Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all 711 articles
Browse latest View live

Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam

$
0
0
Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam - Pada beberapa artikel sebelum ini ada KK kongsikan maklumat tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum yang mengamalkan kaedah perawatan dan penyembuhan holistic Islamiah berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Artikel-artikel tersebut boleh dibaca dan dirujuk di sini >>>> Pusat Rawatan Al-Qayyum

Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Jemaah Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum

Namun dalam kemajuan arus kehidupan masa kini ada segelintir manusia yang sanggup mengejar keuntungan duniawi dengan menjual agama. Mereka sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan dan penyamaran umpama menangguk di air yang keruh. Golongan insan sebegini telah mengaku menjadi sebahagian daripada anggota perubatan Pusat Rawatan Al-Qayyum dan mengubati pesakit dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Berhati-Hati Dengan Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam

Terdapat beberapa aduan dan rungutan yang diterima Pusat Rawatan Al-Qayyum tentang penipuan dan penyamaran oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka mengaku telah mempelajari kaedah-kaedah rawatan dan penyembuhan Islam dari Pusat Rawatan Al-Qayyum namun melakukan perawatan dengan menggunakan kaedah sihir 'pendamping jin' dan teknik 'menggolek telur' seperti seorang bomoh dan pawang.

Penyamaran perawat rawatan Islam

Artikel lanjut berkenaan penipuan dan penyamaran oleh individu tidak bertanggungjawab ini boleh dibaca di artikel blog Pusat Rawatan Al-Qayyum yang KK sediakan dibawah ini:



Sepertimana yang dinyatakan di blog Pusat Rawatan Al-Qayyum, golongan seperti ini adalah lebih sukar untuk ‘dihapuskan gangguannya’ berbanding jin dan syaitan kerana mereka ini berakal tetapi jahat. Kelicikan mereka berkata-kata, menyamar dan menipu sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mengambil kesempatan ke atas para pesakit yang sedang menderita sakit. 

Keaslian Pusat Rawatan Al-Qayyum

KK sertakan di sini printscreen kenyataan Pusat Rawatan Al-Qayyum berkenaan kesahihan perawat-perawatnya berserta maklumat penting untuk pengetahuan anda.

Penyamaran Perawat Al-Qayyum

Perlulah KK nyatakan lagi di sini bahawa Pusat Rawatan Al-Qayyum merupakan pusat rawatan yang diiktiraf mengamalkan kaedah berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau pun kemusyikilan, adalah sebaiknya anda menghubungi terus perawat melalui maklumat yang telah disediakan.

Anda juga boleh berinteraksi dan mengetahui lebih lanjut mengenai perawatan dan penyembuhan Islam yang dikongsikan secara telus melalui laman blog dan Facebook page rasmi
Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Blog Al-Qayyum

Blog Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum

Facebook Page Al-Qayyum


Pusat Rawatan Al-Qayyum

B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

Waktu Perkhidmatan
Isnin – Khamis : 2:00pm – 11:00pm
Jumaat : 2:00pm – 11:00pm
Sabtu : 2:00pm – 6:00pm
Ahad : Tutup

'Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah'

Pusat Rawatan Al-Qayyum




POPLOOK Fesyen Wanita Masa Kini

$
0
0
Informasi menarik buat para wanita sekelian. POPLOOK, butik online terulung fesyen wanita dan muslimah yang menyediakan pelbagai pilihan menarik serta sesuai dengan keperibadian wanita masa kini. Pelbagai rekaan fesyen yang ‘trendy’, menceriakan, anggun dan ‘energetic’… apa yang lebih penting ia menutup aurat dan menyerlahkan gaya kesopanan seseorang wanita yang memakainya.

Fesyen muslimah

POPLOOK Fesyen Anggun Dan Bergaya

Ok.. Review KK pada kali ini adalah berkenaan dengan butik online ‘muslimah fashion’POPLOOK. Bak kata orang, untuk mendapatkan tips terbaik tentang fashion wanita adalah daripada pandangan lelaki. Betul ke… tapi ramai orang cakap tau… Maka, tidak hairanlah ramai pereka fesyen pakaian wanita adalah lelaki kan.

POPLOOK adalah antara jenama fesyen wanita dan muslimah pilihan KK yang menampilkan ciri-ciri kesopanan sebagai keutamaan kepada pemakaiannya. Namun dalam arus kehidupan serba ‘trendy’ sekarang ini, aspek trend dan fesyen juga menjadi kriteria yang pastinya tidak dipandang remeh oleh setiap wanita. Itulah antara kriteria menarik yang terdapat pada setiap fesyen POPLOOK ini.   

Fesyen wanita Poplook
Poplook

POPLOOK Untuk Semua Peringkat Umur Wanita

Bagi KK, POPLOOK amat sesuai untuk Puan Mem dan anak-anak perempuan KK… Ada gaya... menyerlahkan penerampilan mereka yang tercinta. Pelbagai gaya yang pastinya sesuai untuk pelbagai keadaan sama ada bekerja atau ke majlis-majlis tertentu termasuk berjalan-jalan santai sekeluarga. Gaya fesyen yang 'simple and trendy'... sentiasa ‘sedap mata memandang’… :)

Pilihan fesyen muslimah

Terdapat pelbagai pilihan menarik dan berkualiti yang sesuai untuk semua peringkat umur wanita. Malah terdapat pelbagai aneka pilihan dari baju kurung, dress, seluar, tudung, skaf, pakaian mengandung, pakaian pengantin, kanak-kanak termasuk aksesori menarik dan banyak lagi

Anda boleh pilih dan beli fesyen terkini secara online di sini. 


Fesyen Muslimah


Butik fesyen online yang menarik sesuai untuk anda.

POPLOOK Fesyen Muslimah masa kini... Butik fesyen online yang menarik dan mudah, sesuai buat anda. Fesyen yang sederhana dengan gaya yang sangat menarik, berkualiti, ada 'style' dan kelas tersendiri, cantik dan yang paling penting ialah harga yang berpatutan... memang berbaloi..

Penghormatan Terakhir Buat Ayahanda Ku

$
0
0
Penghormatan Terakhir Buat Ayahanda Ku– Tepat jam 6 petang pada tanggal 22 Januari 2015 (Khamis), ayahanda KK bernama Hj Md Khalid Bin Hj Abd. Aziz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh bersejarah kami yang akan terus KK ingati sepanjang hayat ini.

Tahlil Arwah Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Ayahanda Dan Penyakitnya 

Ayahanda KK kembali ke rahmatullah pada usia 70 tahun setelah menghadapi pelbagai dugaan sakit yang agak lama. Kisah penyakit yang bermula pada tahun 2007. Allahyarham telah datang melawat ke rumah KK ketika itu di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Tanpa diduga pada satu Jumaat beliau telah diserang angin ahmar (strok) dan dikejarkan ke Hospital Pakar Selayang untuk rawatan. Semenjak itu, ibu dan arwah bapa telah tinggal bersama-sama KK sekeluarga atas persetujuan ibu. Segala rekod perubatan arwah di Hospital Besar Johor Bahru telah dipindahkan ke Hospital Pakar Selayang, Selangor.

Merawat Penyakit Strok Ayahanda 

Usaha merawat dan memulihkan penyakit strok yang dialami arwah bukanlah sesuatu yang mudah. Secara jujur, kita tidak boleh sekadar lepas tangan dan mengharapkan pihak perubatan hospital semata-mata. Ikhtiar lain berserta semangat dari seisi keluarga amat penting dalam membantu pemulihan.

Kenangan
Allahyarham ayahanda selepas mula beransur pulih dari serangan strok

Ibarat mengajar kanak-kanak berjalan, bertutur juga berfikir. Cuma bezanya ia dilakukan terhadap seorang dewasa agar segala anggota badan, saraf dan mental dapat berfungsi secara normal kembali. Usaha yang bukan dilakukan seharian tetapi memakan masa bertahun-tahun. Paling penting adalah memastikan agar arwah terus bermotivasi untuk pulih.

Sehingga tahun 2009, arwah telah mampu berfikir dengan ingatan yang baik dan berjalan walaupun bertongkat… Cuma daya pertuturan masih sukar dipulihkan. Beliau mendengar dan faham namun tidak berdaya untuk bertutur seperti biasa. Kami perlu lebih sensitif untuk memahami apa yang arwah ingin sampaikan agar dia tidak stress dan tertekan.

Berpindah Ke Bandar Tasik Puteri, Rawang

Tahun demi tahun berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis kehidupan. Atas hasrat mendapatkan tempat bermastautin tetap yang lebih selesa, kami telah berpindah ke Bandar Tasik Puteri di Rawang pada tahun 2013. Alhamdulillah, suasana persekitaran yang sesuai untuk pembesaran anak-anak dengan komuniti yang mesra dan prihatin.

Malangnya, arwah telah mengalami pendarahan di kepala selepas beberapa bulan kami perpindahan. Kisah tersebut ada KK kongsikan pada beberapa artikel terdahulu di sinisini… dan sini.

Pengkebumian ayahanda Khir Khalid

Semenjak itu, arwah terus terlantar di atas katil dan bergerak ke mana-mana dengan kerusi roda. Namun, saat dan waktu arwah telah tiba. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Illahi. KK redha atas pemergiannya dan berharap apa yang KK lakukan sebelum ini adalah yang terbaik seorang anak dapat lakukan terhadap bapanya… aamiin.

Coretan Penghargaan Tulus Ikhlas 

Kesempatan menulis… KK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang sudi menziarah dan membantu memudahkan segalanya, termasuk yang memberi ucapan semangat dan doa di media sosial, whatssapp, sms dan sebagainya.

Penghargaan terima kasih juga KK kalungkan kepada jiran tetangga Persatuan Penduduk Blok 6, Bandar Tasik Puteri atas keperihatinan dan bantuan termasuk mengadakan tahlil 3 malam berturut-turut di rumah KK. Tidak terkecuali kepada pengurusan Khairat Kematian Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri atas pengurusan jenazah serta pengkebumian yang tertib dan lancar... syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat semua warga Bandar Tasik Puteri yang terlibat membantu.

Pengkebumian ayahanda Khir Khalid

Tidak sesekali KK lupa mengucapkan terima kasih juga kepada seluruh penduduk Taman Zalinah di Pontian, Johor atas kesudian melaksanakan tahlil untuk arwah walaupun beliau telah sekian lama menetap bersama-sama KK di sini.

Sesungguhnya segala jasa dan keperihatinan semua ini tidak mampu KK balas dengan apa jua nilai yang ada di dunia serta seluruh isinya. Semoga Allah swt jualah yang membalas segalanya dengan keberkatan dan kebaikan di dunia dan akhirat… aamiin.  

Pengormatan Terakhir Buat Ayahanda

Arwah ayahanda KK telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman… Al Fatihah... aamiin.

Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes


P/s : KK memohon maaf kerana tidak dapat berblogging seperti biasa untuk seminggu ini bagi memberi keutamaan menguruskan segala perkara yang berkaitan. Salam ukhwah. 

Assalamualaikum Dunia Maya

$
0
0
Assalamualaikum Dunia Maya– Sudah lebih seminggu KK tidak bersiaran. Blog pun sudah bersawang dan inilah waktunya untuk KK mula mengemaskini segalanya agar dapat berblogging kembali seperti biasa.

Assalamualaikum dunia

Berblogging Dan Silaturrahim Dunia Maya

Minggu lepas boleh dikatakan tiada satu pun urusan KK yang berjalan kecuali urusan berkaitan arwah ayahanda dan keluarga. Urusan yang melibatkan kerjaya termasuk berblogging sememangnya ditinggalkan sepi. Namun bukan bermakna tidak berminat untuk berblogging lagi… cuma memberi ruang dan laluan terhadap apa yang sepatutnya diutamakan.

Berblogging sebagai medium menyokong matlamat kerjaya, menjalin silaturrahim dan berkongsi pandangan serta hasrat hati untuk kebaikan bersama. Itulah inspirasi asal KK dalam berblogging. Selagi diizinkan, akan KK teruskan selagi terdaya dan mampu.

Dunia Maya Dan Sebaran Kebaikan

Berblogging berdasarkan minat menulis… dalam seminggu ini juga terdapat beberapa urusan dunia nyata yang menggembirakan. Terdapat beberapa tawaran yang pernah KK luahkan dalam artikel tentang Chow Kit Dan Dilema Berblogging satu masa dahulu, ada diantaranya yang perlu KK tolak. Namun ada juga tawaran baharu yang mendatang disebalik kesedihan ini.

Terima kasih atas pandangan dan pendapat yang dilontarkan dalam artikel tersebut. Semuanya KK ambil sebagai nasihat untuk membuat keputusan yang terbaik buat diri ini. Sesungguhnya, perkara yang utama adalah memastikan agar matlamat asal KK berblogging terus mekar dan blog ini terus subur di alam maya.

Kini, cuma terdapat beberapa perkara yang KK perlu perkemaskan dan perbincangkan dengan pihak-pihak tertentu agar segalanya menepati matlamat kesemua pihak yang terlibat dan akan dikongsikan di blog picisan ini untuk tatapan dan renungan. Mudah-mudahan menjadi iktibar kebaikan buat semua… in shaa Allah.

Loading blog

Kerjaya Dan Berblogging

Minggu ini adalah minggu permulaan KK bekerja kembali selepas kematian ayahanda tercinta. Ada juga beberapa perkara tertunggak berkaitan kerja yang KK perlu perkemaskini. Begitu juga dengan aktiviti berblogwalking yang akan KK laksanakan sedikit demi sedikit sehinggalah segalanya dapat kembali ‘on track’ seperti biasa. Banyak hutang blogwalking... kena pelan-pelan kayuh nie..

Assalamualaikum Dunia Maya... Terima kasih kepada semua rakan blogger dan yang mengenali termasuk seluruh pembaca sekelian yang sudi menerima perkongsian blog ini seadanya. Masih banyak lagi kisah yang perlu diketengahkan. Semuanya akan KK laksanakan satu persatu dari semasa ke semasa selagi terdaya.. in shaa Allah...

Cenderahati Fridge Magnet Blogger Mar Mansor

$
0
0
Cenderahati Fridge Magnet Blogger Mar Mansor– 3 hari lepas KK baru berkesempatan melihat surat-surat dan mendapati sepucuk surat yang telah pun sampai beberapa hari sebelumnya. Alhamdulillah… cenderahati fridge magnet kiriman saudari Mar Mansor telah pun KK terima… terima kasih.

Mar Mansor, Blog Janji Kita

Penulis Blog Janji Kita

Ada KK kongsikan sebelum ini penghargaan cenderahati 2 buku kiriman Mar Mansor di sini dan sini. Beliau penulis blog Jnjikita.blogspot.comyang bermastautin di Johor Bahru. Kira orang senegeri dengan KK lah… Cuma KK kini menetap di Selangor.

Cenderahati menarik kiriman beliau adalah fridge magnet souvenir dari Sarawak. Berserta dengannya sekeping nota ukhwah silaturrahim. Semoga jalinan silaturrahim berkekalan dengan sepenuh keberkatan… aamiin.

Jom Berkunjung Ke Blog Mar Mansor

Kepada yang masih belum mengenali Mar Mansor... jom lah... silalah berkunjung ke blog jnjikita.blogspot.com melalui banner yang KK sediakan di bawah ini. Beliau seorang blogger yang peramah dan ‘friendly’… :)

Jnjikita.blogspot.com

Alhamdulillah, bertambah lagi koleksi cenderahati rakan blogger. Ia secara langsung menjadi inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berblogging, menjalin silaturrahim, bertukar pandangan dan berkongsi ilmu kebaikan di alam maya ini.

Akhir kata, KK mendoakan agar saudari Mar Mansorsentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam setiap perkara yang dikerjakan… aamiin.

Terima kasih Mar… :)   

Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah

$
0
0
Merotan Anak Sebagai Satu JenayahIsu rotan sebagai satu jenayah hebat diperkatakan baru-baru ini apabila kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. Menurut beliau, kerajaan tiada pilihan kerana Malaysia adalah antara negara yang sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak(CRC).

Merotan anak satu jenayah

Agak terlambat artikel ini ditulis, namun ingin KK menyuarakan pandangan dari perspektif sendiri tentang isu merotan dan perkara yang terkait dengan jenayah berkenaannya. Sebelum itu, KK ingin kongsikan kisah benar berkenaan hukuman rotan untuk renungan bersama.

Hukuman Rotan Sebagai Peringatan Kesedaran

Ada satu kisah yang pernah terjadi di sebuah sekolah. Seorang murid nakal telah menconteng sekeping gambar keluarga seorang murid lain yang telah dibawa ke sekolah. Murid nakal itu telah menconteng gambar ibu bapa rakan pelajar junior atas niat membuli.

Gambar bapa murid junior itu telah diconteng misai lentik dengan menggunakan pen. Lebih menyedihkan gambar muka ibunya telah diconteng dengan perkataan ‘lan**u’dan ‘f**k’. Maka telah berlaku pergaduhan sehingga perkara tersebut sampai ke pengetahuan guru sekolah.

Setelah mengetahui kedudukan sebenar, guru disiplin telah mengenakan hukuman 3 kali rotan terhadap pelajar nakal itu. Hukuman diputuskan bukan semata-mata disebabkan kes yang berlaku tetapi berdasarkan rekod kenakalannya. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar nakal itu turut merotan anaknya apabila mengetahui perkara yang terjadi kerana dikira melampau dan memalukan. Perbuatan pelajar nakal itu sungguh tidak disangka oleh ibu bapanya kerana beliau dianggap sebagai 'pijak semut pun tak mati' bila bersama keluarganya. 

Justeru, tindakan ibu bapa merotan itu merupakan solusi terakhir untuk menjadi peringatan agar anaknya sedar atas perbuatan nakalnya selama ini. Adakan tindakan guru atau ibu bapa tersebut dianggap jenayah?

Hukuman Rotan Sebagai Pengajaran Dan Teladan Insan

Cuba kita lihat dari perspektif hukuman negara kita yang ada terkandung didalamnya hukuman rotan bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang dianggap berat antaranya merogol, memiliki senjata termasuk mengedar dadah. Tujuan asas adalah untuk mendidik, memberi pengajaran serta peringatan termasuk mencegah jenayah tersebut berleluasa. Walaupun ia telah dilaksanakan bertahun-tahun namun masih ada yang ‘tak makan saman’ dan ‘tak ambil peringatan’, sanggup melakukan kesalahan yang terkait dengan hukuman rotan tersebut.


Melalui carian Youtube, KK kongsikan di atas hukuman sebat yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia. Sungguhpun terdapat maklumat mengatakan bahawa aksi sebegini tidak dipertontonkan di khalayak ramai, namun selagi ia wujud di google anda masih berpeluang menontonnya. Bagi sesiapa yang tidak pernah mengetahui tentangnya, anda boleh merujuk pelbagai video berkenaannya di Youtube untuk iktibar dan peringatan.

Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah

Bagi KK merotan dalam masyarakat kita kebanyakkannya adalah bertujuan mendidik dan bukannya mendera. Justeru merotan bukanlah satu kesalahan yang boleh disamatarafkan dengan jenayah dan sepatutnya kita fahamkan dalam konteks hak kemanusiaan seperti hak kita dalam kebebasan bersuara. Kecualilah jika ia satu penderaan. Sesungguhnya penderaan itu bukan sahaja disebabkan rotan mahupun sebatan, tetapi datang dengan pelbagai cara dan perlakuan.

Adalah diharapkan agar isu ini diperhalusi sebelum ia menjadi satu undang-undang kelak. Mengikut telunjuk agenda Barat melalui perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) secara ikut-ikutan pasti membawa padah dalam pembangunan jangka panjang pembentukan akhlak dan budaya negara. Kita sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Sweden untuk tidak mengikuti fahaman sempit modernisasi jahiliah mereka. Apa yang pasti, modernisasi Barat tentang hak kemanusiaan banyak yang dilihat bertentangan dengan budaya Timur yang tidak semestinya kita ikut sepenuhnya.

Merotan anak berlandaskan Islam

Merotan, Jenayah Dan Masyarakat Sejahtera

Bagaimana kita mampu mengimpikan sebuah masyarakat yang sejahtera jika isu merotan ini pun dijadikan sesuatu bebanan. Merotan, memukul anak dan mendera sangatlah berbeza. Tambahan lagi… dalam kehebatan modernisasi dan hak asasi Barat itu penuh dengan kegiatan mungkar seperti kegiatan pelacuran berlesen ‘red light district’atau Soho Street seperti di London. Itu juga terkandung dalam hasil didikan Barat memperjuangkan hak kemanusiaan acuan mereka. Sila baca artikel KK terdahulu >>> Hak Allah, Hak Kemanusiaan Dan Hak Syaitan

Anda turunlah ke dasar kota-kota besar dan tinjaulah sendiri… bukan sebagai penguatkuasa mahupun seorang yang berpangkat tetapi sebagai rakyat biasa yang tidak dikenali. Lihatlah bagaimana ‘red light district’ tidak rasmi yang sudah ada dinegara kita. Ditambah dengan tekanan hak LGBT, perkahwinan sama jantina dan yang setaraf dengannya, sememangnya tidak mustahil kita juga boleh terarah membenarkan semua nanti… Mungkin bukan sekarang… tapi pastinya akan ke arah itu jika ‘tiada pilihan’ menjadi faktor menyuburkannya…

Merotan anak-anak besar kepala

Kaitannya dengan merotan… Sedangkan dengan didikan merotan yang ada pun masih ramai masyarakat kita yang terjerumus ke lembah dosa, apatah lagi jika ia menjadi satu jenayah… Makin besar kepala lah anak-anak yang tak makan saman nanti… Boleh ke masyarakat kita nak ‘handle’ mendidik anak bangsa dan membangun dengan acuan hak asasi Barat itu. Indah luaran tetapi busuk rohaninya.

Mudah-mudahan perkara merotan anak sebagai satu jenayah ini dapat diperhalusi dengan sebaik-baiknya berdasarkan rasional agama dan pendirian budaya masyarakat Timur.  wassalam.   


Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

Penghargaan Blogger Mesra Januari 2015

$
0
0
Penghargaan Blogger Mesra Januari 2015 – Kita sudah berada di minggu kedua bulan Februari 2015. Sungguh cepat masa dirasakan berlalu dan Januari 2015 telah pun meninggalkan kita… kini ia tersimpan dalam lipatan sejarah kehidupan.

Blogger mesra Januari 2015

Agak terlewat sedikit kali ini KK dapat menerbitkan artikel Penghargaan Blogger Mesra bagi bulan Januari 2015 disebabkan kekangan berblogging kebelakangan ini. In shaa Allah, apabila segala urusan kesibukan di luar reda pasti akan KK terus berblogging seperti kebiasaan.  

Senarai Blogger Mesra Januari 2015

KK sertakan link Blogger Mesra Januari 2015 bagi memudahkan sesiapa jua menjalin silaturrahim menambah kenalan. Tidak dinafikan mereka semua adalah blogger peramah yang berkongsi ilmu, pengalaman serta pandangan bermanfaat dengan cara serta niche mereka yang tersendiri.

Jari Manis

Muhammad Khairuddin Lim

Zarul Farhana

Etuza Etuza

Akif Imtiyaz

Fidah Shah

Cetusan Minda

Kathy R’bain

Dunia Zumal

Nur Inani

Penghargaan Dunia Maya Januari 2015 

KK juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi berkunjung ke blog picisan ini. Terdapat ramai lagi rakan-rakan yang sentiasa mesra meninggalkan komen namun tidak tersenarai dan akan tetap KK hargai. Tidak dilupakan juga kepada semua pembaca a.k.a ‘silent readers’ yang sentiasa sudi berkunjung membaca artikel blog ini. Sesungguhnya, kunjungan anda juga amat membantu menyumbang aliran traffic yang sihat ke blog ini.

Blogger mesra Januari

Penghargaan Blogger Mesra Januari 2015 akan KK senaraikan di sidebar blog untuk sepanjang bulan Februari ini. Kepada yang lain, kalian tetap KK senaraikan di ruangan bloglist dan akan ditambah dari masa ke semasa buat rakan-rakan mesra yang belum tersenarai. Kalian akan tetap KK kunjungi selagi mana diizinkan diri ini berblogging, in shaa Allah.

Justeru, adalah menjadi hasrat KK untuk terus menjaga jalinan silaturrahim dunia maya ini agar segala ilmu dan keberkatan ukhwah dapat bersama kita perolehi… aamiin.

Terima kasih semua!!!

Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama

$
0
0
Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama– Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar tentang pengarah syarikat hanya pada nama atau lebih dikenali dengan panggilan 'Sleeping partner' atau 'Sleeping director'. Ia sebenarnya mengambil masa yang lama untuk KK kongsikan setelah mengambilkira pelbagai faktor. Mudah-mudahan menjadi renungan buat kita semua tentang perkara yang kadangkala tidak disangka boleh terjadi dalam kehidupan ini.

Pengarah syarikat hanya pada nama

Kisah Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama


“Aku ditahan dan didakwa dibawah Seksyen 25 (1), Akta Bank Dan Institusi Kewangan. Disabit kesalahan, aku dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda RM 1 juta. Manalah aku mampu membayar denda sebanyak itu. Akibatnya hukuman ditambah setahun lagi kerana gagal membayar denda…”

“Sungguhpun begitu… aku hanya menjalani hukuman selama 2 tahun setelah ditolak hari bekerja dan berkelakuan baik serta diberikan parol.”

Kisah hitam ku bermula setelah tamat pengajian dan bekerja di sebuah syarikat sesuai dengan kelulusan. Sebagai orang baru, aku seronok apabila diberi kepercayaan melakukan perkara yang diminati. Seluruh kudrat dicurahkan kepada kerja dan aku gembira apabila berpeluang dinaikkan pangkat dan usaha ku dihargai majikan.

Suatu hari, majikan menyuarakan hasrat untuk menggunakan namaku sebagai penama pengarah syarikat. Alasan yang diberikan, nama rakan kongsinya telah muflis. Majikan menyatakan bahawa dia hanya menggunakan nama ku sahaja tetapi aku masih melakukan tugas harian sebagai pengurus. Tanpa rasa sangsi dan percaya kepada majikan… aku bersetuju…

Agenda Majikan Membawa Mimpi Ngeri

Bagaimana pun kegembiraan dan penghargaan itu bertukar mimpi ngeri apabila syarikat disiasat atas kesalahan akta perlesenan pelaburan dan perbankan agenda majikan yang tidak aku sedari dari awal. Berdasarkan dokumen aku tersenarai sebagai pengarah syarikat dan disiasat manakala rakan kongsi majikan ku yang dikatakan muflis itu hanya dianggap sebagai pekerja di syarikat tersebut.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Selama tempoh itu, aku berhadapan dengan saat-saat sukar dan terpaksa menjawab soalan-soalan yang kadang kala tidak aku ketahui jawapannya. Aku ditahan reman dengan jaminan sebanyak RM500,000.00. Mujur pelanggan yang mengetahui kisah sebenar sanggup menjamin ku walaupun jumlahnya setengah juta ringgit. Aku amat berterima kasih dan sampai bila-bila pun aku tidak dapat membalas budi baiknya.

Hampir 10 tahun aku terpaksa turun naik mahkamah dengan penuh debaran dan beremosi. Setiap kali ke mahkamah, hati ini berkecamuk dan takut. Perasaan kesal dan marah kepada majikan bagai tidak dibendung. Tidak ku sangka dalam diam dia membunuh masa depan dan cita-cita ku. Aku terasa diri ini dipermainkan sedangkan aku bekerja dengan telus, jujur dan ikhlas.

Akhirnya majikan bersama rakan-rakan kongsinya yang lain semuanya didapati bersalah manakala aku telah dibebaskan. Alasan penghakiman walaupun secara bertulis aku sebagai pengarah, tetapi berdasarkan keterangan saksi dan bukti aku tidak mempunyai sebarang kuasa dalam syarikat.. hanya sekadar ‘sleeping partner’ atau ‘ sleeping director’.

Liabiliti Sebagai Seorang Pengarah Syarikat

Namun sebulan selepas itu, pihak pendakwa mengemukakan rayuan penghakiman ke mahkamah tinggi. Malangnya kali ini aku didapati bersalah kerana dalam perundangan tiada istilah pengarah hanya pada nama. Oleh itu sebagai pengarah syarikat, aku mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku keatas syarikat.

Aku tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman dan cuba membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Namun setelah lebih setahun menjalani hukuman penjara barulah aku dipanggil untuk dibicarakan semula. Disebabkan sudah lama berada di sini serta berpeluang mendapat pembebasan awal dibawah perintah parol, aku mula redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengambil risiko andai rayuan tersebut gagal.

Dipenjara kerana penama syarikat

Aku mahu segera menghabiskan hukuman dan ingin segera keluar untuk membina hidup baru bersama isteri dan anak-anak tercinta. Syukurlah isteri dan keluarga kedua-dua pihak sentiasa memberi kekuatan untuk aku menempuh hari-hari gelap ini.

Memang pahit menyandang gelaran banduan… jauh tersasar daripada apa yang aku impikan. Tidak tertahan rasanya bahu memikul. Sokongan dari pihak Jabatan Penjara Malaysia serta Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P.Kuala Lumpur juga amat membantu memberi galakan dan motivasi agar aku dapat memulakan hidup baru dengan pandangan yang positif.

Jangan Mudah Percayakan Orang Mahupun Majikan

Berdasarkan kisah diatas, KK ingin bertanyakan pandangan peribadi daripada pembaca yang sudi. Sekiranya anda mampu memberikan jalan pertolongan sewajarnya kepada insan ini, adakah anda sudi membantunya? 

Adakah sesiapa dikalangan ahli keluarga atau kenalan anda yang pernah terlibat dalam isu penama Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama yang hampir seperti ini dan apakah kesudahannya? Kalau ada mohon kongsikan demi kebaikan sesiapa jua yang membaca. Mudah-mudahan menjadi peringatan dan kesedaran buat kita semua, in shaa Allah.


Kredit suntingan daripada artikel kewartawanan
Penulis : Ade Irma Suryani Che’ Leh
Penghargaan : Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia

Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz

$
0
0
Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz– Berita dukacita buat negara yang pastinya sudah diketahui ramai. Perginya seorang pemimpin yang dihormati, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kembali ke rahmatullah disebabkan kanser prostat selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya pada jam 9.45 malam (12/2/2015), di malam Jumaat penghulu segala hari.     

Nik Aziz, Mahathir Mohamed, Malaya Heroes

Kepada sesiapa yang biasa melalui jalan atau menaiki tren di sekitar Pasar Seni Kuala Lumpur (Central Market) pasti pernah melihat mural di atas. Tergerak KK mengambil gambar tersebut satu ketika dahulu. Sayangnya beberapa hari pada penghujung tahun 2014 KK dapati lukisan mural tersebut telah dipadamkan… mujur KK simpan dan terpanggil untuk mengabadikannya di artikel ini.

Sayu pula rasanya hati ini. Dua orang tokoh politik dan pemimpin negara yang dihormati dan disegani…

Sedikit tentang Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz

Allahyarham memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) dalam pilihanraya kecil pada tahun 1967 selepas menyertai PAS pada tahun itu. Allahyarham memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada tahun 1990 serta menamatkan pemerintahan BN selama 12 tahun.

Allahyarham seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dan terus kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada tahun 2013. Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz meninggalkan seorang balu bernama Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bersama 10 orang anak.

Al Fatihah Tuan Guru Nik Aziz

Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al Fatihah... aamiin.

Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia

$
0
0
Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia - KK tertarik dengan isu Humanisme yang diperincikan dalam usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung agenda hak asasi kemanusiaan sejagat. Ia juga terkandung berkaitan isu Comango yang hebat diperdebatkan tidak lama dahulu. Sesungguhnya isu ini belum selesai malah tidak akan pernah selesai kerana ia adalah perjuangan dalam menegakkan hak asasi kemanusiaan demi kebaikan insan sejagat. Namun, ingin KK berkongsi pandangan tentang perjuangan humanisme acuan PBB ini yang lahir hanya berteraskan logik akal manusia semata-mata.

Humanisme PBB

Apa Itu Humanisme


Setiap manusia mempunyai hak dalam kehidupan di dunia ini. Humanisme pada asasnya adalah penerapan konsep hak asasi seorang manusia yang perlu dihormati oleh manusia lain. Ia tidak disangkal demi kebaikan kehidupan manusia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, budaya, politik, jantina dan sebagainya. Kita perlu membantu dan menyokong antara satu sama lain berteraskan konsep kemanusiaan demi kebaikan bersama. Ia sememangnya satu etika yang mulia dalam kehidupan dan ketamadunan manusia.

Sungguh pun begitu, harus kita sedari disebalik konsep asas humanisme PBB itu terdapat lanjutan perkara yang menyentuh sensitiviti kepercayaan antara agama, bangsa termasuk budaya Barat dan Ketimuran. Lebih meruncingkan apabila terdapat tuntutan meliberalkan agama… antara tuntutan Islam dengan pandangan agama lain, termasuk menolak fahaman seluruh ahli agama dengan mengambilkira pandangan dari golongan tidak mempercayai agama, ‘free thinker’ termasuk pengikut fahaman ‘Scientology’.

Humanismeyang sedang diperjuangkan PBB melalui pengaruh intelek dan kuasa besar melahirkan perkataan liberalisme yang berteraskan logik akal manusia semata-mata. Ia secara langsung menjadi ancaman bukan sahaja kepada agama Islam tetapi juga menggugat kepercayaan dan pegangan penganut agama-agama lain. Maka akan wujud generasi akan datang yang bertuhan kepada hukum Humanisme ini sebagai teras kehidupan menggantikan hukum berpandukan agama.  

Humanisme PBB Membentuk Liberalisme Dan Pularisme


Liberalisme sebenarnya adalah akar tunjang kepada pemikiran yang diperjuangkan dalam memartabatkan Humanisme. Pemikiran yang berteraskan intelek manusia demi membentuk satu jalinan keakraban kehidupan bermasyarakat di dunia ini. Liberalisme menyokong hak kesamarataan dalam beragama yang hanya sekadar menjadi kepercayaan anutan manusia semata-mata. Agama tiada terkait dengan pengaruh cara hidup, perundangan serta pentadbiran manusia dunia moden idaman PBB.

Pemikiran liberalisme menerapkan kepercayaan bahawa setiap agama itu benar. Liberalisme ini akan melahirkan masyarakat yang berkiblat fahaman Pluralisme iaitu semua agama adalah betul dan pastinya diterima tuhan. Cuma cara setiap agama sahaja yang berbeza antara satu dengan yang lain. Penghujungnya, tiada satu pun agama yang tidak benar. Agama hanya seperti mendengar muzik… memilih rentak yang disukai sekadar untuk mendapatkan inspirasi serta ketenangan hidup.  

Humanisme yang bertuhankan manusia
Liberalisme hanya bertuhankan manusia

Maka dengan utuhnya fahaman liberalisme dan pluralisme ini akan dapat menanam kerangka sosial humanisme yang dapat digunapakai sebagai satu panduan hidup untuk seluruh generasi manusia kelak. Itulah intipati Hak Asasi Kemanusiaan yang sedang hebat diperjuangkan PBB sekarang ini.

Kerangka Sosial Humanisme PBB Sebagai Pegangan Hidup


Inilah akar kepada pemikiran humanisme yang segalanya perlu berfikiran terbuka. Apa jua agama yang ingin dianuti adalah bersifat terbuka serta terpulang kepada selera individu itu. Menerima, menafikan, mengamalkan atau mengabaikan agama semuanya tiada beza dan tiada bersalahan dengannya. Apa yang penting sesuatu perbuatan itu tidak mengganggu hak asasi manusialain.

Humanisme acuan PBB secara tidak sedar akan menjadi seperti satu agama baru. Tidak kira samaada seseorang itu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Taoisme atau apa jua agama pun asalkan pemikiran mereka mestilah berteraskan humanisme berkerangkakan liberalisme dan mengiktiraf pluralisme. Agama Humanisme PBB bertuhankan manusia yang sudah mula merebak hari ini. Terlalu mengagungkan hak-hak asasi manusia tetapi membelakangkan hukum ketuhanan atas nama ‘Human Rights’… Anda fahamilah dan kajilah sendiri…

"Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanya menuruti hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menuruti hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya)" - Surah Al-Qasas : Ayat 50

Ekspresi Ukhwah Tahun Baru Cina

$
0
0
Ekspresi Ukhwah Tahun Baru Cina– Bulan Februari 2015 menyaksikan dua cuti perayaan. Bermula dengan cuti Hari Taipusam dan kini membawa kepada cuti perayaan Tahun Baru Cina. Tidak kira perayaan bangsa dan budaya apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita pastinya akan bercuti. Anak-anak yang bersekolah terutamanya di asrama penuh juga pastinya pulang bercuti bersama-sama keluarga.


Perayaan Tahun Baru Cina 2015


Chinese New Year 2015 (CNY 2015) merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia bagi menyambut tahun baru dalam calendar Qamari Cina. Kalender Qamari Cinaterbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dibahagikan dengan nama-nama haiwan berbeza setiap tahun. Tahun 2015 ini merupakan Tahun Kambing dalam kalender Qamari Cina.

Dalam kehidupan ini KK mempunyai ramai rakan-rakan berbangsa Cina. Bermula dengan seorang jiran yang menjadi rakan sepermainan KK sewaktu kecil yang mesra dengan panggilan Titi. Masih KK ingat kemesraan yang terjalin bersama berkongsi kegembiraan tanpa mengira perayaan apa pun. Bermain tanglong, malah membakar bunga api dan mercun sekeluarga sama ada perayaan Tahun Baru Cina, Aidilfitri mahupun Deepavali.

Aku KK yang comot...

Waktu berlalu pantas dan kini beliau mewarisi perniagaan kedai cermin mata milik bapanya di Pontian, Johor manakala KK merantau ke Kuala Lumpur dan bermastautin di bumi Selangor. Walaupun masing-masing telah berkeluarga dengah arah cabaran kehidupan masing-masing, kenangan persahabatan tersebut tetap dikenang dan dihargai bersama sehingga ke hari ini. Keistimewaan kita sebagai satu masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Masyarakat Cina Malaysia Di Perantauan


Sewaktu pengajian di United Kingdom juga menjadi kenangan manis yang pasti dikenang selamanya. Pelajar berketurunan Cina adalah majoriti mewakili pelajar Malaysia di kampus pengajian. Ia merupakan kampus jurusan perniagaan University of Wolverhampton Business School yang terletak di Telford, West Midlands.

KK bersyukur kerana bukan sahaja dapat mengenali pelbagai resam budaya masyarakat malah berpeluang mempelajari banyak perspektif pandangan tentang kehidupan ini dari rakan-rakan berbangsa Cina. Selain itu, mengulangkaji pelajaran bersama-sama juga merupakan satu kenangan manis yang membawa banyak manfaatnya sehingga kini. Alhamdulillah, dengan izin Allah serta bantuan tips pembelajaran dari rakan-rakan senegara yang berbangsa Cina, KK mampu fokus dan cemerlang dalam pengajian.


Kini masing-masing juga sudah mempunyai haluan kehidupan, keluarga serta komitmen yang berbeza-beza. Sungguhpun begitu, jalinan persahabatan masih terus utuh. Media sosial juga amat membantu dalam memastikan persahabatan yang berterusan walaupun tidak berkesempatan bersua seperti dahulu. Segala jalinan ukhwah kemesraan yang terjalin akan tetap dikenang dan terabadi menjadi arkib memori yang menostalgiakan. Thanks geng!!!

Bangsa Cina Dan Masyarakat Di Malaysia


Bangsa Cina sememangnya sudah tidak asing dalam masyarakat di Malaysia. Ia membentuk sebahagian besar dalam acuan kehidupan masyarakat majmuk negara ini. Tidak ketinggalan isteri KK yang tercinta juga mewarisi darah keturunan Cina dari arwah ibunya. Justeru pertalian darah juga menjadi bercampur aduk apabila sampai ke peringkat anak-anak antara keturunan Bugis, Jawa dan Cina. Namun teras kehidupan kami masih berpegang kepada budaya Melayu dan agama Islam.

Setiap kali menjelang hari perayaan Tahun Baru Cina, ia juga menjadi inspirasi buat Puan Mem dalam menjejaki susurgalur keluarga sebelah arwah ibu yang terputus disebabkan penjajahan Jepun dahulu. Sejarah menceritakan bagaimana arwah ibu Puan Mem telah diserahkan kepada keluarga Melayu demi memastikan keselamatan masa hadapan kehidupannya agar tidak terlibat dengan dendam kesumat Cina-Jepun yang berlanjutan hingga ke Tanah Melayu. Kini semuanya sudah jauh berlalu namun hasrat menjejaki susurgalur keturunan masih terus diusahakan.

Ukhwah Tahun Baru Cina

Kesempatan ini KK sekeluarga mengucapkan selamat menyambut cuti perayaan Tahun Baru Cina 2015 kepada semua. Terima kasih juga buat semua sahabat berbangsa Cina yang sentiasa menyokong kerjaya termasuk blog ini dengan erti persahabatan yang tulus ikhlas. Semoga ukhwah antara agama, bangsa dan budaya di Malaysia ini terus utuh demi kebaikan kita dan generasi mendatang... aamiin.

Selamat bercuti dan Salam ceria selalu.. :) :)

Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya

$
0
0
Ranking Alexa menjadi pengukur kekuatan atau populariti blog yang sememangnya tidak asing dikalangan blogger-blogger tegar di seluruh dunia. Sama ada blogger yang mengisi minat menulis secara suka-suka atau berblogging untuk meraih sumber pendapatan sampingan, hinggalah blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama... Laman web Alexa pasti akan dijengah.

Ranking Alexa KhirKhalid.com


Pada permulaan tahun 2015 mendapati ranking blog ini semakin membesar. Petanda yang kurang memuaskan bagi sesebuah blog apabila angka Alexa melonjak naik. Ia juga didapati berlaku kepada kebanyakkan blog tanpa mengetahui asbab sebenar. Namun, setelah menjejaki bulan kedua tahun ini, ranking Alexa KhirKhalid.com telah menampakkan pengecilan yang positif. Walaupun belum mencapai angka memuaskan seperti di ranking tahun sebelumnya yang sedikit lebih baik, KK bersyukur… Alhamdulillah.

Alexa Khir Khalid
Ranking Alexa Khirkhalid.com [20/2/2015]

Sungguh pun mengejar ranking Alexa ini bukanlah matlamat utama tujuan KK berblogging, tetapi ia sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai dorongan. Apa yang lebih penting adalah menulis untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan. Paling tidak, penulisan yang ada dapat dijadikan arkib untuk tatapan diri dan perkongsian kenalan, sahabat, saudara serta ahli keluarga terutama anak-anak sebagai motivasi sosial kehidupan.

Atas faktor tersebut pastinya KK bersyukur kerana kebolehan blog melebihi dari sekadar itu. Melalui serba sedikit ilmu yang dipraktikkan, perkongsian yang ada sekurang-kurangnya dapat juga dicapai oleh golongan sasar dan subur dalam carian maya. Tidak kurang dari itu… blog juga terbukti amat membantu sebagai wadah dalam menyokong matlamat untuk dijadikan satu kerjaya yang bermanfaat berdasarkan niat serta perancangan yang betul, sabar dan berterusan.

Blog Sebagai Sumber Sokongan Kerjaya


Ingin KK kongsikan hasrat menjadikan blog sebagai sumber sokongan kerjaya sepanjang berblogging secara suka-suka bermula tahun 2011. Penubuhan URL asal Khirkarya.blogspot.com mula aktif sekitar 2012 dan beralih ke domain berbayar (Khirkhalid.com) sekitar 2013. Mungkin apa yang dikongsikan ini agak longgar untuk dijadikan sebagai nasihat memandangkan KK masih dikira baru dalam dunia berblogging jika dibandingkan dengan blogger-blogger senior.

Apa pun, segalanya adalah berdasarkan niat… Disamping berkongsi ekspresi hati, blog juga boleh dijadikan sebagai nukilan 'portfolio' untuk merialisasikan hasrat kerjaya. Blog membantu KK mengukuhkan ruang dalam segmen pembangunan keusahawanan sosial (Social Entrepreneurship) di Malaysia ini. Secara jujur, salah satu penulisan sifu blogspot, saudara Hasrul Hassan yang pernah KK perjelaskan di artikel bertajuk Motivasi... Sebagai Satu Platform Kejayaan sememangnya membuka minda ini untuk memperkemas niat dari berblog sekadar suka-suka kepada sesuatu yang strategik. Menulis untuk manfaat insan dengan ikhlas telus dari hati… Terima kasih sifu!

Hasrul Hassan, Khir Khalid, Blogger Malaysia

Menyahut Seruan Hati Dari Inspirasi Berblogging


Setelah lebih sedekad menyelami pelbagai perspektif kehidupan melalui aktiviti keusahawanan sosial, akhirnya dapat KK terjemahkan melalui perkongsian di blog ini. Inspirasi tersebut meyakinkan KK untuk lebih serius dengan mendaftar entiti perniagaan bernama Khir Khalid Resources. Sebuah perniagaan kecil perundingan motivasi kesedaran sosial dengan program tanda nama terpelihara Positive Unity For Life, termasuk menyokong segmen berblogging dalam niche kesedaran sosial dan gaya hidup.

Blog ini KK jadikan sebagai laman web dan lidah rasmi yang membantu mengukuhkan hubungan sedia ada disamping meluaskan lagi prospek motivasi sosial yang dirancang kepada golongan sasar. Ia KK lakukan selepas mengambil keputusan untuk menolak secara baik tawaran berblogging yang pernah diceritakan sebelum ini dengan mengambilkira komitmen urusan sedia ada yang lain. Blog sebagai inspirasi menyahut seruan hati dalam membina platform kerjaya yang lebih utuh melalui cara tersendiri, in shaa Allah...

Khir Khalid Resources

Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya


Kemungkinan untuk beberapa minggu akan datang, KK agak kurang berblogging untuk sementara waktu. Beberapa urusan penambahbaikan kertas kerja dengan beberapa pihak dalam merangka matlamat keusahawanan sosial perlu dipersiapkan. Ia juga terkait dengan impian dan hasrat jangka panjang berblogging. Apa pun akan KK terus berblogwalking sebagai sokongan silaturrahim maya dalam kesempatan yang termampu.

Bersama kita sebarkan ilmu disamping belajar dan terus belajar... Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan dengan keberkatan serta kejayaan bersama semua… aamiin. 

Kisah Pemuda HIV Positif AIDS

$
0
0
Kisah Pemuda HIV Positif AIDS - Tiada siapa yang tahu ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita. Tiada siapa yang mahu kehidupan ini berakhir dengan derita apatah lagi menerima berita dihidapi HIV positif mahupun AIDS. Inilah bingkisan hidup yang diceritakan oleh seorang insan kepada KK dalam kesempatan pertemuan di Surau Dalam Institusi Pemulihan Dadah, Penjara Jelebu sekitar 2010. Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu sewaktu artikel ini ditulis, pertemuan singkat itu amat terkesan buat KK sehingga ke hari ini. 

HIV Positif, AIDS

Kisah Benar Pemuda HIV Positif


Rahmat (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang menjalani hukuman penjara disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun apa yang lebih mendalam adalah kisah yang sanggup dikongsikan sebagai peringatan agar sesiapa jua tidak mengikuti jejak langkahnya. Akibat kesilapan memilih gaya hidup sosial menjadikan beliau HIV positif.

Segalanya bermula selepas tamat peperiksaan SPM. Rahmat tidak lagi berhasrat untuk belajar dan bekerja di sebuah kilang sebagai pembantu setor. Bermula di situ, beliau telah mengenali beberapa rakan sekerja yang mengajaknya untuk tinggal di rumah bujang bersama. Namun alangkah terkejutnya Rahmat setibanya di rumah tersebut kerana mendapati ada beberapa perempuan remaja tinggal bersama.

Pelik tapi benar.. itulah kenyataannya. Setiap hari Rahmat melihat rakan-rakan serumah mereka tidur bertukar-tukar pasangan. Akibat penangan nafsu, Rahmat juga mula hanyut dengan hidangan dunia yang baru dikenali ini. Semenjak itu beliau mula mengorak langkah berbekalkan ‘tips rabak’ rakan-rakan serumah bersama-sama memburu wanita-wanita ‘bohsia’ yang berkeinginan untuk dijadikan teman seks.

Angkara Nafsu Mengundang HIV Positif Dan AIDS


Lebih 5 tahun kehidupannya berlarutan seperti itu. Tujuan kerja dan kehidupan hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Sehinggalah satu masa Rahmat berkenalan dengan sekumpulan wanita yang sedang bersadai di luar salah satu pusat membeli belah. Ibarat seorang yang profesional mengenali karakter wanita yang bersesuaian… dengan mudah mengajak mereka pulang ke rumah.

Perkenalan Rahmat dan rakan serumah dengan kumpulan wanita ini pasti diingati selamanya kerana ia membawa lagi kepada pengalaman baru. Wanita-wanita tersebut mencadangkan penggunaan dadah jenis ganja dan ice agar lebih ‘happening’ dan ‘tahan lama’ katanya… Berhibur dan terus berhibur, ketaksuban hedonisme hingga dunia pun entah ke mana…

Gaya hidup sosial bebas yang mengundang AIDS

Hinggalah selepas dua minggu, rumah mereka telah diserbu polis. Asal serbuan bukanlah disebabkan dadah mahupun seks bebas. Tetapi disebabkan beberapa kes sindiket curi motorsikal yang telah dilakukan oleh salah seorang rakan serumah tanpa pengetahuan yang lain. Ibarat jatuh ditimpa tangga, serbuan tersebut telah menemukan barang larangan dadah serta membunuh kehangatan pesta seks yang sedang berlangsung dengan ghairahnya…

Rahmat bersama-sama semua yang ada di rumah tersebut dibawa ke balai polis kerana secara tidak langsung terkait dengan pelbagai kesalahan yang ada. Ketika dalam lokap, peperiksaan air kencing dan darah telah dilakukan hinggalah beberapa hari selepas itu Rahmat telah dipanggil oleh pegawai bertugas dan diberitahu bahawa beliau adalah HIV positif.

Bencana HIV Positif Membawa Penyesalan Diri


Astagfirullah… sesalnya jiwa Rahmat ketika itu namun segalanya sudah terlambat. Hanya penyesalan kepada Illahi jua dipanjatkan sehingga kini. Bersadarkan penghakiman mahkamah, Rahmat didapati bersalah atas kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah serta dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau tinggal berasingan bersama-sama penghuni HIV / AIDS lain dengan penuh penyesalan. Punca dari siapa HIV Positif itu tidak beliau ketahui… apa yang pasti bukanlah disebabkan dadah tetapi disebabkan gaya hidup sosial dan nafsu seks bebas yang telah berlanjutan sekian lama.

Penyesalan HIV Positif dan AIDS

Itulah sketsa kehidupan… Kalau baru-baru ini kita telah diberitakan kembali tentang kisah Sufiah Yusuf… bagi KK banyak lagi kisah yang jauh lebih teruk dari itu pernah KK tahu berlaku dalam masyarakat kita sendiri. Pesan Rahmat kepada KK dahulu masih diingat. “Mengikut hawa nafsu memang tak ke mana… bila dah kena baru tau apa tu kesal...” Kisah hitam sepertimana yang diceritakan kepada KK ini tidak mampu untuk Rahmat ceritakan kepada ibu bapanya sendiri sampai bila-bila pun.

Bersama kita mendoakan agar diberi ketabahan kepada pemuda ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pengidap HIV Positif. Semoga Allah jua mengampunkan segala dosa-dosanya… aamiin.


Kisah pemuda HIV Positif AIDS ini amat terkesan dalam diri ini, lantas KK panjangkan dengan izinNya sesuai dengan tujuan asas wujudnya blog ini sebagai iktibar peringatan bersama. Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi sendiri jika menempuh kehidupan sosial seperti itu ketika usia baru menempuh alam remaja. Semoga kita dan kesemua insan yang kita sayang dan cintai sentiasa dijauhkan dari noda kehidupan seperti ini…


Penghargaan :
Ustaz Sjn Aziman
Unit Halaqah, Surau Dalam,
Institusi Pemulihan Dadah Jelebu
Jabatan Penjara Malaysia

Gambar hiasan : Google

Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak

$
0
0
Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak - Artikel santai hari Rabu. Sesekali teringin juga menerbitkan artikel ‘Wordless Wednesday’ setelah lama tak buat. Cuma terasa sayang bila entri yang diterbitkan hanya mengandungi gambar tanpa kata-kata. Tak puas rasanya jari-jemari bila tak berpeluang menari di keyboard warrior. Sekadar berkongsi coretan tentang kasut sukan dalam segmen kekeluargaan yang sempat diabadikan sewaktu cuti perayaan Tahun Baru Cina tempohari. Kira shopping kambinglah ni huhu…

Kasut sukan buat anak
Puan Mem jadi penasihat terbaik.. :)

Kasut Sukan Sebagai Motivasi

Tahun ini anak sulung KK akan menghadapi peperiksaan PT3. Macam tak kena je persediaan PT3 dengan kasut kan… Disebabkan kasut sukan yang ada telah lunyai, puan Mem mencadangkan mengganti kasut anak sulung kami dengan yang baru. Banyak promosi dengan harga yang menarik. Justeru, eloklah juga dibelikan kasut sukan baru. Lagipun kak Long aktif dalam aktiviti merentas desa dan bola keranjang di sekolah. Biarlah kak long selesa beriadah setiap petang... menjadi inspirasi juga buat kak Long untuk lebih bersemangat belajar sebagai persediaan menduduki PT3 nanti. Asyik cerita bahan belajar je nanti stress pulak.

Sewaktu meninjau-ninjau pelbagai jenis kasut sukan, ada satu ‘running shoe’ wanita yang menarik perhatian KK. Maklumlah... KK ada 3 orang anak perempuan. Sebagai bapa kita perasan citarasa anak perempuan pastilah tak sama dengan anak lelaki. Kasut ini memang KK suka... nampak sempoi, sweet gegurl gitu hehee…

Nike pilihan

Jenama kasut sukan Nike memang pilihan KK sejak dari sekolah. Suka dengan ‘design’… selesa. Logo pun sempoi dan kalau iklan selalunya ikon yang hebat dengan imej yang sentiasa bertenaga. Kalau nak membeli secara online pun boleh survey produk-produk Nike terkini melalui iklan banner di bawah. So… macam biasalah… ingat Nike, ingat KK.. :D

Nike Zalora

Kasut Sukan Pilihan Kak Long

Setelah meninjau pelbagai jenis dan jenama kasut sukan… Kak long tetap berkenan dengan yang satu sahaja. Citarasa anak baik lelaki mahupun perempuan selalu tidak sama dengan KK. Kalau membeli sesuatu barangan pasti keputusannya lain-lain.. suka hatilah… yang pakai pun dia. Janji sesuai dengan kehendak hati…

Memilih kasut sukan anak
Puan Mem pun ngetest jugak.. nak kena belikan kasut sukan baru juga nanti.. :)
Kasut sukan anak
Kasut jenama Reebok pilihan kak Long

Tahun ini kesemua anak-anak KK sudah memasuki alam persekolahan. Perbelanjaan anak-anak bila 2 orang bersekolah menengah dan 2 lagi sekolah rendah pastinya berbeza dari waktu sebelumnya. Permintaan pun dah macam-macam. Belum masuk bab keperluan lain apatah lagi perihal trend semasa, gadget terutama yang bersekolah menengah tu. Sebagai ibu dan bapa, kalau tiada persediaan, perancangan serta kesepakatan dalam rumahtangga memang susah juga kan…

Kasut sukan
Akak dapat kasut.. abang nak beli bola basketball.. saya nak raket 2 dgn adik... :)

Apa pun, coretan kasut sukan sebagai motivasi anak ini KK kongsikan sekadar luahan yang diabadikan sebagai perkongsian maya. Ada kesempatan lain KK kongsikan hal-hal lain tentang kekeluargaan seperti kos persekolahan, perbelanjaan untuk asrama, aspirasi dan pengaruh anak-anak termasuk gadget-gadget berbaloi dan sebagainya berdasarkan pengalaman KK sebagai bapa. Boleh juga dijadikan sebagai informasi 'parenting'  kepada pembaca berkaitan segmen keluarga, anak-anak dan gaya hidup.

Mudah-mudahan bermanfaat buat tatapan pembaca sekelian, in shaa Allah.

Hikmah Ucapan Terima Kasih

$
0
0
Hikmah Ucapan Terima Kasih - Terima kasih… walaupun diucapkan dalam apa jua bahasa pun akan memberikan kesan yang besar kepada pendengar. Nampak mudah namun kadangkala ada diantara kita yang memandang mudah dan melupakannya. Ada pula yang 'memilih bulu' dan 'berat mulut' untuk mengucapkan terima kasih. Ucaplah kepada sesiapa jua yang membantu atau memudahkan kehidupan seharian kita.

Ucapan terima kasih

Ucapan Terima Kasih Dalam Kehidupan


Ucapan terima kasih membawa impak yang positif dalam setiap pekerjaan demi silaturrahim utuh sesama rakan sekerja, majikan mahupun pelanggan. Bagi usahawan dan peniaga juga, ucapan terima kasih disertakan senyuman ikhlas merupakan resepi perniagaan yang tidak dinafikan mampu menerbitkan perasaan puas hati pelanggan. Produk dan perkhidmatan dalam proses jual beli menjadi lebih bermakna apabila sikap peniaga disertai dengan budi bahasa ucapan terima kasih.

Ungkapan terima kasih sangat penting dalam pembentukan sebuah keluarga sejahtera. Ucapan isteri buat suami sangat dititikberatkan dalam Islam, begitulah juga sebaliknya. Ucapan dari ibu bapa kepada anak-anak pula dapat menjadi contoh ‘kepimpinan melalui teladan’ kepada anak yang membantu seperti membeli barang dapur di kedai, membersihkan rumah, bila anak-anak mendengar kata dan sebagainya. Begitu juga adab seorang anak yang pasti membuatkan ibu bapa tersenyum bila ucapan terima kasih dihadiahkan atas penghargaan kasih sayang, termasuk menghargai hubungan sesama adik beradik, persaudaraan dan persahabatan.

Terima kasih

Peringatan Terima Kasih Dalam Islam


KK sertakan petikan hadis Riwayat Al-Bukhari daripada Ibnu Abbas RA. Rasulullah saw bersabda :

“Diperlihatkan Allah kepadaku neraka. Ketika itu ku lihat kebanyakkan penghuninya terdiri dari perempuan-perempuan kafir. “ Ditanyakan pula kepada Baginda, “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah saw “Mereka kafir kepada karib (suami) dan tidak tahu berterima kasih atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik padanya sepanjang masa, kemudian apabila terlihat pada mu sedikit kesalahan sahaja ia berkata, ‘ Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit jua pun.” - (Riwayat Al-Bukhari)    

Tegas hadis diatas menerangkan bahawa sifat tidak tahu berterima kasih adalah satu pekerti yang rendah dan dapat menjerumuskan diri ke dalam neraka. Hanya kadangkala kesalahan yang sedikit berlaku dalam hubungan rumahtangga dan silaturrahim membuatkan kita melupakan kebaikan yang banyak.

Hikmah Terima Kasih Terhadap Insan Dan Kehidupan


Kuasa terima kasih mampu memberi keceriaan dan kebahagiaan sama ada kepada yang mengucapkan juga kepada yang menerima. Agama juga sentiasa mendidik dan menyukai sikap nilai murni seperti ini. Janganlah ada sekiranya keluarga, anak-anak atau sesiapa jua melakukan sesuatu untuk kita lantas membuatkan kita ego dan sombong sehingga tidak terungkap ucapan terima kasih dari mulut sendiri.

Terima kasih ya Allah

Paling penting, jangan sesekali pun kita lupa untuk berterima kasih terutamanya kepada Allah swt dengan ungkapan syukur Alhamdulillah. Diri kita sebenarnya adalah pinjaman dari Allah swt. Jasad kita yang kita lihat di cermin, melihat tangan dan kaki dari mata sendiri sebenarnya bukan milik kita. Peringatan buat diri ini juga, in shaa Allah… Anda akan sentiasa bersemangat dan bermotivasi sekiranya terima kasih menjadi amalan untuk diri sendiri dan kepada insan lain.

Hikmah Ucapan Terima Kasih… Percayalah… akan ada kebaikan yang pasti datang dengan ungkapan semudah terima kasih.

TERIMA KASIH kepada semua pembaca yang dimuliakan sekelian.


Penghargaan Blogger Mesra Februari 2015

$
0
0
Penghargaan Blogger Mesra Februari 2015– Salam bulan Mac 2015 buat semua… Sungguh pantas dirasakan masa berlalu. Kita kini telahpun melangkah masuk ke bulan ketiga dalam tahun 2015 ini. Februari 2015 terabadi dalam lipatan sejarah coretan kehidupan.

Senarai blogger mesra Februari 2015

Blogger Mesra Februari 2015


Penghargaan Blogger Mesra Februari 2015 buat 10 blogger teratas yang sentiasa sudi bertandang melontarkan pandangan berkomentar di kebanyakkan artikel blog picisan ini sepanjang bulan Februari 2015. Justeru KK sertakan di sini senarai berserta link bagi memudahkan sesiapa jua mengenali dan menjalin silaturrahim bersama-sama. Demi menghargai kemesraan ia akan KK senaraikan di Bloglist Mac blog ini untuk sepanjang bulan Mac 2015 ini.

Muhammad Khairuddin Lim

Akif Imtiyaz

Bunda a.k.a KN

Jari Manis

Fidah Shah

Ija Rased

Sentiasa Panas

Kathy R’bain

Khairin Anies

Amy J

Penghargaan Buat Semua Pengunjung Dibulan Februari 2015


Tidak ketinggalan juga, penghargaan ikhlas buat semua rakan-rakan blogger yang tidak tersenarai namun sentiasa sudi melontarkan pandangan ikhlas dan jejak ukhwah komentar tanpa jemu. Kalian tetap KK senaraikan di link bloglist atas blog ini untuk memudahkan blogwalking. Begitulah juga buat ‘silent readers’… semua pembaca samaada melalui media sosial dan carian maya yang membuatkan blog picisan ini tidak pernah sepi dari kunjungan.

Penghargaan terima kasih juga tidak sesekali KK lupa kepada pengiklan termasuk kenalan yang sudi bershopping online di blog ini. Ia secara tidak langsung menyuburkan lagi semangat ini untuk terus berkongsi pandangan dan pengalaman buat kebaikan bersama, in shaa Allah. 

Semoga jalinan silaturrahim dan perkenalan seluruhnya ini sentiasa beroleh manfaat kebaikan, rahmat serta keberkatan Illahi… aamiin.


Terima kasih semua dan salam ceria selalu.. :)

Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang

$
0
0
Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang– Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Aktiviti berblogging pun tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan. Itulah yang biasa berlaku apabila ada perkara penting yang perlu diutamakan. Artikel kali ini, KK berhasrat mengabadikan sketsa kekeluargaan tentang rezeki yang diperolehi anak ketiga pada pagi Sabtu yang lalu sempena perasmian pembukaan stesen Petronas di tempat KK… Alhamdulillah.

Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri

Perasmian Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri


Pada Sabtu (28/2/2015), boleh dikatakan seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri telah dijemput menghadiri majlis perasmian pembukaan stesen Petronas di sini. Ia merupakan satu-satunya stesen minyak yang terdapat di sekitar Bandar Tasik Puteri setakat ini. Kini ia memudahkan kami untuk mengisi minyak tanpa perlu pergi jauh.

Sayangnya KK tidak kesempatan untuk hadir disebabkan urusan lain. Hanya Puan Mem dan 3 orang anak kami yang pergi menghadiri majlis perasmian tersebut. Terdapat pelbagai acara yang berlangsung dengan meriah bermula jam 8 pagi sehingga lewat jam 1 tengah hari. Antaranya acara sukaneka seperti bowling kelapa, pertandingan makan tembikai dan sebagainya sesuai dengan konsep kekeluargaan dan kejiranan. Selain itu terdapat juga acara menari berpasangan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Jamuan juga disediakan buat tetamu yang hadir... percuma lagi...

Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri


Pertandingan mewarna menjadi pilihan anak-anak KK memandangkan mereka sememangnya meminati bidang senilukis. Justeru, hobi waktu lapang yang biasa dilakukan di rumah tidak disia-siakan. 2 orang anak KK telah menyertai pertandingan mewarna tersebut.

Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri

Peserta dikehendaki mewarna gambar stesen Petronasyang disediakan oleh pihak penganjur mengikut kreativiti masing-masing. Peralatan mewarna perlulah dibawa sendiri dan ia merupakan ‘advantage’ buat anak KK disebabkan sudah biasa menggunakan pensel warna yang ada. Waktu yang diberikan adalah 40 minit untuk disiapkan.

Rezeki Anak Menang Pertandingan Mewarna Petronas


Alhamdulillah… Anak ketiga KK telah memenangi tempat pertama pertandingan mewarna tersebut. KK sendiri tidak menyangka apabila Puan Mem pulang membawa basikal baru. Ingatkan beli, rupanya hadiah… syukurlah. Jimat sikit duit... :D

Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri

Anak bongsu KK tidak memenangi apa-apa memandangkan dia baru berusia 7 tahun dan tidak sempat menghabiskan mewarna dalam tempoh yang diberikan. Tapi takpe lah.. dia pun tak kisah. Apa pun, semuanya menjadi pengalaman manis buat mereka bersama penduduk Tasik Puteri yang hadir.

Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri


So.. lepas ni senang nak isi minyak. Pemilik stesen pun tinggal di kejiranan yang sama. Jadi, kira promote sekalilah stesen minyak Petronas Bandar Tasik Puteri... Jiran-jiran apa ada hal kan… cuma kalau KK isi minyak dapat 'free gift' selalu pun oklah keh keh…

Apa pun, didoakan semoga perniagaan saudara terus maju dan sukses... aamiin.. :)

Ranking Alexa Dan Program Affiliate

$
0
0
Ranking Alexa Dan Program Affiliate OnlineAlexa oh Alexa… baru sahaja selang beberapa artikel sebelum ini KK ada menulis tentang ranking Alexa. Bolehlah kalau nak dikatakan artikel kali ini adalah bersifat memujuk. Tambahan kepala ni tengah sarat fikir macam-macam… belum mengizinkan untuk menulis perihal yang serius. Maka biarlah dulu… ada 6 artikel yang masih dalam pembikinan. Idea tengah menghilang… lek la lu der… :D

Ranking Alexa Khir Khalid
Ranking Alexa KhirKhalid.com [5/3/2015]

Ranking Alexa KhirKhalid.com 


Kesempatan waktu semalam, KK tergerak nak meninjau lagi ranking Alexa sekadar nak menyedapkan hati. Alhamdulillah... bounce rate ok dan ranking yang menyenangkan. Bagi KK, kalaulah Alexa ni seorang perempuan, memang tak laratlah nak dilayan… Jenis suka jual mahal bila kita mengharapkan, tetapi datang pula memberi harapan bila kita sudah tidak mengharapkan hehee. Penat nak melayan perangai awek macam tu weii... Justeru, kepada rakan-rakan blogger dan pembaca wanita, janganlah bersikap seperti Alexa ni. Penat tau bf atau en suami.. :D   

Apa pun, syukurlah. Lepas ni malaslah nak harap selalu kat cik Alexa.. nak buat-buat jual mahal sikit hoho. Alexa.. please be good to me… Mudah-mudahan berterusan dalam keadaan baik. Lagipun KK tiadalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cuma sekadar menjadi usaha sampingan sebagai rencah motivasi dan cabaran alang-alang dah berblogging. Paling penting seperti yang dikatakan sebelum ini adalah niat perkongsian dan jalinan ukhwah yang baik dalam berkongsi pengetahuan untuk manfaat bersama.

Program Affiliate Online Dengan Blog

Selain berkongsi ekspresi hati tentang ranking Alexa, tujuan utama KK menulis artikel kali ini juga adalah untuk memujuk. KK tujukan terutamanya kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini serta pembaca yang sudi. Anda boleh menyumbang dengan membeli secara online melalui setiap iklan affiliate yang ada di blog ini. Kepada yang belum pernah membeli secara online… cuba-cubalah. Jangan disempitkan dengan stigma negatif risiko membeli secara online. Mana-mana pun ada risiko… Mudah dan terjamin sebenarnya..

KK menyediakan program affiliate yang terpilih. Ia membantu memperkasa usaha KK berblogging agar dapat pergi lebih jauh. Namun, jauh bukanlah bererti sejauh rakan-rakan ‘travel blogger’ tegar seperti blogger Kaki Travel Khairuddin, Jari Manis TravelPojiegraphy atau Warga Alam tu. Cuma berhasrat merealisasikan hasrat jangka panjang berblogging melalui sumber maya untuk mencapai apa yang diinginkan. Antara sumber berpotensi adalah melalui program-program affiliate.

Penjelasan lanjut boleh dibaca di artikel ini

KK juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah pun membantu. Apa yang anda sumbangkan ada bahagiannya untuk manfaat insan. Teruskan membeli di blog KK. Dengan membeli anda juga memberi. Apa yang diterima juga membuatkan KK mampu memberi kepada yang lain. Sekurang-kurangnya menjadi sumber yang bermanfaat untuk meneruskan wadah kesedaran sosial menyelam lubuk realiti kehidupan dan berkongsi secara telus disamping membantu apa yang termampu sebagai sumbangan kepada pembangunan sosio negara.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Kenangan, penghormatan dan inspirasi keusahawanan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Pendapatan Affiliate Buat Manfaat Insan

Walaupun pendapatan yang diperolehi melalui blog tidaklah seberapa dan sehebat para internet marketer, usahawan online atau blogger-blogger hebat, sekurang-kurangnya ia membantu untuk KK menterjemahkannya kepada sesuatu yang bermakna. Pastinya setiap kita ada niat tersendiri dalam berblogging. Tak kisahlah apa pun selagi baik.. yang penting kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dan belajar. KK dapat ilmu dari rakan-rakan blogger yang lain, begitu juga hasrat KK untuk menyumbang pengetahuan dengan cara sendiri buat manfaat rakan dan pembaca seluruhnya juga.

Terima kasih atas perkongsian dan silaturrahim sahabat pembaca sekelian. Semoga sentiasa sihat, dirahmati dan diberkati kehidupan semuanya… aamiin… :)

Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi

$
0
0
Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi– Aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung beberapa hari selepas ayahanda KK selamat dikebumikanbaru sempat dikongsikan kali ini. Ia berkenaan program gotong-royong persatuan penduduk di taman perumahan KK yang diadakan bertujuan membeteras pembiakan nyamuk Aedes dan Denggi. Gotong royong yang diadakan bukan sahaja membersihkan kawasan sekitar tetapi turut didatangi pegawai Pejabat Kesihatan Daerah untuk memberi penerangan berkenaan nyamuk Aedes dan wabak Denggi. Justeru, terpanggil untuk berkongsi beberapa maklumat untuk peringatan bersama.

Program gotong-royong membentras denggi Primula Julian BTP 6 Bandar Tasik Puteri

Mengenali Tanda-Tanda  Demam Denggi

Pastinya ramai sudah sedia maklum bahawa demam denggi boleh membawa maut. Demam denggi adalah sejenis penyakit disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Sesiapa pun boleh mengidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Banyak tanda-tanda yang boleh dikenalpasti terhadap individu yang mengidapi demam Denggi. Antaranya ialah kerap muntah, sakit perut, pening, berasa gelisah, pucat atau berasa sejuk apabila kulit disentuh termasuk mengalami simptom sesak nafas. Selain itu pesakit juga akan mengalami pendarahan seperti bintik atau tompok-tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung atau gusi, muntah darah, najis berwarna hitam dan mengalami haid yang banyak atau pendarahan pada faraj bagi pengidap wanita.

Sesi penerangan membenteras aedes dan denggi  BTP 6 Bandar Tasik Puteri

Jangka Hayat Dan Pembiakan Nyamuk Aedes

Kami juga turut diberi penjelasan tentang jangka hayat serta tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes membiak dan menjadi dewasa dalam satu minggu. Sebenarnya ada beberapa maklumat yang baru KK ketahui iaitu, nyamuk Aedes hanya memerlukan satu sudu teh takungan air bagi membolehkan ia membiak. Lebih merisaukan ialah telur nyamuk Aedes mempunyai ketahanan yang membolehkan ia bertahan hidup tanpa air selama 6 bulan. Makanya, jangan disangka tempat yang kering tiada telur Aedes ye… cuma belum aktif bagi membolehkan ia menetas dan membiak.

Tempat pembiakan nyamuk Aedes pula seperti kebanyakkan kita sedia maklum adalah di tempat-tempat takungan dan penyimpanan air. Antara ‘spot’ yang perlu kita ketahui di rumah adalah palong hujan tersumbat dan tangki air yang terdedah. Siapa tahu tanpa kita sangka air tangki rumah yang kita gunakan untuk keperluan harian rupa-rupanya adalah tempat pembiakan aktif nyamuk Aedes… wallahualam.

Gotong-Royong Penduduk Mencegah Pembiakan Aedes

Berpandukan penerangan yang diberikan itu menjadi matlamat gotong-royong diadakan. Seluruh tempat yang dijangka mempunyai potensi mengundang pembiakan nyamuk Aedes dibersihkan. Selain itu, pegawai kesihatan turut pergi ke setiap rumah sekadar memberi peringatan kepada penduduk agar sentiasa memastikan tempat-tempat takungan air dan kawasan persekitaran rumah sentiasa terjaga dari pembiakan nyamuk Aedes.

Penduduk seluruh taman juga diminta memberikan kerja sama semasa aktiviti semburan (fogging) dilakukan dengan membuka semua tingkap dan pintu. Turut dinyatakan bahan kimia yang digunakan untuk semburan ‘fogging’ adalah berasaskan air dan selamat serta berkesan terhadap nyamuk Aedes.

Fogging membenteras Denggi
Fogging membenteras Denggi

Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi

Justeru, bersamalah kita sentiasa memastikan terutama kawasan persekitaran rumah sentiasa bebas dari pembiakan nyamuk Aedes. Sentiasa menukar air yang disimpan serta memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang disyorkan sekurang-kurangnya setiap 2 bulan.

Kompaun sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya rumah kita didapati membiak jentik-jentik. Bersamalah kita membentras pembiakan nyamuk Aedes bermula dengan menjaga persekitaran rumah kita disamping berdoa agar sentiasa dijauhkan dari wabak denggi... aamiin.

Viewing all 711 articles
Browse latest View live