Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all articles
Browse latest Browse all 711
↧

Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia

$
0
0
Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia – Pada Selasa (17/3/2015), telah berlangsung pelancaran kaji selidik Generasi Z (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges bertempat di kampus INTI Kuala Lumpur. Kaji selidik yang merangkumi ‘qualitative and quantitative research’ ini telah dilaksanakan pada November dan Disember 2014. Ia melibatkan lebih 500 responden dari kalangan Generasi Z di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dan merupakan kaji selidik yang pertama dilaksanakan di Malaysia.  

Gen Z Survey Launch

Fakta Kaji Selidik Tentang Generasi Z


Gen Z merupakan singkatan daripada Generasi Z, merujuk kepada kumpulan generasi yang lahir antara tahun 1995 hingga 2009. Pelancaran kaji selidik Gen Z dengan motto ‘Meet the next generation’ ini dimulakan dengan pembentangan fakta oleh Mr Rohit Sharma yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, INTI International University and Colleges.

Berdasarkan pengkajian, Generasi Z memiliki sifat berdikari dan mampu membuat keputusan sendiri (selfstarter). Kebanyakkan mereka berhasrat membina kerjaya unik yang tersendiri dan bercita-cita menjadi usahawan. Sentiasa berusaha membina kreativiti melalui kemahiran, mencari penyelesaian sendiri terhadap masalah yang dihadapi, memahami erti kerjasama berpasukan, pengurusan masa dan juga kepimpinan. Ia merupakan antara sifat jati diri yang seharusnya di puji.

Perkara tersebut disokong dengan fakta pembentangan kaji selidik yang menjelaskan seramai 42 peratus dari kalangan generasi Z memilih untuk melakukan sesuatu yang betul-betul baru dalam kerjaya pilihan. 37 peratus pula berharap dapat menjadikan hobi mereka sebagai profesyen manakala 31 peratus lagi bercita-cita untuk menjadi usahawan.
Mr Rohit Sharma, CEO of INTI
Mr Rohit Sharma
Ketua Pegarah Eksekutif (CEO)
INTI International University and Colleges

Fakta turut menjelaskan bahawa 75 peratus dikalangan Generasi Zmenganggap individu yang memperolehi pendapatan yang tinggi merupakan individu yang berjaya. Seramai 69 peratus menganggap individu yang berjaya adalah mereka yang gembira dengan diri sendiri dan 69 peratus juga memilih faktor kesihatan. Manakala 60 peratus pula menganggap individu berjaya adalah mereka yang gembira dengan kerjaya yang dilakukan. Kaji selidik berkaitan role model pula mendapati seramai 39 peratusan Generasi Z menjadikan ibu bapa sebagai role model, manakala 19 peratus memilih atlit dan 12 peratus pula memilih individu dari kalangan pemimpin politik.

Generasi Z : Internet Dan Media Sosial


Gen Z juga dikenali dengan label generasi ‘hiper-connected’ yang amat menggemari gadget sama ada smartphone, tablet, laptop atau televisyen. Kaji selidik mendapati 80 peratus dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata 8 jam sehari dengan internet, dengan 47 peratus diantaranya merasakan kehidupan mereka seolah-olah tidak lengkap jika tidak ber'on-line'.

Laman sosial menjadi pilihan utama dengan hampir 94 peratus mengemari Facebook dan Twitter. Seramai 56 peratus melayari internet untuk mencari maklumat dan informasi manakala 55 peratus menggunakan internet untuk ‘messaging dan chatting’. Secara keseluruhan, 5 platform paling popular dikalangan Generasi Z adalah Facebook (95%), WeChat (70%), YouTube (66%), WhatsApp (66%) dan Google+ (33%).
Mr Sajith Sivanandan, Managing Director of Google Malaysia
Sesi perbincangan Mr Rohit Sharma bersama Mr Sajith Sivanandan,
Pengarah Urusan Google Malaysia, Mr Roshan Thiran, Pengarah Urusan Leaderonomics
dan Mr Patrick Ng, Partner PwC Malaysia.
Freda Liu, BFM Producer dan Presenter merupakan moderator.
Sesi bersama Generasi Z
Sesi Perbincangan bersama Generasi Z bernama Ahmad Mustaqim Nordin (19 tahun),
Ruby Wong Chui Yee (19 tahun), Jacinta Jea Ling (17 tahun) dan
Moh Shu Jenn (17 tahun). Mr Pete Teo, seorang ahli muzik, pencipta filem dan
motivational speaker adalah moderator bagi sesi ini.

'Fear of being offline’ menggambarkan sebahagian besar Generasi Z ini. Sungguh pun begitu, 50 peratus sedar tentang kepentingan pelajaran sebagai elemen penting untuk mereka maju dan memahami faktor-faktor luaran yang mempengaruhi corak kehidupan dimasa hadapan. Walaupun cenderung kepada dunia siber, 60 peratus mereka sedar tentang bahaya profil samaran di media sosial dan 54 peratus sentiasa berhati-hati untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pengetahuan umum.

Walaupun begitu, dengan pelbagai kemudahan platform digital ini juga dapat meningkatkan kesedaran tanggungjawab Generasi Z terhadap dunia dan masyarakat. Sebanyak 28 peratus terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan. Ia adalah generasi yang cenderung membantu secara sukarela untuk kesejahteraan masyarakat sejagat. 

Menurut Mr Rohit Sharma lagi, beberapa tahun dahulu kita dapat melihat sempadan perbezaan antara kehidupan dunia nyata dan alam siber. Namun sempadan tersebut sudah mula menghilang. Alam siber menjadi keperluan dalam kebanyakkan urusan kehidupan kita. Kini Generasi Z yang lahir dan membesar dalam arus teknologi dunia siber sudah mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. Mereka sudah mula melangkah mengisi kekosongan keperluan industri, alam kerjaya dan kepimpinan negara dalam beberapa tahun akan datang.
Gen Z Survey Launch
'Key Industry Leaders' bersama Generasi Z

Berdasarkan fakta kaji selidik dan sesi perbincangan mendapati kebergantungan Generasi Z terhadap rangkaian dunia siber adalah satu realiti yang kita semua perlu terima dengan positif serta tangani secara intelek. Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia oleh INTI International University and Colleges ini merupakan langkah penting dalam menyuntik kefahaman kepada semua agar bersama-sama memainkan peranan dengan dorongan yang sewajarnya kepada seluruh Generasi Z demi kebaikan masyarakat dan kejayaan masa hadapan negara. 

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 711

Latest Images

Trending Articles