Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all articles
Browse latest Browse all 711

Serikan Syawal Dengan Dekorasi Lilia Rosa Avon Home Dan Dato’ Rizalman

$
0
0
Serikan Syawal ini dengan pesona Lilia Rosa, dekorasi hiasan dalaman berkonsepkan flora Inggeris kontemporari hasil kolaborasi eksklusif Avon Home dan pereka hiasan dalaman tersohor, Dato’ Rizalman Ibrahim.  Lilia Rosa bakal menyerlahkan lagi keanggunan mahligai kediaman anda dengan sentuhan gaya elegen dan versatile sempena menyambut syawal ini.

Deko Raya Lilia Rosa, Avon Home, Dato Rizalman, Khir Khalid,

Lilia Rosa mengetengahkan konsep Inggeris kontemporari dengan gabungan flora moden Mawar Gallica, Lavender, Lilac, Lili dan dedaun segar serta rona latar pastel yang menenangkan. Hiasan kediaman komprehensif ini merangkumi perhiasan linen rumah seperti langsir, sarung kusyen, alas meja dan kamar tidur serta barangan pinggan mangkuk dan hidangan.

Dato' Rizalman yang telah bertapak kukuh dalam industri fesyen selama 25 tahun kini melebarkan bakat seninya ke dunia hiasan dalaman atas inspirasi dan minat tersendiri. Sehingga kini, beliau telah menata rias kediaman ramai selebriti dan personaliti terkenal Malaysia. Justeru, kolaborasi bersama Avon adalah sebuah kerjasama yang amat beliau nantikan. 

Berilhamkan corak flora sebagai trend dekorasi pilihan 2017, rangkaian linen Lilia Rosa menggabungkan fabric polyester dan organza bercetak yang berkualiti, manakala linen kamar tidur menampilkan 3 saiz katil (super single, queen dan king) dengan corak berbeza daripada fabric serat mikro yang selesa. Pinggan mangkuk pula diperbuat dari kaca opal sebagai penghidang versatile.

Deko Raya Lilia Rosa, Avon Home, Dato Rizalman, Khir Khalid,
Deko Raya Lilia Rosa, Avon Home, Dato Rizalman, Khir Khalid,
Deko Raya Lilia Rosa, Avon Home, Dato Rizalman, Khir Khalid,
Deko Raya Lilia Rosa, Avon Home, Dato Rizalman, Khir Khalid,

Koleksi Lilia Rosa memang menarik, elegen dan harga yang berpatutan. Pilihan yang sangat sesuai untuk meraikan tetamu, sanak saudara dan rakan yang berkunjung sempena Syawal. Lilia Rosa akan dipasarkan mulai Mei 2017 melalui wakil Avon dan Butik Kecantikan Avon seluruh negara.

Anda boleh dapatkan info lanjut di talian bebas tol 1-800-22-AVON(2866) atau layari www.my.avon.com.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 711