Ketua Pegawai Eksekutif, INTI International University & Colleges, Mr Rohit Sharma telah menyatakan ulasan mengenai Laporan Kajian HSBC Bank Malaysia Bhd bertajuk ‘Foundations for the Future’. Selaras hasrat INTI dalam memartabatkan pendidikan sebagai pemacu utama untuk bersaing dipasaran pekerjaan, berikut saya kongsikan ulasan demi manfaat pembaca.
HSBC Bank Malaysia Bhd baru-baru ini melaporkan bahawa lebih daripada 50% ibu bapa di Malaysia yang sanggup menanggung hutang untuk membiayai pendidikan anak mereka dan 92% ibu bapa tempatan membiayai pendidikan anak-anak mereka. Lebih ramai ibu bapa mungkin akan berbuat demikian sambil melalui ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.
Kami memuji ibu bapa yang telah membuat pilihan untuk mengutamakan pendidikan anak-anak dan oleh itu, kami gembira untuk memperkenalkan platform e-Scholarship 2017 Anniversary untuk meringankan beban kewangan mereka.
Sebagai sebahagian daripada pelan rangsangan pendidikan INTI untuk meningkatkan akses murid kepada pendidikan tinggi, platform e-Scholarship kini boleh didapati diaplikasi mudah alih INTI yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store di mana semua pelajar SPM, STPM, O-Level dan Pelajar UEC akan dapat memohon biasiswa INTI untuk mendapatkan pendidikan tinggi.
Inisiatif ini adalah yang pertama dikalangan pendidikan tinggi swasta untuk menawarkan biasiswa seawall bulan Jun. Pelajar juga boleh memohon melalui laman web e-Scholarship 2017 Anniversary di http://newinti.edu.my/AnniversaryScholarship
Pendidikan kekal sebagai pemacu utama dan pemboleh bagi Gen-Z untuk bersaing dipasaran pekerjaan yang semakin global. Di INTI, kami kekal komited untuk melengkapkan dan membangunkan pemimpin masa depan, usahawan dan orang berwawasan yang akan membentuk masa depan Malaysia..