Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all articles
Browse latest Browse all 711

Filem HOSPITAL Kisah Seram Yang Menghantui Jiwa Penonton

$
0
0
Hospital, filem genre seram terbaharu keluaran Metrowealth (MiG Pictures) bakal menghantui seluruh pawagam di Malaysia pada 13 April 2017 dengan konsep garapan unik dan berbeza. Filem arahan Azaromi Ghozali ini pasti memberikan pengalaman menonton dengan babak yang mencabar, suspen dan triller kepada semua penonton. Filem seram wajib tonton yang menghantui, pastinya tidak mengecewakan buat peminat-peminat filem tempatan.

Hospital, MiG Pictures, Metrowealth, Khir Khalid,

Sinopsis Filem Hospital


Pada 10 April, saya telah menghadiri majlis pra-tonton filem Hospital yang berlangsung di GSC Mid Valley. Filem ini mengisahkan seorang gadis Amira (Fatin Afeefa) yang menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat di sebuah hospital. Malangnya, Amira tidak berjumpa hospital tersebut dan hampir berputus asa. Sewaktu menunggu teksi di hentian bas terpencil, muncul Dahlia (Nina Iskandar) yang kebetulan berkerja di hospital yang dicari oleh Amira dan memberikan pertolongan.

Setelah diterima berkerja di hospital tersebut, Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumah yang lama telah meninggalkan rumah. Amira bersetuju, dan semenjak itu bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira yang sering diganggu dengan kejadian seram dan penampakan lembaga ngeri. Perkenalan dengan doktor muda bernama Farid (Fizz Fairuz), menambahkan lagi kekalutan sedia ada yang berlaku kepada diri Amira.

Jiwa Amira semakin hari semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi. Ia bukan sekadar berlaku di hospital tempat Amira berkerja, malah juga di rumah Dahlia tempat Amira menumpang. Sahabat baik Amira iaitu Farah (Julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Syukry) turut diganggu dalam usaha membantu.

Justeru… siapa sebenarnya yang mengganggu Amira, bakal terjawab dalam filem Hospital.

Hospital, Fizz Fairuz, Khir Khalid,
Fatin Afeefa, Azaromi Ghozali, Khir Khalid,

Barisan Pelakon Filem Hospital MiG Pictures


Hospital merupakan filem ke-118 dan ke-3 tahun ini, MiG mempersembahkan filem seram Hospital melalui konsep garapan yang amat berbeza. Menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz, Rashidah Jaafar, Serina Redzuan serta Lan Zailan bersama bakat-bakat baru seperti Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Julia Marin dan juga Amreen Shukry.

Persembahan barisan pelakon berpengalaman di adun dengan penerampilan bakat-bakat baru yang mantap, menjadikan filem Hospital ini mahu ditonton hingga ke akhir walaupun ada waktu perlu menahan nafas disebabkan trill seramnya. Lakonan Fatin Afeefa menjiwai watak Amira menyerlahkan lagi bakat lakonannya dan memang patut dipuji.

Mula mengenali Fatin Afeefa sewaktu preview filem Wolkswagen Kuning, kini beliau menerajui watak utama yang memantapkan filem Hospital ini. Watak Amira mencubit hati saya dengan perasaan kasihan, bimbang dan sedih atas perkara yang menimpanya. Ia memerlukan penghayatan spesifik dan beliau telah berjaya membawa watak tersebut dengan penghayatan yang mendalam.

Hospital, David Teo, Khir Khalid,

Filem Hospital Di Pawagam Bermula 13 April 2017


Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa filem Hospital ini mempunyai sentuhan penghayatan seperti filem antarabangsa. Apa pun, ia bukan menampilkan sisi negatif institusi hospital tetapi hanya dijadikan sebagai latar belakang cerita semata-mata. Kisah Amira, Dahlia, Farid… Elin… siapa mereka?... apakah realitinya?

Jom tonton filem Hospital bermula 13 April ini di pawagam berdekatan anda.

Hospital – “Bila Realiti Mula Menghantui”.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 711

Trending Articles