Kelapangan cuti sekolah yang lalu, KK sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam. Tujuan kami ke Shah Alam juga disebabkan hajat ibu KK yang ingin melawat ke rumah makcik. Namun sebelum ke sana, kami mengambil keputusan untuk singgah berjalan-jalan ke Taman Botani Negara ini atau dikenali juga dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah, memandangkan ia berada tidak jauh dari lokasi yang hendak kami tuju.
Taman Botani Negara Shah Alam
Kami tiba sekitar jam 12 tengah hari dan terlebih dahulu bercadang singgah makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Hasrat kami tidak mengecewakan kerana terdapat sebuah kedai makan di pintu masuk Taman Botani Negara ini. Secara jujur juadah yang dihidangkan juga tidak mengecewakan… marvelous!!.. sedap, simple dan harganya pun berpatutan… Belum berjalan lagi tapi semua dah kenyang hehee…
Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati antaranya ialah Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Rempah Ratus, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Padi dan Taman Konservasi Herba. Sayangnya, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim ditutup kerana ia sedang dalam proses pencairan iklim untuk persediaan musim bunga dan akan dibuka semula penghujung bulan nanti. Memandangkan waktu yang terhad kami hanya bersiar-siar ke lokasi Taman Haiwan sahaja.
Untuk ke setiap lokasi di Taman Botani Negara ini ada disediakan bas. Pengunjung boleh memilih sama ada berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal yang ada disediakan di sana. Bagi kes kami ini, bas adalah pilihan yang sesuai... lagi pun bawa mak kan.. takkan nak menyewa basikal pulak.
Taman Haiwan Di Taman Botani Negara Shah Alam
Haiwan-haiwan yang terdapat di Taman Haiwan ini tidaklah sebanyak jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di zoo. Namun bagi anak-anak ia sesuatu yang menarik bila dapat melihat rusa dan kuda yang banyak terdapat di sana secara dekat. Selain itu seronok juga melihat haiwan spesis reptilia yang ada.. nampak 'brutal' je walaupun kecil..Â
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Jalan masuk ke Taman Haiwan Taman Botani Negara |
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Papan tanda berhampiran pintu masuk Taman Haiwan |
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Layan Burung kakak tua |
![Burung kakak Tua Burung kakak Tua]() |
Burung kakak Tua, hinggap di jendela... nenek sudah tua, giginya tinggal dua.. :D |
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Apa tengok-tengok!! |
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Landak yang malas dan pemalu |
![Taman Haiwan, Taman Botani Negara Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Labi-labi... bukan Labu dan Labi.. :D |
Meneruskan perjalanan ke kandang kuda... Ibu KK tak larat nak berjalan jauh. Beliau hanya duduk di tempat duduk yang disediakan. Sempat juga berbual dengan orang lain yang turut membawa ibunya. Sama juga duduk membiarkan anak bersama cucu-cucunya mengenal alam.
![Taman Botani Negara Taman Botani Negara]() |
Bunda dapat kawan baru dari Klang.. :) |
Sepanjang berada di Taman Haiwan, apa yang KK lihat banyak haiwan yang seperti kelaparan dan tidak bertenaga… kesian pula tengok… Paling sedih bila tengok rusa-rusa kelaparan. Sesiapa jua yang hadir pasti mendapati tiada satu daun pokok yang berguguran terdapat di dalam kandang. Semuanya habis dimakan oleh rusa-rusa tersebut. Memandangkan keadaan seperti itu, ramai pelawat yang hadir mencampakkan daun-daun pokok gugur yang bertebaran ke dalam kandang. Rusa-rusa tu pun datang mendekati dan makan setiap daun yang ada seperti makan keropok.. krup.. krup…
![Taman Rusa, Taman Botani Negara Taman Rusa, Taman Botani Negara]() |
Taman Rusa di Taman Haiwan |
![Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Antara pengunjung yang memberi daun-daun kepada rusa |
![Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Hello... |
![Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Nyum-nyum... |
Meneruskan perjalanan ke kandang kuda... Seronok pula tengok kuda-kuda yang comel. Kuda padi barangkali. KK pun tak berapa tahu tentang kuda. Namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat seekor kuda yang seolah-olah merajuk. Tak taulah kenapa dia macam tu.. terdapat nama 'Shela' di kandangnya. Mungkin nama kuda tersebut...
![Kuda merajuk Kuda merajuk, Taman Botani Negara]() |
Shela yang merajuk huhu.. |
![Kuda Taman Haiwan Kuda Taman Haiwan, Taman Botani Negara]() |
Kuda yang ni sempoi.. rambut retro.. |
Setelah penat berjalan dalam bahang tengah hari kami pun mengambil keputusan untuk beredar. Sewaktu menunggu bas untuk turun pulang ke pintu masuk utama, kedengaran juga beberapa keluhan dari pengunjung yang sedikit kecewa dengan apa yang terdapat di sini. Mujurlah kami hanya berhasrat untuk singgah dan tidak meletakkan harapan yang tinggi. Biasalah.. harga masuk dewasa adalah RM 3.00 dan RM 1.00 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Masakan sama seperti apa yang terdapat di iCity tu...Â
Keistimewaan Taman Botani Negara Shah Alam
Taman Botani Negara ini sememangnya terkenal satu masa dahulu. Tetapi apabila membangunnya pelbagai lokasi rekreasi baru, ia agak sedikit ketinggalan walaupun diselenggara dengan baik. Apa pun, tempat ini sesuai untuk rekreasi secara berkumpulan memenuhi aktiviti atau program-program motivasi seperti summer camp dan yang sealiran dengannya. Terdapat juga lokasi 'skytrek' yang sesuai untuk acara seperti itu. Selain itu, bagi yang minat mengkaji hutan juga amatlah sesuai bertandang ke Taman Botani Negara ini.
![Perkhidmatan Bas Taman Botani Negara Perkhidmatan Bas Taman Botani Negara]() |
Bye-bye |
Bagi KK, Taman Botani Negara boleh dijadikan aktiviti ilmu dan santai sekeluarga yang menjimatkan. Kami pulang sekitar jam 3 petang kerana ada beberapa lokasi lain yang hendak dituju. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui aktiviti atau lokasi Bukit Cerakah ini boleh Google je... dekat sangat dengan Bandaraya Shah Alam. Justeru... sekian dulu buat kali ini.. :D