pernah mengalami iPhone atau smartphone problem, pasti tahu bukan mudah nak cari kedai repair yang dipercayai. Begitu juga saya apabila phone problem sebelum ini. Sejak itu saya mula mencari info kedai repair phone sebagai rujukan. iPro Ampang - iDevice Repair Specialist merupakan pusat pakar repair terbaik saya sarankan bagi sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.


iPro Ampang - idevice repair specialist, Ampang, #iproampang,

iPro Ampang – Pakar Repair iPhone Dan Smartphone


Baru-baru ini saya ada gathering dengan rakan-rakan lama di Ampang Jaya. Antara topik perbualan termasuklah tentang pelbagai gadget dan berkongsi isu permasalah berkaitan iphone dan smartphone. Memandangkan saya pernah menetap beberapa tahun di Ampang, maka tergerak meninjau kedai repair smartphone terbaik di kawasan sekitar untuk pengetahuan semua.

iPro Ampang – iDevice and Smartphone Repair Specialist adalah pusat repair iphone dan smartphone pilihan terbaik. Menawarkan perkhidmatan secara ‘face to face’ dengan harga murah dalam masa yang pantas. Ia terjamin kerana kita boleh melihat sendiri proses membaikpulih dilakukan oleh technician berpengalaman dan mesra pelanggan. Malah, bagi masalah yang biasa berlaku pada iPhone dan smartphone, ia boleh dibaikpulih dalam masa 30 minit sahaja.

iPro Ampang - idevice repair specialist, Ampang, #iproampang,
iPro Ampang - idevice repair specialist, ampang, #iproampang,
iPro Ampang - idevice repair specialist, ampang, #iproampang,

Antara masalah kebiasaan adalah iPhone, iPad, Smartphone dan gadget tidak boleh dihidupkan atau ‘hang’, Home atau Power button tidak berfungsi, LCD atau touchscreen tidak berfungsi atau tiada paparan, iPhone restart berulangkali, Skrin retak atau pecah, bateri kembung atau charging problem, termasuk masalah motherboard dan pelbagai lagi.

iPro Ampang juga turut menyediakan pemeriksaan kerosakan secara percuma untuk idevice dan android. Maka tiada paksaan dan terpulang kepada kita untuk melakukan baikpulih atau tidak selepas masalah dikenalpasti dan diperjelaskan sebaiknya. Personalise service secara 'face to face' ini sentiasa menjadi tunjang perkhidmatan kepada setiap pelanggan.  

iPro Ampang - idevice repair specialist, ampang, #iproampang,

iPro Ampang - Warranty Dan Alat Ganti 100% Original


iPro Ampang hanya menawarkan alat ganti original berserta warranty antara 90 hingga 180 hari. Ia juga tempoh warranty yang panjang jika dibandingkan dengan kebanyakkan kedai repair phone yang lain. Tambahan lagi, dengan tenaga pakar technician dan peralatan baikpulih yang lengkap, boleh dikatakan ia pusat repair 'one stop centre' yang cukup memudahkan.

Tambahan lagi, turut disediakan tempat menunggu dengan ruang dalaman yang selesa untuk semua pengunjung. Selain itu, lokasi iPro Ampang yang diantara M City dan Taman Tasik Ampang amat mudah diakses sama ada dari MRR2 atau pun Jalan Ampng. Aplikasi Google Maps dan Waze 'iPro Ampang' akan terus membawa kita ke sini.

Terdapat pelbagai testimoni yang diakui ramai berpuashati dengan perkhidmatan iPro Ampang termasuk harga repair yang lebih murah berbanding kedai-kedai repair lain, servis repair yang cepat dan mesra pelanggan. Testimoni pelanggan dari masa ke semasa boleh dilayari di facebook page iPro Ampang yang saya sediakan di akhir artikel ini.

iPro Ampang - idevice repair specialist, ampang, #iproampang,
iPro Ampang - idevice repair specialist, ampang, #iproampang,

Justeru, sekiranya ada sebarang masalah dengan iPhone, Smartphone atau gadget, iPro Ampang merupakan pilihan terbaik saya sarankan. Anda juga boleh berinteraksi melalui Facebook page dan Instagram iPro Ampang untuk sebarang pertanyaan berkaitan masalah iPhone dan smartphone yang anda hadapi. Saya sertakan info dibawah untuk rujukan lanjut.

iPro Ampang - iDevice Repair Specialist

8A, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan,
Ampang, 55000, Kuala Lumpur.
Tel: 014 500 0085

Waktu operasi:
Isnin - Ahad: 10:00 pagi - 10:00 malam.
Jumaat: 4:00 petang - 10:00 malam.

Instagram: @ipro_ampang 

Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court, Genting Highlands

$
0
0
Siapa yang tidak takut hantu, jin, makhluk halus atau yang seangkatan dengannya? Apatah lagi jika berhadapan perasaan seram atau kejadian yang sukar diperjelaskan oleh norma kehidupan manusia. Itulah antara perasaan yang ada bila mula bersetuju menyertai cabaran ‘Siapa Paling Berani’ di Amber Court, Genting Highlands, lokasi yang tersenarai antara kawasan paling ‘haunted’ di Asia.

Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Amber Court, Genting Highlands

Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court


Cabaran Siapa Paling Berani ini diadakan bersempena filem seram Haunted Hotel yang dilancarkan tayangannya baru-baru ini. Filem terbitan Lomo Pictures dan arahan Ryon Lee yang menggandingkan pelakon popular dari Thailand, Malaysia dan China ini menjadikan Amber Court sebagai lokasi utama penggambaran filem Haunted Hotel.  

Preview Haunted Hotel boleh baca di sini> Haunted Hotel Filem Seram Buat Anda Tak Senang Duduk. Ia mencatatkan sambutan menggalakkan dengan penjualan tiket mencecah RM 600,000 untuk 3 hari ditayangkan di Malaysia dan RM11 juta di China. Bagi yang sudah menonton, pasti tahu beberapa lokasi yang dikongsikan dalam entri ini.

Inilah juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke Amber Court, pada petang Sabtu, 21 Oktober 2017. Melihat persekitaran sepertimana yang pernah dilihat melalui perkongsian pelbagai blog, youtube dan gambar-gambar Google… pelbagai misteri diceritakan, merungkai disebalik alam kehidupan.

Haunted, Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Kaunter menyambut tetamu di lobi Amber Court

Amber Court – Kisah Misteri Di Sebalik Kehidupan


Amber Court bukanlah bangunan kosong atau ditinggalkan, tetapi dihuni kebanyakkannya warga asing berkerja dikawasan sekitar dan pelancong menginap di bilik hotel yang disediakan. Di perkarangan lobi menempatkan kedai makan, kedai runcit, dobi dan kedai telekomunikasi yang rata-rata dimonopoli warga asing seumpama sebuah pekan dalam komuniti mereka.

Saya kagum sebaik melangkah masuk ke bilik hotel. Luas dan selesa, menempatkan ruang tamu, dapur, sebuah bilik tidur serta beranda. Merupakan hotel apartmen eksklusif dalam zamannya. Bagi saya, jika tidak disebabkan kejadian seram yang dikongsikan ramai, ditambah struktur dinding luaran yang nampak suram, Amber Court adalah antara tempat penginapan bercuti yang selesa.

Bilik kami di tingkat 23, iaitu tingkat yang paling atas... permandangan cantik dengan tiupan bayu Tanah Tinggi Genting yang nyaman... sayup namun dengan sedikit perasaan seram.

Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Bilik Hotel Apartment Amber Court
Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Pemandangan bawah dari beranda tingkat 23

Terdapat pelbagai aktiviti residen di sini, namun disebalik kehidupan, ada tempat-tempat yang dianggap ‘keras’, menyimpan pelbagai misteri dan tragedi. Perkara pertama selepas check-in, kami dibawa melawat ke beberapa lokasi penggambaran Haunted Hotel, sebelum menuju ke salah satu tempat ‘keras’ yang menjadi lokasi cabaran Siapa Paling Berani diadakan.

Justeru, dibawah ini saya kongsikan beberapa gambar lokasi penggambaran Haunted Hotel. Saya difahamkan, pengarah dan krew turut diganggu semasa sesi penggambaran. Antara tempat-tempat ini juga ada berlaku tragedi kematian 7 anak-beranak bunuh diri dan kawasan yang dihuni makhluk halus. Ramai pernah diganggu terutama bila berseorangan.

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Melawat lokasi penggambaran Haunted Hotel... bilik pintu bergrill itu ada kisahnya..
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Pintu bergrill itu adalah bilik tragedi 7 anak beranak bunuh diri
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Lokasi tangga penggambaran jelmaan 'Ling' dalam Haunted Hotel 
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Lokasi tandas tinggal yang digunakan sebagai tandas hospital dalam Haunted Hotel
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Kawasan tangga yang gelap, juga lokasi penggambaran filem
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Tempat parkir yang memaparkan adegan cemas dalam Haunted Hotel
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Groupfie dulu sebelum cabaran Siapa Paling Berani bermula


Siapa Paling Berani Di Lokasi ‘Haunted’ Amber Court


Lokasi pilihan cabaran Siapa Paling Berani diadakan di tempat parkir basement Amber Court. Kami perlu mencari satu botol perfume yang diletakkan di salah satu bilik di kawasan yang gelap gelita. Setiap peserta perlu pergi berseorangan mencari perfume tersebut, hanya berbekalkan flashlight smartphone dan rekod video dalam masa ditetapkan.

Pusingan pertama kami diberi masa 1 minit, namun semua gagal menemui botol perfume yang diletakkan. Seriously… kawasan tersebut banyak bilik, gelap, sejuk dan menyeramkan. Bila mula berlari masuk, baru terfikir dikuatiri tak bertemu jalan keluar pula, atau keluar ke dunia yang lain… aduhhh.

Pusingan kedua dengan tempoh masa 2 minit juga gagal. Barangkali ada yang main-main sembunyi botol kerana kami semua dibawa melihat sendiri kedudukan botol perfume diletakkan selepas gagal pusingan pertama. Masuk pusingan ke-3, barulah seorang demi seorang berjaya. Saya mendapat tempat ke-3 dengan kiraan masa 1 minit dan beberapa saat. 

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,

Situasi pelik? misteri? seram?… macam-macam ada… mungkin ada yang berpendapat ia sekadar mainan perasaan… wallahualam.

Namun lebih terkesan bila dapat tahu selepas berakhir cabaran yang lokasi itu antara tempat paling keras. Banyak kejadian… ramai pernah terserempak gadis cantik yang berubah rupa mengerikan, nampak lembaga besar, kena sampuk dan meracau tak jumpa jalan pulang. Kawasan ini sebenanya ditutup kepada orang ramai. Syukurlah, tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Apa pun, keesokan hari sebelum berangkat pulang, setiap pemenang menerima hadiah atas keberanian mengatasi cabaran Siapa Paling Berani. Hadiah menarik, sebuah smartphone Violet III keluaran VC Smartphone. Ia merupakan smartphone yang digunakan pelakon sewaktu melakonkan babak-babak menyeramkan dalam filem Haunted Hotel.

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Alhamdulillah.. rejeki gue. Terima kasih :)
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Gambar kenangan pemenang cabaran Siapa Paling Berani

Penghargaan terima kasih kepada Lomo Pictures dan Sam Kassim Events and Communications atas penganjuran Cabaran Siapa Paling Berani. Tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan yang berkongsi jurnal pengalaman meneroka cabaran di Amber Court ini. Ia satu pengalaman berharga yang ‘thrill and rare’ serta mencabar buat diri ini.

Justeru nak dapatkan ‘feel’ misteri Amber Court, sama-sama kita saksikan filem Haunted Hotel di pawagam berdekatan hari ini. Masa terbaik tonton pada waktu malam… baru betul ada ummpph!  

The Pantheon - Arena eSports Bertaraf 5 Bintang Pertama Malaysia

$
0
0
Berita baik buat Gamers dengan pembukaan The Pantheon, arena eSports tercanggih dan terbesar pertama di Malaysia. Dilengkapi peralatan gaming ‘state-of-the-art’ berserta Auditorium, 116 PC, Zon Pengalaman VR, Racing stimulator, Zon PS4 dan pelbagai lagi, merupakan lokasi terbaik para Gamers mengasah skill dalam gaya hidup positif yang santai dan selesa.

The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,

The Pantheon - Arena eSport 5 Bintang Pertama Di Malaysia


Pada petang Selasa 24 Oktober 2017, saya telah menghadiri majlis pembukaan rasmi The Pantheon di One Space One City @ The Square, Subang Jaya. Ia kini telah dibuka secara rasmi dan merupakan arena eSport pertama di Malaysia dengan pengiktirafan NVIDIA GeForce GTX Certified Platinum eSport arena, dan juga antara hub gaming terbesar di Asia.

Menurut Franky How, Pengarah urusan The Pantheon; sebagai 'Platinum NVIDIA certified iCafe and eSport ready' pertama di Malaysia, The Pantheon menyediakan pengalaman terbaik buat para Gamers di Malaysia dengan kelengkapan canggih dan harga berpatutan. Ia turut dilengkapi auditorium bagi memenuhi pelbagai penganjuran 'games tournaments' bertaraf dunia. 

The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,

Persekitaran dengan keluasan 10,000 kaki persegi ini menyediakan kelengkapan video terbaik untuk para gamers merasai sendiri kehebatan teknologi GTX 1060 dengan GPU yang lebih tinggi, bersama paparan G-sync 27 inci 144hz. Ada lebih 30 peralatan dan komponen berjenama dipercayai dunia seperti NVIDIA, Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers di sini.

Terdapat juga 6 bilik yang direka khas menempatkan desktop jenama terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers bagi memudahkan ‘brand enthusiasts’ merasai pengalaman sebelum membeli antara jenama tersebut. Ia juga merupakan ‘private room’ bagi melatih Team Gamers mengasah skill sebagai persediaan untuk sebarang pertandingan.

Saya turut berpeluang mencuba beberapa permainan video terkini sempena pembukaan The Pantheon, disamping mengambil beberapa gambar untuk dikongsi bersama di sini. 

The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,

Sejak 'soft launch' pada 27 September 2017, The Pantheon telahpun menganjurkan pelbagai pertandingan antaranya TML Qualifier Championed by Celcom dan NVIDIA GEXT Qualifier. Terdapat pelbagai lagi pertandingan bakal diadakan dari masa ke semasa antaranya seperti Asus Join the Republic untuk disertai.

The Pantheon memartabatkan industri permainan video sebagai platform mengasah bakat era digital dengan elemen gaya hidup positif. Ia dibuka kepada pengunjung berusia 12 tahun ke atas. Mereka dibawah 12 tahun perlu ditemani ahli keluarga dewasa sehingga jam 10 malam sahaja, manakala pelajar dengan uniform sekolah tidak dibenarkan masuk.

The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,
The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,

The Pantheon - Malaysia 1st NVIDIA GeForce certified Platinum-level iCafe


The Pantheon menyediakan kemudahan WiFi secara percuma dan setiap meja iCafe turut dilengkapi ‘charging point’ untuk laptop, smartphone dan gadget bagi memudahkan pelbagai urusan dalam suasana santai. Sememangnya lokasi serba lengkap buat para Gamers mengasah skill mahupun sebagai pusat riadah bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga.

Harga yang dikenakan untuk permainan video juga amat berpatutan;
- Zon pengalaman PC: RM5.00 sejam.
- Zon PC Premium: RM7.00 sejam.
- Zon Stimulator Perlumbaan: RM30.00 sejam,
- Zon VR: RM50.00 untuk 30 minit.
* Zon PS4: percuma untuk members dengan pembelian makan minum melebihi RM5.00.   

The Pantheon, Malaysia 1st eSport Centre,

Para peminat permainan video juga berpeluang menyertai program membership eksklusif bersama The Pantheon. Antara keistimewaan, setiap members mendapat privilages bermain di zone video PS4 secara percuma dengan pembelian makan dan minum melebihi RM5.00.

Justeru, jom santai-santai layan video games terkini 'state-of-the-art' di The Pantheon. Saya sertakan info lanjut di bawah untuk rujukan anda;

The Pantheon - Malaysia 1st eSport Centre

Lot 2-27, The Square @ One City, 47650 Subang Jaya, Selangor.

Website: www.thepantheon.co
Facebook Page: ThePantheonMY
Instagram: @thepantheon_my


Shark Hero Conservation Run 2017

$
0
0
Jom beramai-ramai kita sertai Shark Hero Conservation Run 2017. Acara larian 'Fun Run' yang pertama kali dianjurkan bagi memupuk kesedaran orang ramai tentang ancaman kepupusan 'Shark' dalam hubungannya dengan kepentingan menjaga ekosistem lautan, bertempat di SunSuria City, Sepang bermula 4 petang hingga 11 malam pada 18 November 2017.

Jadilah SharkHero dengan menyertai acara Fun Run 4 km ini. Setiap RM5 yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Save Shark Malaysia.

Shark Hero Conservation Run 2017,

Shark Hero Conservation Run 2017 dibuka kepada dewasa dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai acara meriah disediakan untuk semua pengunjung dan peserta seperti contest, stage show, magic show, game booth, food truck, temporary tattoo, photobooth termasuk clown dan ballonists.

Setiap perserta akan menerima medal, sijil penyertaan dan pelbagai entitlements larian.

Shark Hero Conservation Run 2017,

Shark Hero Conservation Run 2017

Tempat: Celebration Centre, Sunsuria City, Sepang.
Tarikh: 18 November 2017 (Sabtu)
Masa: 4 - 7 Petang (Pendaftaran & Flag Off) / 7 - 9 malam (Karnival & Stage Show).

Info lanjut dan penyertaan boleh layari laman di bawah;



Teater Mahkamah Keadilan Sketsa Muslihat Dan Kepentingan Manusia

$
0
0
Baru-baru ini saya telah menyaksikan pementasan teater bertajuk ‘Mahkamah Keadilan’ atas undangan rakan blogger Bro Framestone. Merupakan pementasan teater yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop dengan kerjasama The Interns sempena Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017 di Auditorium Taman Budaya, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur.

Mahkamah Keadilan, Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017,
Teater Mahkamah Keadilan oleh Tronoh Theatre Shop - foto: www.

Teater Mahkamah Keadilan Oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Mahkamah Keadilan merupakan pementasan berunsur lucu namun tersirat pelbagai mesej kesedaran dalam menyentuh norma kehidupan masyarakat yang adakala sering kita dengar atau hadapi. Menyampaikan sketsa teladan tentang ‘hak dan keadilan’ rakyat yang dimanipulasi demi kepentingan peribadi.

Pementasan arahan Aizuddin Rosli dan Dr Hakim Wirzal, karya Taufik Al-Hakim olahan semula Dr Shark ini mengisahkan seorang hakim dan rakyat biasa yang mempunyai ikatan persahabatan hingga sanggup memutarbelitkan kesalahan dan menghukum orang tidak bersalah hanya disebabkan kepentingan bersama. Watak Hakim dilakonkan oleh Dr Shark sendiri.

Mahkamah Keadilan, Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017,
Mahkamah Keadilan, Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017,
Mahkamah Keadilan, Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017,
Mahkamah Keadilan, Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017,

Mahkamah Keadilan - Teater Yang Hidup Dan Menghiburkan


Pementasan teater yang bermula pada 8:30 malam ini berakhir sekitar 9:30 malam dengan penuh kemeriahan. Boleh dikatakan semua pelakon berjaya menjiwai watak dan babak pementasan serta menyampaikan mesej sebagai satu peringatan bersama dengan jelas dan juga amat menghiburkan.

Sekalung tahniah diucapkan atas pementasan yang mengkagumkan ini. Semoga pementasan teater Mahkamah Keadilan ini beroleh kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur 2017, dan menjadi pemangkin memartabatkan seni teater tanah air ke persada dunia.   


Mengenalpasti Realiti Sebenar Freelancing Economy Malaysia

$
0
0
Berdasarkan fakta rasmi menyatakan 30% daripada tenaga kerja sedunia kini merupakan ‘freelancer’. Menurut laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ogos 2017 turut menyatakan bahawa ekonomi pekerjaan bebas di Malaysia telah turut berkembang sebanyak 31%, menjadikan Malaysia pasaran ke-3 terbesar di rantau ini.

Atas aspirasi memperkasa persediaan mendepani cabaran ekonomi Pekerjaan Bebas (Freelance), INTI International University & Colleges telah menganjurkan perbincangan lanjut dalam mengulas hasil kaji selidik terkini The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,
The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy

Kaji Selidik Ekonomi Pekerjaan Bebas Di Malaysia


Sesi perbincangan telah diadakan pada 26 Oktober 2017, yang membentangkan keadaan sebenar ekonomi pekerjaan bebas di Malaysia. Ia hasil kaji selidik terhadap 300 freelancer mewakili bidang profesional seperti perniagaan, pemasaran, IT dan sains komputer, seni kulinari dan senireka.

Sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif INTI, Timoty Bulow dan antara rakan industri iaitu Wong Theen Chuan, Timbalan Pengurus, Jabatan Pengurusan Strategi KWSP; Melvin Lim, Ketua Pegawai Kewangan, Trisilco IT Sdn Bhd, Lau Chak Onn, Ketua Pengarang, Cilisos Media Sdn Bhd dan Freda Liu Personaliti Radio Bfm selaku Moderator.

Kaji selidik ini mengumpul maklumat penting agar institusi pengajian tinggi dan kerajaan dapat memberi kaedah terbaik memerkasa ekonomi sektor ini. Perbincangan turut mengetengahkan ‘pros & cons’ freelancing di Malaysia berdasarkan realiti kaji selidik iaitu;

- 68% Freelancer memilih untuk bekerja sendiri walaupun terdapat peluang bekerja tetap.
- 66% Freelancer tidak mempunyai pelan persaraan.
- 65% Freelancer mahu kerajaan mengiktiraf 'freelancing' sebagai kerjaya rasmi.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,

Diskusi Pakar Industri Terhadap Realiti Freelance Ekonomi Di Malaysia


Antara perbincangan menyentuh dapatan kaji selidik yang menyatakan walaupun pekerjaan bebas semakin popular, kemampanan kewangan jangka panjang masih di tahap membimbangkan yang ketara. Fakta menyatakan 66% freelancer tidak mempunyai pelan persaraan manakala 33% lagi tidak mempunyai sebarang pelan simpanan peribadi.

Selain itu, disebabkan 65% freelancer mahu pengiktirafan kerajaan agar dikategori sebagai kerjaya rasmi, ia menjadi tanggungjawab KWSP kepada kerajaan untuk meningkatkan lebih banyak insentif skim simpanan persaraan dan meningkatkan kesedaran kewangan dikalangan Freelancer.

Pekerjaan bebas dianggap menarik dalam menentukan masa sendiri. Namun masih ramai tidak memahami elemen kewangan seperti percukaian, pelan simpanan dan persaraan sebagai kerjaya rasmi. Terdapat jurang ketara profesionalisme dan ketidakstabilan kewangan yang perlu ditangani bagi menyokong kelestarian ekonomi jangka panjang mereka yang memilih kerjaya freelancing.

Justeru pelbagai pihak perlu mengambil kira secara serius agar sektor ini mampu membangunkan ekonomi secara strategik. Kemajuan teknologi juga menjadi pemangkin platform Freelancer dan Upwork serta mempengaruhi cara usahawan menawarkan peluang pekerjaan agar kekal kompetitif.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,
Bersama Lau Chak Oon, Ketua Pengarang Cilisos Media Sdn Bhd

Memperkasa Peluang Kerjaya Melalui Ekonomi Pekerjaan Bebas


Sektor pekerjaan bebas menuntut institusi pengajian tinggi memperkasa modal insan agar graduan yang menceburi sektor ini mampu bersaing dan berdikari dalam kemajuan industri. Kemahiran ‘soft skill’, pengetahuan kewangan, simpanan, polisi percukaian dan pelan persaraan adalah sesuatu yang perlu diperkasa.

Melalui kerjasama lebih 450 rakan industri, INTI menawarkan pembelajaran praktikal dan program bersepadu dari Pusat Inovasi Pendidikan IBM, program bakat E-Perdagangan Global Alibaba, program Ignite Google bagi meningkatkan persediaan profesional muda terhadap impak pekerjaan bebas dan menggunakan peluang membangun kerjaya sebagai usahawan industri.

Seiring Bajet 2018 yang menyaksikan peningkatan insentif untuk syarikat-syarikat kecil sederhana bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kaji selidik INTI dilihat sebagai langkah awal yang boleh digunakan dalam menambahbaik persiapan tenaga kerja generasi baharu.     

Fashion and Styling Workshop With Influencers Resorts World Genting

$
0
0
Antara pengalaman berharga dalam berblog bila berpeluang menyertai Fashion and Styling Workshop with Influencers anjuran Resorts World Genting pada hujung minggu yang lalu. Seharian penuh dengan keceriaan menyaksikan penglibatan jenama terkenal seperti Sephora, Esprit dan Thomas Sabo menjayakan workshop  yang diadakan di Genting International Convention Centre.


Make Up Bergaya Bersama SEPHORA


Workshop bermula sekitar 11 pagi, kami terlebih dahulu berkunjung ke outlet Sephora di Sky Avenue Shopping Mall untuk sesi make up. Sesi make up makeover ini telah dilakukan oleh perunding bertauliah menggunakan produk make up Sephora yang bersesuaian dengan penerampilan muka masing-masing.

Saya turut diberi panduan menggunakan produk Sephora yang sesuai dengan tonasi kulit muka. Foundation Sephora ini berasaskan air dan sesuai untuk kulit muka berminyak seperti saya. Bekas jerawat yang ada pun jadi kurang terlihat dengan tonasi warna semulajadi… lama bertahan walaupun selepas melakukan pelbagai aktiviti selepas itu. Kulit muka tak rasa melengas dan tak berminyak.

Sephora, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Sephora buat saya terasa macam retis!
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sephora, Sky Avenue,
Kecantikan puan mem semakin terserlah selepas make up.
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sephora, Sky Avenue,
Meet my Make Up Consultant, my MUA :)

Citarasa Fesyen Bersama ESPRIT Dan THOMAS SABO


Sesi seterusnya berlangsung selepas lunch di Genting International Convention Centre bersama Esprit. Selain berkongsi info tentang aspirasi jenama terkenal antarabangsa ini, Esprit turut memperagakan beberapa fesyen pakaian terbaru yang menjadi pilihan trending masa kini. Smart, casual, elegant, rugget, classy, stylo, cool… Esprit memang ada semuanya.

Saya juga antara penggemar jenama Esprit sejak dulu. Masa mula bekerja dan bercinta dahulu, pernah save duit semata-mata untuk dapatkan jam Esprit. Sememangnya teruja dapat menyertai workshop bersama Esprit, malah lebih teruja lagi bila terpilih jadi model Esprit memperagakan fesyen pakaian semasa workshop berlangsung… thanks Esprit!

Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Esprit, Sky Avenue,
Cucuk langit macam MJ dan John Travolta!
Esprit, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Gaya casual and trendy Esprit
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue, Esprit,
Gaya Logan dalam filem Wolverine :)
Esprit, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Foto bersama model dan wakil Esprit
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue, Esprit,
Foto bersama rakan influencers dan Esprit

Sesi seterusnya bersama jenama terkenal, Thomas Sabo yang menampilkan barisan aksesori dan barang kemas ekslusif. Kami turut diberi penerangan tentang Thomas Sabo yang ditubuhkan sejak 1984 di Germany. Jenama Thomas Sabo semakin dipercayai dunia disebabkan kualiti dan gaya premium yang sentiasa bersesuaian dengan trending semasa.

Sejujurnya, saya amat tertarik dengan aksesori Thomas Sabo. Ia unik, cantik dan eksklusif, sesuai digayakan sebagai pelengkap fesyen setiap hari. Aksesori yang diperagakan oleh rakan-rakan semasa workshop menyerlahkan penerampilan gaya simple tapi kemas dan eksklusif… lelaki nampak lebih energetic dan wanita nampak lebih anggun.

Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Antara kemasan aksesori Thomas Sabo yang dipamerkan
Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Thomas Sabo classy dan eksklusif
Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Seni halus dengan hiasan batu yang stylo
Reef Official, Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Blogger Reef nampak bergaya
Blogger Jean, Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Blogger Jean tampil menawan

Sesi workshop berakhir sekitar 4.30 petang dengan pelbagai input pengetahuan bukan sahaja tentang gaya dan trending lifestyle terkini, malah juga tentang skop industri fesyen masa kini. Lepas ini jangan terperanjat jika penerampilan saya di blog ini pun tambah bergaya sebab saya antara yang bertauliah di Fashion and Styling Workshop ini hehe :)

Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Foto selepas sesi workshop bersama Thomas Sabo

Penghargaan Fashion And Styling Workshop With Influencer


Penghargaan terima kasih kepada Irene Chua, Asistant Manager, Resorts Communication & Public Relation dan team Resorts World Genting atas peluang menyertai aktiviti menarik ini. Penghargaan juga kepada Sephora, Esprit dan Thomas Sabo yang secara tidak langsung menyuntik inspirasi dalam menyerlahkan lagi gaya penerampilan diri.

Tidak ketinggalan buat rakan-rakan bloggers yang berkongsi pengalaman keceriaan bersama-sama sepanjang acara Fashion and Styling Workshop with Influencers. Menjadi sebahagian jurnal pengalaman berblogging yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan.

Info terkini Resorts World Genting boleh layari www.rwgenting.com  



Graffiti Workshop Bersama Katun Dan Nippon Paint

$
0
0
Graffiti merupakan cabang seni yang semakin berkembang di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Kemunculan ramai peminat seni grafiti terutama dikalangan sosio-generasi baharu dilihat sebagai satu perubahan yang ia telah semakin diterima sebagai elemen seni unik dan trendy era baharu.

Atas aspirasi melahirkan bakat-bakat positif dalam memartabatkan seni grafiti, Nippon Paint Malaysia Group sekali lagi mendekati ‘graffiti enthusiast’ dalam usaha menerapkan nilai pengetahuan dalam menghargai keseniannya melalui sesi workshop bersama Katun, artis graffiti terkenal tanah air.

Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,

Seni Grafiti Bersama Katun Dan Nippon Paint


Saya pernah berkongsi artikel Aspirasi Seni Bersama Kenji Chai sebelum ini, dan kali ini artis grafiti Katun, turut mengadakan sesi workshop bersama 10 graffiti enthusiasts yang terpilih. Workshop diadakan sebagai ‘experimental platform’ buat bakat-bakat grafiti mempelajari pelbagai kaedah dalam menghasilkan seni grafiti yang terbaik.

Setiap peserta berpeluang memperolehi ‘personal coaching’ menghasilkan seni graffiti berimpak tinggi dan mempunyai keunikan mesej yang berkesan. Turut memperkenalkan barisan ‘spray paint’ PYLOX yang sememangnya diperakui antarabangsa dalam menghasilkan seni graffiti bermutu tinggi.

Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,

Katun merupakan artis graffiti veteran yang dikenali dikalangan peminat graffiti. Nama Katun diinspirasikan melalui impresi artistik ‘graffiti edge techniques’. Melalui penglibatan lebih 10 tahun, Katun berjaya memartabat hasil karyanya bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi ke persada antarabangsa seperti Dubai, Korea, Tahiti, Australia, Indonesia dan Singapura.

Pendekatan positif Katun dalam memberi bimbingan terbaik kepada bakat-bakat graffiti merupakan usaha terbaik melahirkan lebih ramai ‘graffiti professionals’ tempatan. Melalui workshop yang diadakan, Katun akui setiap peserta mempunyai minat ‘genuine’ mendalam dalam mengasah skill dan bakat sedia ada.

Platform pembelajaran terancang seperti ini merupakan langkah terbaik melahirkan generasi seni graffiti professional, dan memartabatkan mutu seni graffiti tempatan setaraf antarabangsa. Secara tidak langsung, workshop ini membuka peluang bakat artis tempatan mengasah kemahiran dan kreativiti intelek melalui saluran yang terjamin.

Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,

Inisiatif Mengasah Bakat Seni Grafiti Generasi Kreatif


Peserta workshop terdiri daripada 10 ‘graffiti enthusiast’ yang terpilih memenangi Nippon Paint’s Instagram Contest. Ia merupakan inisiatif terkini Nippon Paint dalam menarik minat individu berbakat besar melalui workshop seperti ini dalam membina komuniti kreatif yang mampu memberi inspirasi dan menghargai nilai kesenian dikalangan masyarakat Malaysia.

Justeru sekiranya anda atau ada dikalangan ahli keluarga dan rakan yang meminati seni graffiti dan mempunyai bakat yang boleh diasah. Anda boleh layari instragram @pyloxofficial untuk mengikuti perkembangan semasa dan peluang terkini seni grafiti tempatan juga antarabangsa.


VESSBROZ Lancar Album Pertama Bersama Artis 5 Kontinen

$
0
0
VESSBROZ, kumpulan yang sedang meningkat populariti, kini bersedia melancarkan album antarabangsa pertama, menggabungkan artis dari Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Artis 2 beradik dari Taheran dan menetap di Malaysia ini baru menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia dan menjadi satu usaha besar mengumpulkan kesemua artis dalam satu album bagi memupuk semangat keamanan global.

Vessbros, LOST,

Album ‘LOST’, merupakan album antarabangsa pertama selepas Vessbroz melancarkan 10 ‘singles’ tahun lepas.  Ia menggandingkan beberapa genre muzik seperti Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua, juga telah ditetapkan sebagai album rasmi filem Inggeris Malaysia berjudul ‘C144' dengan beberapa lagu untuk filem tersebut.

Walaupun baru memasuki industri muzik pada 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre ‘deep house’ sehingga ‘dance floor’. Berlatarbelakang kemahiran sebagai juru audio juga telah membantu Vassbroz mencapai kejayaan dalam 2 pertandingan antarabangsa bagi kategori Lagu Original Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Vessbroz membuktikan mereka berpengetahuan sebagai Penerbit dan Artis Muzik dengan lebih 1,000,000 views di Vevo dan YouTube dan lebih 4.35 juta pendengar di soundcloud. Pada April 2017, Vessbroz telah melancarkan ‘single’ Dreams di pelbagai platform online dan media sosial.


“Video muzik terbaru Vessbroz sedang ‘viral’!!! Vessbroz telah mengeluarkan video muzik baru berjudul ‘DREAMS’. Mereka menulis dan membuat lagu ini tentang kehidupan mereka! Semak video muzik yang hebat ini”. – Blog 50 Cent.

Sejajar pelancaran album antarabangsa pada November 2017 dan filem C144 akhir tahun depan, Vessbroz turut mengadakan lawatan promosi ke seluruh Malaysia, China, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan London. Vessbroz akan mengedarkan satu video lirik dan satu video muzik untuk setiap lagu yang terkandung dalam album antarabangsa ini.

Artis Malaysia yang menyanyi dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato’ Zainal Abidin dan Nadeera.

Info lanjut Vessbroz boleh layari;
Vevo: VessbrozVevo
Facebook: Vessbroz
Instagram: Vessbroz



Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party

$
0
0
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Bloggers’ Party, acara penuh keceriaan bersama rakan-rakan blogger anjuran Ayamas Kitchen. Ia diadakan sempena pelancaran rangkaian produk terbaru Ayamas Kitchen ‘ready-to-eat’ yang menawarkan 3 jenis pek sedia-dimakan dengan hidangan citarasa Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Ayamas Kitchen Lancar Rangkaian Produk ‘Ready-To-Eat’


Pada 4 November 2017, saya telah menghadiri Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party di QSR Trading Test Kitchen, Glenmarie, Shah Alam. Ia merupakan bloggers' party kedua saya hadiri selepas Ayamas Kitchen Pastry and Sauce Bloggers' Party sebelum ini.  

Kali ini Ayamas Kitchen memperkenalkan rangkaian produk sedia-dimakan RTE (Ready-To-Eat) yang baru dilancarkan. Berslogankan ‘Mudah dan Lazat’, rangkaian produk RTE Ayamas Kitchen ini amat mudah disediakan. Hanya perlu dipanaskan selama 4 hingga 5 minit untuk dihidangkan.

Menurut En Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengendali Kedai Ayamas; “Produk sedia-dimakan telah lama mendapat tempat di hati pelanggan khususnya generasi muda. Pihak Ayamas menerusi R&D telah mencipta 3 jenis pek RTE dalam bentuk hidangan berkualiti”.

Rafiq Moosa, Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Turut diadakan demonstrasi produk yang dipersembahkan secara lakonan senyap dan mencuit hati. Ia menunjukkan bagaimana mudah dan ringkas penyediaan rangkaian produk RTE ini untuk dinikmati sekeluarga dan tetamu yang berkunjung. Kami juga turut dihidangkan dengan ketiga-tiga pilihan RTE ini... memang sedap... ambil makanan penuh pinggan pun sampai 2 kali tambah haha :). 

Acara diteruskan dengan sesi Contest – Most Creative RTE Presentation, 3 kumpulan yang diwakili 2 blogger setiap satunya perlu melakonkan adegan secara senyap mengikut kreativiti masing-masing. Adegan ini turut mengetengahkan mesej seperi demonstrasi produk tentang bagaimana rangkaian produk RTE Ayamas Kitchen memudahkan lagi urusan kehidupan.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Bagi saya, sajian rangkaian produk RTE ini memang sedap dan bermutu dengan harga yang berpatutan. Mudah kalau nak sediakan terutama jika teringin nak makan citarasa masakan istimewa seperti Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega ini di rumah pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah menyediakannya.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Penghargaan Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers' Party


Penghargaan terima kasih kepada QSR Brands (M) Holdings Berhad Upstream Division atas penganjuran Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party. Majlis yang meriah, hidangan pun memang sedap, berkualiti dan bercitarasa original.

Bagi yang mahukan rangkaian produk Ayamas Kitchen Ready-To-Eat, Nasi Kandar Ayam Masala dijual dengan harga RM7.90 sepeket, manakala Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega dijual dengan harga RM8.50 sepeket. Ia boleh didapati di kesemua Kedai Ayamas seluruh Malaysia.

Info lanjut di Fb Kedai Ayamas – Ayamas Roastersatau website www.kedaiayamas.my.  


Fit & Foodie Carnival 2017 Bersama IJM Land Seremban 2

$
0
0
Berita baik buat penduduk Seremban 2 dan sekitarnya. Syarikat pemaju hartanah IJM Land bakal menganjurkan Fit & Foodie Carnival 2017 sebagai aspirasi gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Karnival istimewa ini bakal diadakan bermula 9 pagi hingga 6 petang di perkarangan Galeri Jualan IJM Land, Seremban 2 pada Ahad 19 November ini.

Fit & Foodie Carnival 2017, IJM Land, Seremban 2,

Karnival Fit & Foodie Untuk Gaya Hidup Dan Pemakanan Sihat


Fit and Foodie Carnival 2017 mengadunkan tema ‘food and fitness’, dengan pelbagai pengisian dan sajian istimewa. Peluang terbaik berkunjung buat penggemar makanan disamping memperolehi input menjalani gaya hidup sihat.

Karnival turut mengundang ikon dan selebriti terkenal, Masterchef Malaysia, Dato’ Chef Fazley Yaakob. Beliau akan membuat demonstrasi skill masakan serta berkongsi tips bagaimana menyediakan sajian yang sedap dan menyihatkan.

Pemenang pingat perak Rio Olympics 2016, Ms Goh Liu Ying juga diundang berkongsi tips bagaimana menjalani kehidupan sihat setiap hari. Pengunjung bakal diberi bimbingan dalam mengatur masa beriadah untuk mengurangkan stress dan menjalani kehidupan sejahtera.

Selain itu, pelbagai aktiviti seperti game interaktif, peraduan dan free gift turut disediakan. Karnival dimeriahkan lagi dengan Pencarian Ms. Dan Mr Fit Fashion Icon, pertandingan Tarian Jazzercise Dance terbaik, peraduan mewarna kanak-kanak, ‘Recipe Corner Contest', games stall, giant bubbles dan juga sesi photo booth buat pengunjung.

Fit & Foodie Carnival 2017, IJM Land, Seremban 2,

"Kehidupan sejahtera bermula pada gaya hidup individu. Minda dan tubuh badan sihat disertai pemakanan seimbang mampu menyumbang kepada kehidupan sejahtera. Tema karnival ini menepati aspirasi rakyat Malaysia yang gemarkan makanan dan sedar tentang kepentingan kehidupan yang sihat" - Dato' Hoo Kim See, Senior General Manager (Central Region), IJM Land Berhad

Fit & Foodie Carnival 2017 juga menyediakan para pembeli hartanah IJM Land dengan acara cabutan bertuah bersama 30 hadiah istimewa untuk dimenangi. Terdapat juga promosi istimewa rebat tambahan kepada semua prospek yang berminat membeli hartanah IJM Land selama 2 hari bermula 18 hingga 19 November 2017.

Jom bersama ke Fit & Foodie Carnival 2017 di Galeri Jualan IJM Land, Seremban 2 pada 19 November ini. Info lanjut boleh hubungi 1 800 222 456 atau layari www.ijmland.com.  


Pelancaran Buku The Three Village Boys Oleh Dr Liza Mydin

$
0
0
The Three Village Boys, karya penulisan Dr Liza Mydin telah dilancarkan secara rasmi pada 12 November 2017. Pelancaran buku dalam suasana santai ilmu ini merupakan satu inisiatif menerapkan pengetahuan kepada minda generasi muda bahawa hidup ini mempunyai misi yang lebih besar.

Begitulah harapan Dr Liza, penulis dan ibu kepada 3 orang anak, agar bukunya ini dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka tentang persoalan nilai-nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan juga etika dalam kehidupan.   

Liza Mydin, Buku The Three Village Boys,

The Tree Village Boys Oleh Dr Liza Mydin


The Three Village Boys merupakan kisah pengembaraan 3 kanak-kanak berusia 9 tahun, Youssef, Zayyed dan Omar yang buat pertama kali keluar dari kampungnya bernama Al Haidar untuk meneroka kampung-kampung lain. Namun mereka dapati ada perbezaan taraf hidup yang ketara di setiap kampung yang diterokai itu walaupun ia tidak berjauhan dari kampungnya.

Pengalaman tersebut telah mengajar mereka bertiga untuk memahami realiti kehidupan yang dihadapi setiap kampung tersebut setelah diperjelaskan oleh orang dewasa yang bijak pandai tentang apa yang dilalui. Lebih menarik, kisah ini berlatarbelakang perkampungan padang pasir Tanah Arab yang memupuk kesedaran budaya, etika dan mengenal erti kehidupan.

Buku ini ditulis dengan 2 tujuan utama. Pertama, bagi mengasah minda kritis dan meningkatkan keupayaan daya imaginasi kanak-kanak melalui kisah pengembaraan bersama Youssef, Zayyed dan Omar. Keduanya, bagi menyingkap persoalan tentang perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan ketidakadilan yang berlaku.


The Three Village Boys Menanam Keadilan Sosial Dalam Diri Kanak-Kanak


Pelancaran The Three Village Boys menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dan input positif buat kanak-kanak seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi topi tarbus. Malah sewaktu sesi pelancaran berlangsung, kami teruja dengan penyampaian storytelling adunan seruling dan gambus. Unik dan memberi kesan mendalam hingga ke akhir penceritaan.  

Majlis pelancaran buku pula telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas Mirakhor, pakar ekonomi dan cendikiawan tersohor, juga individu yang mementingkan hak keadilan sosial. Beliau merupakan First Holder, INCEIF Chair of Islamic Finance dan mantan Pengarah Eksekutif International Monetary Fund (IMF).

Awan Buskers, The Three Village Boys, Liza Mydin,

Majlis ini juga memberi inspirasi buat diri untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan etika budaya yang sewajarnya kepada anak-anak. Selain itu, ia juga merupakan satu penghormatan apabila dapat bersama penulis dan tetamu kehormat yang merupakan antara tokoh disegani dalam dunia penulisan, kewangan Islam dan pembangunan ummah.        

Prof Abbas Mirakhor, The Three Village Boys, Liza Mydin, blogger Malaysia,
The Three Village Boys, Liza Mydin, Blogger Malaysia,

Dr Liza Mydin, nama yang tidak lagi asing dalam dunia kewangan Islam. Ditauliahkan PhD dari International Centre for Education in Islamic Finance, beliau merupakan mantan Vice President of Complience, Al Rajhi Bank Malaysia dari 2010 hingga 2014 dan kini menyandang Head of Research and Advisory di Bank Islam terkemuka di Malaysia.

Berpengetahuan luas perbankan dan kewangan, beliau juga terlibat menulis pelbagai buku-buku rujukan berkaitan kewangan dan pembangunan Islam. Bidang penulisan juga merupakan aspirasi beliau dalam memperkasa pembangunan ummah dan The Three Village Boys merupakan karya ilmu kanak-kanak yang pertama untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Liza Mydin, Khir Khalid, The Three Village Boys,
The Three Village Boys, Liza Mydin,

“Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang” – Dr Liza Mydin.

Buku The Three Village Boys mempunyai 26 halaman dan dipaparkan dengan ilustrasi berwarna. Ia menjadikan kisah pengembaraan Youssef, Zayyed dan Omar lebih menarik dan satu pengalaman kisah yang tidak akan dilupakan. Keluaran pertama diterbitkan pada 2012 dan dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble pasaran antarabangsa.

Edisi terkini didatangkan dengan versi kulit tebal. Bagi anda yang ingin mendapatkan buku ini, ia boleh dibeli terus secara online di www.thetvb.com.


Viewing all 711 articles
Browse latest View live