Maklumat Memohon Parol– Cara memohon paroldan bagaimana nak dapat parol merupakan antara kata kunci selama beberapa minggu di dashboard blogger blog ini. Pada artikel kali ini KK kongsikan maklumat berkaitan parol untuk pengetahuan bersama. Sempat juga ‘screenshot’ keyword pagi tadi. Besar kemungkinan carian berkenaan permohonan parol ini datangnya dari ahli keluarga yang masih menyayangi… Takkan penghuni penjara yang meng’google’ ye tak..
Syarat Layak Mendapat Parol
KK pernah menulis tentang
syarat layak parol di sini >>>
Orang Di Parol (ODP). Terkandung di dalamnya penjelasan ringkas tentang
apa itu parol dan kriteria penghuni penjara yang layak mendapat parol.
Berdasarkan pengetahuan, syarat memohon parol bukan melalui permohonan ahli keluarga penghuni penjara, sebaliknya melalui proses penilaian bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia berdasarkan prestasi penghuni sewaktu menjalani hukuman penjara.
Setiap penghuni penjara yang layak berdasarkan kriteria artikel di atas, akan dinilai sebelum mereka berpeluang menjalani baki hukuman pemenjaraan dibawah perintah parol. Perlulah diketahui bahawa parol itu bukan satu keistimewaan, sebaliknya adalah peluang kedua yang diberi melalui proses penilaian yang ketat.
Peranan Keluarga Bagi Memudahkan Proses Parol : Orang Di Parol (ODP)
Pihak keluarga penghuni penjara akan dihubungi dan ditemuduga oleh bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti bagi memastikan penerimaan keluarga itu sendiri terhadap bakal ODP bila tiba waktu selayaknya. Justeru, KK sediakan maklumat perhubungan kepada yang ingin mendapatkan penjelasan selanjutnya. Anda juga boleh membuat pertanyaan di mana-mana Pejabat Parol Penjaratempat ahli keluarga anda menjalani hukuman penjara.
Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia
Bukit Wira, 43000, Kajang
Selangor
Tel : 03 8732 8000
Faks : 03 8739 9205
Senarai Alamat Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri
B-9-6 Blok B, Megan Avenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2164 3816
Faks: 03 2164 3846
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Selangor
No. 33-1 & 33-2
Jalan Impian Mahkota 1
Saujana Impian
43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 8715
Faks: 03 8734 8725
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan
Tingkat 4, (D’MARA)
Bangunan Seremban Plaza Utara
Beg Berkunci 21, Jalan Tun Dr Ismail
70990 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06 763 1271/ 06 763 0876
Faks: 06 763 1537
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Melaka
Aras 1, Wisma Persekutuan
Jalan Business City
Hang Tuah Jaya
75450 Air Keroh, Melaka
Tel: 06 232 5432
Faks: 06 232 5410
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Johor
Penjara Kluang
Batu 8, Jalan Kluang – Mersing
86000 Kluang, Johor
Tel: 07 787 5172
Fax: 07 787 5173
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Pahang
A17, Tingkat Bawah dan Satu
Jalan Seri Kuantan 2
Seri Kuantan Square
25000 Kuantan, Pahang
Tel: 09 514 7082
Faks: 09 514 7048
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Perak
2A & 4A, Jalan Greentown 3
Greentown Nova
30450 Ipoh, Perak
Tel: 05 249 1641
Faks: 05 249 1640
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Kedah
Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan
Jalan Kampung Baru
05000 Alor Setar, Kedah
Tel: 04 734 2671 / 04 734 2672
Faks: 04 734 2673
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Pulau Pinang
Suite 2, Tingkat 14, Wisma TNB
10250 Jalan Anson, Pulau Pinang
Tel: 04 229 9475
Faks: 04 229 9564
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Perlis
No. 8, Taman Pengkalan Indah
Jalan Dato’ Wan Ahmad
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04 979 1301 / 04 979 1300
Faks: 04 979 1303
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Kelantan
Jalan Maktab, Penjara Pengkalan Chepa
16109 Kota Bahru, Kelantan
Tel: 09 771 5280
Faks: 09 771 5604
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Terengganu
No. 80G, Jalan Petani
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09 630 1084
Faks: 09 630 1084
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Sabah
Jalan Pahlawan, Peti Surat 11020
88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088 252 600
Faks: 088 252 938
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Sarawak
Pulapen Negeri Sarawak
KM 10, Jalan Datuk Stephen Kalong Ningkan
93250 Kuching, Sarawak
Tel: 082 628 039
Faks: 082 628 563 / 082 628 561
*Semua alamat pejabat parol negeri yang ditampilkan
adalah terkini sewaktu artikel ini ditulis.
Semoga segala penjelasan dan maklumat memohon parol ini dapat membantu memudahkan mereka yang memerlukan… in shaa Allah.
Salam Hormat
Khir Khalid