Quantcast
Channel: Khir Khalid
Viewing all 711 articles
Browse latest View live

Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia

0
0
Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia - Antara perbualan yang diperkatakan ramai pada masa kini adalah berkenaan institusi raja. Paling menyedihkan bila ada yang berani mempersoalkan peranan institusi raja serta relevannya pada dunia kini. Satu persoalan yang aku kira ‘kurang ilmiah’ walaupun aku bukanlah seorang yang arif. Secara mudah adalah lebih baik kita selami peranan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia itu terlebih dahulu.


Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Kredit gambar : theadmirehunkz.blogspot.com

Instutusi Raja Dalam Sejarah Dunia


Kita boleh rujuk berdasarkan catatan sahih bahawa sistem pemerintahan beraja atau dipanggil ‘monarki’ merupakan sistem pemerintahan yang tertua di dunia. Ia dianggarkan wujud sejak lebih 3000 tahun yang lalu dan merupakan pencetus kepada berkembangnya peradaban manusia di muka bumi ini. Kita tahu bagaimana makmurnya ketamadunan Mesopotamia, Mesir, India, China termasuk Asia Tenggara tidak terkecuali, hasil dari sistem pemerintahan beraja ini sehinggalah lenyap disebabkan kezaliman raja itu sendiri, penjajahan atau konspirasi yang dilakukan rakyat atas cetusan ideologi dan fahaman baharu.

Secara khusus dikebanyakkan jajahan Asia Tenggara, pengaruh awal pemerintahan beraja telah bertukar kepada pengaruh kesultanan setelah kedatangan Islam. Hakikatnya, subur Islam dengan izin dan rahmat Allah swt di tanah air kita juga adalah berpunca dari pengaruh kesultanan. Namun peranan rakyat dalam mengembangkannya tidak boleh kita sangkal walaupun terdapat pertembungan adat dan sunnah yang saling terkait dengan budaya dan identiti masyarakat itu sendiri.

Institusi Raja Berperlembagaaan Di Malaysia


Sedar atau tidak, institusi beraja di Malaysia sehingga kini telah pun mencecah lebih 700 tahun. Pelbagai cabaraan yang dihadapi dalam usia sedemikian termasuk sejarah getir menghadapi kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Dalam tempoh tersebut juga menyaksikan pelbagai episod tumbangnya beberapa sistem monarki seantero dunia. Catatan yang bukan sahaja menjadi arkib di negara kita, malah di negara-negara yang terlibat serta diperakui seluruh dunia.

Kehadiran kuasa Eropah ke tanah air juga adalah berpunca dari persaingan institusi beraja dan kuasa Eropah meluaskan empayar masing-masing melalui penaklukan kawasan yang kaya dengan sumber alam. Pelbagai muslihat cuba dilakukan zaman berzaman termasuk memperkenalkan ‘Malayan Union’ demi menyingkirkan kuasa raja. Sungguh pun begitu, institusi beraja kita masih terselamat walaupun terpaksa mengubah peranan raja daripada berkuasa mutlak kepada kuasa berperlembagaan.  

Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Kredit gambar : www.arkib.gov.my


Justeru perlu kita sedar bahawa institusi raja berperlembagaan itu memainkan peranan penting sebagai pihak pendamai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini. Antara fungsi yang masih kekal sebagai hak institusi raja berperlembagaan di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
2. Melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar
3. Mempunyai kuasa untuk bersetuju atau tidak dalam pembubaran parlimen
4. Penaung serta pelindung kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Cabaran Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia Dalam Dunia Moden


Kini institusi Raja Berperlembagaan berdepan dengan cabaran dunia modernisasi. Sejak era pasca kemerdekaan sehingga hari ini telah menyaksikan banyak insiden untuk melemahkan institusi Raja Berperlembagaan khususnya kuasa raja-raja Melayu. Wujudnya tekanan melalui pelbagai sistem kepimpinan seperti demokrasi, komunis, ekstremis tidak termasuk ideologi-ideologi songsang yang bernaung atas nama hak asasi atau kebebasan bersuara acuan pihak-pihak tertentu. Ternyata ia menguji sejauh mana kebijaksanaan pendukung institusi itu sendiri serta menguji sejauh mana keihklasan rakyat menerima institusi ini sebagai bahagian penting dalam negara.   


Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Kenangan sekadar renungan bagaimana Britain mempertahankan
institusi beraja dan kekal tercatat dengan nama The GREAT Britain.

Bagi aku sendiri, institusi Raja merupakan tunggak kepimpinan yang perlu dipertahankan. Persoalan sama ada releven atau tidak bukanlah sesuatu yang perlu diperdebat atau dipertikaikan baik dari isu politik, sosial, jauh sekali melibatkan perihal kezaliman. Apa yang aku ingin perkatakan hanyalah “buka mata dan sedar diri”…  Siapa kita dimata dunia tanpa raja. Walaupun raja itu seorang insan biasa, namun segala ketentuan adalah dengan izin dan perkenan Allah swt. Fikirkanlah, mengapa Allah swt masih mengekalkan institusi raja buat kita dari 700 tahun dahulu sehingga ke hari ini…


Salam Hormat

Khir Khalid  



Penghargaan Cenderahati Blogger Yana Yani

0
0
Penghargaan Cenderahati Blogger Yana Yani– Semalam aku telah menerima sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang sahabat blogger, saudari Yana Yani. Terkandung didalamnya fridge magnet sebagai cenderahati penghargaan dan persahabatan.


Cenderahati Blogger Yana Yani
Tau-tau je aku suka main gitar eh hehee.. :D

Penghargaan Buat Blogger Yana Yani


Cenderahati fridge magnet ini aku terima sempena ulang tahun kedua blog Yana Yani dalam dunia berblogging. Ia dikirim bersama sepucuk surat sebagai tanda persahabatan yang terjalin dalam dunia berblogging... alhamdulillah. Justeru, penghargaan terima kasih juga aku kalungkan berserta doa kejayaan buat saudari Yana Yani serta seluruh keluarga. Semoga terus berjaya dalam segala perkara yang dilakukan serta mencapai apa jua yang dihajati… aamiin.

Kepada sesiapa sahabat yang belum mengenali , silalah berkunjung ke blog beliau beramah mesra menjalin ukhwah melalui link yang aku sertakan di bawah ini. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin berkekalan dengan kebaikan dan keberkatan bersama… aamiin.

Jom berkunjung ke blog Yana Yani>>>> www.iamaproudmama.blogspot.com

Terima kasih Yana!!.. J


Salam Hormat

Khir Khalid


Kertas Soalan Sains UPSR Bocor

0
0
Kertas Soalan Sains UPSR Bocor– Sewaktu anak sedang membuat ulangkaji akhir mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris untuk peperiksaan UPSR esok, aku telah menerima whatsap yang memberitakan tentang kertas soalan sains UPSR yang telah bocor. Bermacam spekulasi timbul dari pihak ibu bapa calon tentang peperiksaan esok, termasuk sama ada mungkinkah hanya mata pelajaraan Sains UPSR sahaja yang akan ditangguhkan pada 30 September atau ada lagi perkara lain yang akan timbul selepas ini... wallahualam.

Kenyataan Akhbar Tentang Kertas Soalan Sains UPSR Yang Bocor


Berikut adalah kenyataan akhbar Lembaga Peperiksaan Malaysia yang aku terima dari whatsapp sebentar tadi...

Kertas Soalan Sains UPSR Bocor


Respon Dari Anak Dan Ibu Bapa


Aduii.. bukan anak yang mengambil peperiksaan UPSR sahaja yang boleh hilang tumpuan, tetapi ibu bapa pun jadi tertekan. Baik-baik dah boleh selesai esok, jadi tertangguh… sabar je lah. Siapalah yang tak reti cover line tu tak bertanggungjawab ni. Akibat mahukan keuntungan sendiri hingga membuatkan semua orang susah. Bila perkara yang sudah dijadualkan tertangguh, pastilah susah!

Namun apa yang Lembaga Peperiksaan lakukan adalah perkara yang sebaiknya. Walaupun kadang kala ada mendengar suara sinis dari sesetengah pihak menyatakan “apalah sangat UPSR”, tetapi sebagai ibu bapa kita tidak patut untuk berkata sedemikian kerana UPSR merupakan peperiksaan besaryang pertama buat anak-anak yang mengambilnya. Sokongan ibu bapa amat penting sama ada mereka berjaya atau pun tidak kerana ia menjadi tapak pengalaman terawalbagi anak-anak sebelum memasuki peperiksaan yang lain di fasa kehidupan akan datang.

Kertas Soalan Sains UPSR Bocor
Kertas Soalan Sains UPSR yang sepatutnya dikeluarkan esok (11/9/14)


Mendoakan yang terbaik buat semua calon-calon UPSR 2014. 


Apa pun aku mendoakan kepada semua calon UPSR semoga dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan menjawab dengan lancar. Mudah-mudahan beroleh kejayaan dengan keputusan yang cemerlang… aamiin.

Ada tak cerita-cerita lain tentang kertas soalan UPSR yang bocor ni?...


Salam Hormat
Khir Khalid



Islam, September Dan Keganasan Global

0
0
Islam, September Dan Keganasan Global– Masih aku ingat tragedi yang berlaku pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat (A.S). Tragedi 9/11 tersebut menjadikan September sebagai bulan peringatan buat seluruh warga A.S terhadap peristiwa hitam yang menimpa negara mereka. Walaupun telah lebih sedekad berlalu, ia masih menjadi peringatan yang tetap segar. Atas dasar kemanusiaan, kita juga turut bersimpati terhadap insiden tersebut yang secara tidak langsung telah mengheret nama Islam dalam kancah keganasan global.


Tragedi 9 September 2001 di New York

Islam Dalam Kancah Keganasan Global


Baru-baru ini, tercetus lagi krisis terbaru di Asia Barat yang menyaksikan A.S dan sekutunya bangkit memerangi isu keganasan global demi menjaga keamanan dunia. Berdasarkan pemerhatian dari rentetan peristiwa yang bermula sejak tragedi 11 September 2001, sebenarnya telah mengizinkan kuasa barat yang diketuai A.S membentuk satu dimensi geo politik dunia yang amat sukar untuk dijelaskan, kabur, keliru serta tidak menentu. Apa yang jelas ialah istilah yang digunakan sebagai tiket untuk mereka bertindak iaitu ‘memerangi keganasan’ sehingga hari ini.

Apa hakikat sebenar maksud memerangi keganasan itu? Setelah lebih sedekad berlalu, siapakah sebenarnya pengganas yang dimaksudkan… adakah ianya sebuah negara atau kumpulan tertentu? Atau beberapa individu yang melakukan serangan ke atas kepentingan dunia tanpa melibatkan mana-mana kuasa atau kepimpinan negara? Atau sekadar disebabkan serangan itu berlaku terhadap kepentingan A.S dan kuasa barat semata-mata?


Kuasa A.S dan sekutunya

Lebih menyedihkan apabila segala apa yang dilakukan A.S dan sekutunya secara tidak langsung juga telah mengistiharkan bahawa Islam itu seolah-olah sebagai paksi keganasan. Seluruh media dan masyarakat barat menjadi sangsi terhadap masyarakat Islam walaupun seseorang yang beragama Islam itu merupakan jiran tetangga mereka. Pelbagai tekanan yang dihadapi oleh komuniti Islam di barat.  Hakikat yang berlaku sama ada secara langsung atau tidak, secara disedari atau tidak, Islam dijadikan sebagai musuh global yang baharu.

Protes terhadap Islam


Memerangi Keganasan Global Dari Perspektif Barat


Kita boleh lihat dengan jelas bermula Osama bin Laden yang mencipta nama sebagai tokoh penentangan menggantikan tokoh komunis dan sosialis yang selama ini diperangi A.S dan kuasa-kuasa barat. Selepas itu, Saddam Hussein yang merupakan presiden sah negara Iraq yang kaya dengan petroleum juga dikaitkan dengan paksi keganasan global. Kedua-dua insan ini telah menerima bahagian mereka tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya dari mana-mana badan dunia. Kita boleh lihat bagaimana A.S secara ‘koboi’nya membenamkan mereka begitu sahaja. Itu tidak termasuk yang berlaku kepada yang lain selepas mereka.

Bermula tarikh 11 September 2001, dunia mula mengenali WMD (Weapon of Massive Destruction) atau senjata pemusnah besar-besaran dan menyenaraikan Iraq, Iran dan Korea Utara sebagai negara pemula paksi keganasan. Akhirnya, disebabkan kurangnya risiko untuk menduduki Iraq, ia terlebih dahulu diserang dengan rakusnya, melupakan Iran, Korea Utara atau negara-negari krisis yang lain. Berikutan dari peristiwa tersebut, satu demi satu negara seluruh rantau Asia Barat menjadi kucar kacir dengan banyak lagi perpecahan dan keganasan yang timbul akibat penghakiman A.S dan sekutunya yang kononnya memerangi keganasan demi menjaga keamanan dunia.


Para pejuang di Asia Barat

Hasilnya, apabila lebih ramai pejuang-pejuang negara yang timbul untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dari menjadi boneka A.S dan sekutunya, ia menjadi alasan untuk mereka gunakan dalam mencapai matlamat penaklukan atas nama memerangi pengganas… Kalau kita perhatikan betul-betul berdasarkan rentetan sejarah peristiwa, kita pasti dapat mengetahui siapakah sebenarnya yang mula-mula menjadi pengganas dan mencetuskan segala keganasan…

Islam Dan Keganasan Buat Renungan Dibulan September


Jika dikaji apa kepentingan negara-negara teluk atau Islam seluruhnya mencipta keganasan. Apakah kekayaan khazanah bumi yang ada di negara teluk berpasir itu tidak mencukupi jika dibandingkan yang terdapat di A.S atau seluruh negara barat sendiri? Kita boleh menilai apakah faktor utama yang mendorong A.S dan sekutunya untuk begitu prihatin terhadap Asia Barat atas nama memerangi keganasan global. Namu apa yang lebih mengesankan lagi ialah apabila menjadikan Islam sebagai satu faktor ancaman keganasan dalam menjayakan agenda keamanan mereka.

Secara jujur, tidaklah aku katakan bahawa segala yang A.S atau sekutunya lakukan itu semuanya salah. Mungkin kesalahan juga boleh diletakkan kepada umat Islam dan negara Islam itu sendiri. Akibat kurangnya keperihatinan akan kepentingan bernegara serta mengejar keuntungan secara rakus dan membuta tuli menjadikan sebahagian umat Islam tidak ubah seperti mereka. Namun, itulah kelemahan yang patut di atasi oleh umat Islam seluruhnya... wallahualam. 

Sekadar nukilan buat renungan bersama dibulan September…


Salam Hormat

Khir Khalid  


The Versatile Blogger Award

0
0
The versatile blogger award... blogger-blogger yang versatile dan aku juga dikira salah seorang daripadanya ahahaa. Award ini telah aku terima daripada sahabat blogger Acik Idah yang garang dan tegas… Haaa... kalau nak tahu kenapa garang dan tegas ada diceritakan 7 fakta tentang dirinya di >>>> SINI.

Terima kasih Acik Idah kerana sudi tag untuk segmen The Versatile Blogger Award ini ye. J

The Versatile Blogger Award


Rules: 
Thanks the person who nominate you
Provide a link to the person’s blog
Write 7 facts about yourself
Nominate 15 blogger to the Versatile Blogger Award

7 Fakta Tentang Diri Khir Khalid


1. Seorang yang budiman.. eh.. tak malu puji diri sendiri pulak.. :D
2. Meminati seni, kesusasteraan dan menghargai segala unsur kesenian
3. Biasa-biasa je.. easy going, mudah berkawan tetapi ada prinsip sendiri.
4. Suka melihat sesuatu perkara dari beberapa dimensi dan perspektif yang berbeza.
5. Meminati hoki lebih dari bola sepak… sekadar menjadi penonton je..
6. Boleh dikatakan hard working juga lah.. huh.. puji diri sendiri lagi…
7. Seorang yang cintakan kedamaian… :D

Jenuh juga nak memikir sampai 7 fakta tu, ditambah lagi nak tag sampai 15 orang blogger pulak huhu.. Walaupun ramai yang aku kenal dah ditag. Aku senaraikan juga di sini dan terpulanglah sama-ada nak buat atau pun tidak… aku ok je.. :D


Mohon maaf juga kalau ada yang aku terlepas pandang dan tidak tersenarai. Kali ni aku tag semua blogger perempuan je hahaa.. Tapi kalau sesiapa juga nak menyertai amatlah dialu-alukan. Terima kasih


Salam Ceria.. 

Khir Khalid


Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah

0
0
Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah– Bertamu ke rumah Allah adalah satu anugerah dan pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan. Begitu juga aku yang masih mengingati hampir setiap keadaan yang dilalui sewaktu mengerjakan ibadah haji walaupun telah bertahun-tahun pengalaman itu berlalu. Setiap kali hadirnya musim haji, pasti akan timbul perasaan sayu di hati. Semoga Allah sudi menjemput lagi berserta seluruh keluarga kami menjadi tetamuNya nanti… aamiin.


Tawaf Haji Dan Umrah

Amalan Dan Bacaan Ketika Tawaf


Ingin aku berkongsi sedikt pengetahuan tentang amalan dan bacaan ketika tawaf yang diperolehi sewaktu kursus dan mengerjakan ibadah haji dan umrah satu waktu dahulu. Mudah-mudahan ia menjadi rujukan yang baik buat sesiapa jua... in shaa Allah.

1. Bacaan semasa menunaikan haji dan umrah

Bacaan yang paling penting semasa mengerjakan ibadat haji termasuk umrah adalah talbiyah. Ia dibaca sepanjang perjalanan dari tempat miqat hinggalah masuk ke Masjidilharam. Bacaan talbiyah yang perlu diperbanyakkan sejak berniat ihram adalah seperti berikut;

Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika, innalhamda wannii mata, laka wal mulka, la syarika la.”

Adalah dinasihatkan agar anda merujuk bacaan ini dalam tulisan jawi agar segala sebutan tajwidnya bertepatan.

2. Bacaan ketika memasuki Masjidilharam

Tiada bacaan khusus ketika memasuki Masjidilharam kecuali doa yang biasa kita baca ketika memasuki masjid. Begitu juga halnya ketika melihat Kaabah, tiada doa yang khusus untuk dibaca. Jika ada tertera pada buku panduan haji, ia sekadar garis panduan dan membacanya adalah lebih baik.

3. Mengerjakan tawaf

Melangkah mengerjakan tawaf yang dimulakan di sudut Hajarulaswad. Niat dibaca tanpa perlu berdiri terlalu lama digarisan yang ditandakan dengan lampu hijau bagi mengelakkan kesesakan. Apabila hendak memulakan tawaf di Hajarulaswad kita baca “Bismillahi Allahuakbar.”

4. Bacaan sewaktu tawaf

Tiada bacaan khusus ditetapkan pada pusingan pertama hingga ke7 tawaf. Bacaan yang dianjurkan dalam buku panduan haji hanya garis panduan yang sebaiknya dibaca. Namun berdasarkan pengalaman, kita perlulah terlebih dahulu melatih bacaan yang ditulis dalam buku panduan haji tersebut bagi mengelakkan hilangnya tumpuan sewaktu tawaf. Pernah terjadi dimana ada yang terlupa jumlah tawaf yang telah dilaksanakan akibat cuba menumpukan bacaan pada buku dan keadaan persekitaran yang sesak. Jika tidak mampu untuk membacanya, bacalah apa sahaja bacaan yang baik seperti zikir atau pun doa.

5. Syarat serta bacaan sewaktu tawaf

Apabila sampai di rukun Yamani, bacaanya pula adalah : “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wakina ‘aza bannar.” Itulah bacaan yang khusus di dalam tawaf. Seterusnya bacalah “Bismillah Allahuakbar,” untuk memulakan pusingan ke2 dan seterusnya.


Tawaf Haji Dan Umrah

Tidak ada zikir atau bacaan khusus semasa tawaf. Kita boleh buat apa sahaja perkara yang baik termasuk berfikir tentang kebesaran Allah, bertafakur, meminta ampun, berdoa, zikir dan membaca surah-surah Al Quran. Perkara yang paling baik adalah membaca doa yang kita sendiri fahami. Doa yang paling afdal adalah yang dibaca dengan bahasa kita sendiri kerana ianya datang terus dari hati.

Amalan Setelah Selesai Tawaf


Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw akan pergi ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat dua rakaat setelah selesai mengerjakan tawaf. Baginda membaca ayat 125 surah Al Baqarah yang bermaksud “… dan jadikanlah oleh kamu makam Ibrahim sebagai tempat solat.". Aku difahamkan bahawa maksud makam Ibrahim adalah keseluruhan Masjidilharam dan sebaiknya carilah tempat yang tidak sesak meskipun hingga ke tingkat yang teratas.

Setelah selesai, Rasulullah minum air zamzam dan membasahkan kepala untuk menyegarkan kembali badannya. Baginda kembali ke sudut Hajarulaswad dan membaca “Bismillahi Allahuakbar.” Kemudian berpusing menuju ke Safa bagi memulakan Sa’i. Pengalaman tentang Sa’i akan aku kongsikan pada artikel yang lain nanti… in shaa Allah.


Pesanan Ketika Mengerjakan Tawaf Sekadar Untuk Peringatan


Sewaktu tawaf adalah dinasihatkan agar bergerak secara berkumpulan terutamanya wanita. Ini adalah bagi mengelakkan dirempuh oleh kumpulan-kumpulan lain terutamanya jemaah Timur Tengah dan Afrika. Pernah terjadi dimana suami tidak berjumpa dengan isteri akibat dirempuh sewaktu tawaf ketika keadaan sedang sesak dan sarat dengan jemaah haji.  

Semoga perkongsian amalan ketika tawaf haji dan umrah ini membawa kebaikan serta keberkatan bersama… aamiin.


Artikel Berkaitan


Salam Hormat

Khir Khalid


Liebster Award By Amy Syeera

0
0
Semalam aku telah di tag oleh sahabat blogger, saudari Amy Sheera a.k.a Amy J dalam segmen Liebster Award. Ia merupakan kali yang ke 3 aku sertai dan seperti kebiasaan, haruslah aku menjawab beberapa soalan cepu emas yang beliau utarakan…  Terima kasih Amy.. J

Kepada yang belum mengenali Amy J, boleh klik banner dibawah ye.. J



Soalan Liebster Award By Amy Sheera


Soalan-soalan Amy J telah aku jawab dengan jujur seperti dibawah ini. Jom tengok apa yang dia tanya, dan apa yang aku jawab…

1. Satu Pengakuan.
Aku adalah seorang usahawan kecil, motivator sosial dan blogger. Suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 4 orang anak.

2. Satu perkara yang pernah aku tipu?
Pernah tipu bekas bos satu masa dulu… Alasan lambat datang kerja disebabkan trafik jem. Sebenarnya, terlambat bangun tidur... Mesti korang pun ada yang pernah buat kan... :D

3. Suka dengar lagu kuat-kuat ke perlahan?
Suka dengar sedang-sedang je…

4. Kat mana aku sekarang ni?
Aku sekarang berada di bumi Selangor Darul Ehsan.

5. Berapa kali aku pernah jatuh cinta?
Berat soalan ni… banyak kali jugak huhu, termasuk jatuh cinta pada keindahan alam, pokok-pokok dan bunga-bungaan.. jatuh cinta pada gitar sebagai instrumen muzikal pilihan… :D

6. Hari yang paling aku suka
Hari cuti lah...

7. Tiga perkara dalam bucket list.
- Mengerjakan ibadah umrah dan haji.
- Menjadi jutawan hoho… bersara awal dan berblogging sepenuh masa sekadar suka-suka tetapi berlandaskan matlamat untuk berpesan-pesan kepada kebaikan… in shaa Allah.. J
- Melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan… aamiin.

8. Satu benda yang aku nak cakap dekat semua orang.
Sekiranya aku ada melakukan kesilapan dalam berblogging, harap ada sesiapa yang sudi menegur. Aku suka dengan teguran kerana ia membantu menjadikan aku insan yang lebih baik. Pesanan yang sama juga untuk kehidupan aku di luar alam maya ini.

9. Binatang kegemaran
Aku peminat ikan kelisa… jatuh cinta dengan keindahan dan keistimewaan arowana… Marveles!

10. Lagu apa yang tengah bermain di kepala sekarang?
Haa.. “Apa yang kau mahu, semua ku beri… Apa yang kau mahu, mahu apa lagi…” Tadi radio baru habis berkumandang lagu tu.. :D

Maka itulah jawapan-jawapan dari persoalan yang diberikan. Cuma, aku dah tak tahu siapa yang patut aku tag untuk Liebster Awardni sebab kebanyakkan rakan-rakan yang aku kenal dah ditag sebelum ini. Ok lah tu ye tak hehee… Selamat korang… :D


Salam Ceria

Khir Khalid


Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL

0
0
Pada 15 September 2014, telah diadakan Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 dan Hari Malaysia buat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala. Lumpur (Parol WPKL). Program yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa ini diadakan khusus kepada Orang DiParol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) dibawah seliaan Parol WPKL agar dapat berkumpul bersama ahli keluarga mereka termasuk anggota serta sukarelawan Parol sebagai kelompok sokongan sosialdalam satu intervensi ilmu melalui aktiviti riadah di dalam komuniti.

Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL


Peranan Kelompok Sokongan Sosial


Intipati program selain menghargai Hari Kemerdekaan ke 57 dan Hari Malaysia adalah untuk menyuntik kesedaran kepada ODP dan PKW tentang pemikiran yang positif bermula dengan cara hidup yang sihat. Ia juga merupakan program intervensi dalam komuniti yang memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat dengan memperkenalkan salah satu lokasi riadah dan santai di kota metropolitan ini berteraskan konsep sosial dan kekeluargaan dalam persekitaran komuniti yang positif.

Bagi memastikan keberkesanan jangka panjang pemulihan melalui program intervensi seperti ini, ODP dan PKW diberi pendedahan dan ruang untuk memperbaiki diri ke arah kehidupan yang baik melalui pergaulan bersama kelompok sokongan sosial yang ada bersama-sama mereka. Dengan adanya kelompok yang berperanan menerima dan memahami, ia secara tidak langsung mampu dijadikan sebagai benteng kepada ODP dan PKW dalam membina jati diri untuk menangkis segala anasir negatif seterusnya mencegah dari terjurus kembali ke kancah keburukan. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting sebagai sumber motivasi dan sokongan moral merangkumi ahli keluarga mereka agar sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan diatas landasan yang diberkati.  

Program yang bermula jam 8 pagi ini disertakan dengan aktiviti riadah ‘berjalan 1000 langkah’ mengelilingi persekitaran Taman Tasik Titiwangsa dan berakhir sekitar 12 tengah hari dengan pengisian santai yang cukup bermanfaat dalam menyokong pembentukan masyarakat yang sejahtera.

Gambar-Gambar Semasa Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Berlangsung


Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Sesi memanaskan badan sebelum 'berjalan 1000 langkah'
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Berjalan bersama-sama mengelilingi Tasik Titiwangsa
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Panorama Kuala Lumpur yang sempat dirakam
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Walaupun berbaju kerja, namun ia bukan penghalang untuk aku berjalan sejauh 3km
mengelilingi tasik... Ketat je muka tu huhu.. - Kredit Gambar : Parol WPKL 
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Berjalan terus maju ke hadapan
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Perkongsian motivasi dan nasihat yang disampaikan oleh Pengarah Parol WPKL
PP Saidun Othman, yang turut serta 'berjalan 1000 langkah' bersama-sama. 

Peranan Parol Sebagai Tapak Sokongan Sosial Dalam Pemutihan Kitar Semula Modal Insan


Justeru, peranan kelompok sokongan sosial amatlah penting bagi memastikan mereka yang insaf dan bertekad untuk berubah tidak berasa tersisih atau dipinggirkan walaupun perlu berhadapan dengan stigma masyarakat. Melalui dorongan positif yang berterusan juga dapat melahirkan kesedaran yang mendalam kepada ODP dan PKW untuk sentiasa memegang amanah dan menghargai kepercayaan yang dianugerahkan atas nama peluang kedua.

“No Trust, No Parole”… Tanpa kepercayaan, maka tiadalah peluang untuk parol...

Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL



Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Logo Parol, Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia




Salam Hormat

Khir Khalid



Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak

0
0
Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak - Pasir Salak satu nama yang tidak asing dalam lipatan sejarah tanah air kita. Peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch yang telah mencetuskan peperangan diantara pentadbiran Kolonial British dengan orang-orang Melayu pastinya tidak akan lekang dari ingatan bila memperkatakan tentang sejarah yang telah berlaku di sini. Dalam FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourisam Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 – 18 Ogos yang lalu, kami berpeluang menghargai kronologi sejarah negara melalui lawatan ke Terowong Sejarah Pasir Salak di Perak.

Terowong Sejarah Pasir Salak, Kompleks Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah Pasir Salak ini terletak di dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak, kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia merupakan antara memorial terpenting yang dibina bertujuan memelihara sejarah peristiwa berdarah Pasir Salak yang merupakan pencetus kepada tertubuhnya sistem demokrasi berparlimen yang digunapakai di Malaysia pada hari ini.

Terowong Sejarah ini sebenarnya bukan hanya mempamerkan tentang peristiwa yang berlaku di Pasir Salak sahaja, tetapi menjelaskan kronologi sejarah negara melalui konsep diorama yang bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi sehingga 1000 masihi. Ia juga memuatkan rentetan peristiwa sewaktu era Kesultanan Melayu Melaka, perjuangan-perjuangan sewaktu era penjajahan, kemerdekaan dan pasca kemerdekaan.

Ia bertujuan memberi pemahaman berpandukan fakta berkenan rentetan peristiwa bersejarah di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris di Perak. Disamping itu, ia juga dibina untuk menghargai jasa serta pengorbanan para pahlawan serta masyarakat terdahulu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara demi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme kepada generasi kini dan seterusnya.

Gambar-gambar Sewaktu Lawatan ke Terowong Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah Pasir Salak
Jalan masuk ke Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak
Penerangan yang disampaikan oleh en Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Catatan ringkas yang terdapat di pintu masuk Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Suasana dalam yang gelap mempamerkan diorama bersejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak, Kesultanan Melayu Melaka
Diorama Kesultanan Melayu Melaka sebelum era penjajahan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Penentangan Melaka terhadap Portugis
Diorama pahlawan Melaka menentang Portugis
Terowong Sejarah Pasir Salak, Perjanjian Pangkor
Diorama sewaktu Perjanjian Pangkor
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah bermesyuarat dengan pembesar Perak dan peguam F.W. Duke
di rumah Dato' Sagor, Kg Gajah. Baginda menyatakan tidak puas hati terhadap
JWW Birch dan meminta F.W. Duke memaklumkan kepada gabenor.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Pembunuhan J.W.W. Birch : Pandak Indut, Panjang Bur, Kulup Ali, Dato' Sagor
dan Dato' Maharaja Lela merejam lembing ke arah J.W.W Birch yang sedang mandi
di rumah mandi, Pasir Salak pada pagi 2 November 1875
p/s: Tidak dapat memasukkan gambar kerana kawasan dioramanya agak luas.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksmana Wan Muhammad Amin
dan Syahbandar Uda Mansor menaiki kapal Cartheston pada 20 Julai 1877
ke Pulau Seychelles bagi menjalani hukuman buang negeri.
Manakala Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Idris menggesa kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
memulangkan kuasa kepada negeri dalam mesyuarat DURBAR
(Majlis Raja-Raja) di Kuala Lumpur pada Julai 1903.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama kemerdekaan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Pusat Bandar Seri Iskandar
Pelan pembangunan Pusat Bandar Seri Iskandar, Perak

Selesai menyelami rentetan sejarah tanah air yang meninggalkan kesan mendalam, kami dibawa ke bahagian lain yang menempatkan pelbagai jenis keris berserta maklumat mengenainya. Kami difahamkan, selain keris yang diperolehi oleh pihak muzium, terdapat juga yang diserahkan oleh waris untuk disimpan dan dipamerkan di sini. Terdapat pelbagai keris yang diperolehi dari seluruh pelusuk Nusantara. Kami dinasihatkan agar tidak mengambil gambar keris-keris tersebut secara dekat disebabkan telah berlaku pelbagai kejadian sebelum ini yang aku sendiri sukar untuk menerangkannya di sini. 

Melalui maklumat yang disampaikan juga, banyak pengetahuan baharu yang kami perolehi tentang keris merangkumi dari segi pembuatan, penjagaan dan penggunaan. Setiap keris juga sebenarnya menampilkan perwatakan pemakainya yang boleh dikenalpasti melalui kaedah-kaedah tertentu. Teknik yang dilakukan dalam aspek pembuatan keris-keris ini juga sebenarnya melangkaui kemajuan sains pada waktunya. Sesungguhnya, ia tersenarai antara senjata yang paling berbahaya di dunia. Walaupun kecil, pendek, berbengkok-bengkok... tetapi ia bukan sesuatu yang boleh diperlekehkan... Tak percaya, kajilah sendiri...

Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator
Bahagian lain di Terowong Sejarah yang menempatkan pelbagai keris
Terowong Sejarah Pasir Salak
Terdapat pelbagai jenis keris dari seluruh pelusuk Nusantara
Terowong Sejarah Pasir Salak
Mendengar penerangan tentang pembuatan keris.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Masing-masing mendengar dengan khusyuk
Terowong Sejarah Pasir Salak
Antara teknik pembuatan besi yang dipamerkan
Terowong Sejarah Pasir Salak
Kembali ke dunia kini...
Terowong Sejarah Pasir Salak
Menikmati suasana pemandangan Sungai Perak yang menyaksikan banyak peristiwa silam.
Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator Kompleks Sejarah Pasir Salak, Khir Khalid
Kenangan bergambar bersama En Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah Pasir Salak

Waktu Lawatan Ke Terowong Sejarah Pasir Salak adalah seperti berikut:
Dibuka setiap hari Isnin - Khamis (9:30 pagi - 5:00 petang)
Hari Jumaat (9:30 - 11:45 pagi) (2:45 - 5:00 petang)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am (9:30pagi - 5:00 petang)
Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Terowong Sejarah Pasir Salak Mempamerkan Warisan Dan Sejarah Malaysia


Aku berpendapat, Terowong Sejarah Pasir Salak ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk generasi muda agar dapat menyelami pengorbanan generasi terdahulu mempertahankan maruah tanah air melalui diorama kronologi sejarah yang dipamerkan. Justeru kepada yang ingin menghayati sejarah negara, Terowong Sejarah Pasir Salak merupakan tempat yang terbaik untuk anda.

Tidak ketinggalan juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak terutamanya yang bersekolah diperingkat menengah. Adalah disarankan agar membawa anak anda untuk menyelami warisan sejarah yang dipamerkan di sini. Ia sememangnya amat membantu dalam pembelajaran mereka terutamanya untuk mata pelajaran sejarah melalui penyerapan ilmu secara praktikal. Tidak ketinggalan juga, kepada sesiapa jua yang melancong ke Perak, Terowong Sejarah Pasir Salak adalah salah satu lokasi penting yang harus anda lawati.  

Terowong Sejarah Pasir Salak, Tourism Malaysia Perak, Jom Mancing Udang 2014, Emas Putih, Eshamz Halim, Khir Khalid
Kredit Gambar : Tourism Malaysia Perak

Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Anda juga dipersilakan like facebook rasmi untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.

Like Facebook : Tourism Malaysia Perak



Salam Hormat
Khir Khalid


Sesi Perkongsian Pengalaman Di Genovasi

0
0
Sesi Perkongsian Pengalaman Di Genovasi - Kesempatan pada pagi hujung minggu (20/9/2014), aku berpeluang menyampaikan sedikit perkongsian berteraskan kesedaran sosial kepada sekumpulan peserta program 'Innovation Ambassador Development Program' (IADP) bertempat di Genovasi, Petaling Jaya, Selangor. Perkongsian berdasarkan pengalaman ini diadakan bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan pengkajian serta sumber rujukan demi penambahbaikan segmen sosial dan kehidupan masyarakat.


Genovasi, Khir Khalid

Genovasi Menggilap Kreativiti Dan Inovasi


Genovasi adalah gabungan dari perkataan Generasi dan Inovasi yang ditubuhkan bertujuan menggilap kreativiti dan inovasi minda ‘design thinking’ agar menjadi generasi yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam persaingan arus kemajuan negara. Antara lain, Genovasi juga terlibat dalam pengkajian menangani permasalahan berkaitan isu sosial, ekonomi termasuk alam sekitar melalui penglibatan kerjasama dari pelbagai pihak bagi memastikan kemajuan dapat dicapai dengan seimbang dari segenap aspek kehidupan.

Tujuan kehadiran aku di sini tidak lain adalah untuk berkongsi fakta melalui pengalaman dan pandangan peribadi terhadap perkara berkaitan segmen sosial dan kemasyarakatan. Aku telah diperkenalkan oleh sahabat seperjuangan senior, saudara Aziz Jalil kepada pihak Genovasi untuk menyumbang serba sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam segmen sosial. Ia merangkumi kesedaran dari aspek koreksional, kitar semula modal insan, stigma masyarakat serta isu-isu berkaitan gejala sosial termasuk beberapa cadangan penambahbaikan dalam peranan kelompok sokongan sosial yang ada pada masa kini. Sememangnya, segala permasalah tersebut perlu dikenalpasti dari akar umbi bagi memperolehi antidote terbaik yang strategik dan effektif.

Gambar Semasa Sesi Perkongsian Di Genovasi


Sesi Perkongsian Pengalaman Di Genovasi, Genovasi, Khir Khalid
Sesi perkongsian secara santai berserta soal jawab.
Sesi Perkongsian Pengalaman Di Genovasi, Genovasi, Khir Khalid
Bersama beberapa peserta Genovasi.. All the best!!.. :)
Genovasi, Khir Khalid, Aziz Jalil, Azman Ismail
Bersama En. Aziz dan Pengurus Program Genovasi, En. Azman.

Menyokong Usaha Genovasi Untuk Kesejahteraan Negara


Secara peribadi, aku bersyukur kerana berpeluang menyampaikan sesuatu yang bermanfaat dalam sesi perkongsian pengalaman di Genovasi ini dan akan sentiasa menyokong segala usaha murni yang dilakukan. Adalah diharap agar apa yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat menyumbang mencetus idea solusi terbaik yang mempunyai nilai tambah dalam aspek rohani dan jasmani demi kesejahteraan masyarakat dan negara.


Salam Hormat

Khir Khalid


Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum

0
0
Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum– Sesungguhnya setiap musibah atau penyakit yang menimpa seseorang itu adalah penghapus dosa. Namun, kita sebagai manusia perlulah berikhtiar agar dapat mengubatinya dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT. Justeru, aku ingin memperkenalkan tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum yang pakar dalam penyembuhan holistik Islamiah kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.     


Klik banner untuk ke laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum
(www.alqayyum2u.blogspot.com) 

Pengenalan Pusat Rawatan Al-Qayyum


Pusat Rawatan Al-Qayyum telah diasaskan oleh Cikgu Indera Saifullah Tahir yang juga merupakan Ketua Perawat dan dibantu oleh Cikgu Abdullah Ibrahim pada 1 Februari 2011. Ia berkonsepkan sebuah ‘Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah’ (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang mengamalkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; iaitu merupakan gabungan variasi Perubatan Islam (mendominasi), Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Komplimentari dan Perubatan Suplimentari.

Terdapat 8 bidang perkhidmatan rawatan, iaitu;

1 - RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
2 - BEKAM SUNNAH
3 - RAWATAN JARAK JAUH
4 - RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
5 - PRODUK KESIHATAN ISLAM
6 - KELAS MENGAJI AL-QURAN
7 - PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
8 - PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK

Pusat Rawatan Al-Qayyum memperjuangkan Perubatan Islam yang terjamin suci dan bebas dari segala unsur yang bertentangan dengan Syariat Islam. Ia juga berperanan sebagai sebuah ‘Pusat Komuniti Setempat’ di dalam hal-hal berkaitan Perubatan Islam, demi menyedarkan dan mengelakkan masyarakat Islam dari terlibat dan terjerumus dengan perkara-perkara yang merosakkan aqidah; terutamanya dari tukang-tukang sihir, bomoh, pawang, dukun dan golongan sesat.

Jemaah Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Jemaah Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum (www.alqayyum2u.blogspot.com)

Kami bukanlah bomoh mahupun dukun tradisional. Kami juga bukan ‘Penyembuh’ kerana yang layak digelar ‘Penyembuh’ hanyalah Allah SWT; Tuhan Maha Esa bagi seluruh alam dan Maha Pencipta segala-galanya yang ada di langit dan di bumi.”

Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang diamalkan dan diusahakan oleh kami bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas, peranan dan tanggungjawab yang sedang dilaksanakan oleh para doktor di hospital-hospital dan klinik-klinik. Kehadiran kami adalah sebagai ‘Penyambung Ikhtiar’ agar Pesakit tidak berputus asa didalam mencari kesembuhan. Sesungguhnya, keserasian antara Ilmu Perubatan dan Pesakit itu amat penting bagi memastikan kesembuhan sesuatu penyakit atau masalah.” - Pusat Rawatan Al-Qayyum


Antara Gambar-Gambar Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah Pusat Rawatan Al-Qayyum 


Rawatan Jarak Jauh, Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Jarak Jauh - (www.alqayyum2u.blogspot.com)
Rawatan Bekam Sunnah, Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Bekam Sunnah - (www.alqayyum2u.blogspot.com)
Rawatan Sedutan Cas Negatif, Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Sedutan Cas Negatif - (www.alqayyum.blogspot.com)
Pengasas / Ketua Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera Saifullah
Pengasas / Ketua Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera Saifullah

Pusat Rawatan Al-Qayyum Terjamin Suci Dan Mengikut Landasan Syariat Islam


Justeru, anda dipersilakan melawat laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang segala usaha perawatan holistik Islamiah yang dilakukan. Jika anda memerlukan khidmat rawatan, adalah disarankan agar menghubungi jemaah perawat melalui maklumat yang disediakan di ruangan Hubungi Kami untuk temujanji. Mereka amat berbesar hati untuk membantu. 

Segala maklumat lanjut boleh diperolehi di link blog yang disediakan di sini:

Anda juga boleh mengikuti di laman facebook: 


Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar yang anda lakukan menjadi ibadah serta beroleh kesembuhan dengan sepenuh keberkatan dari Allah SWT… aamiin.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur

EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI


Salam Hormat

Khir Khalid


Amalan Rasulullah Ketika Sa’i

0
0
Amalan Rasulullah ketika Sa’i – Sebelum ini, aku ada berkongsi tentang amalan ketika tawaf haji dan umrah. Pada artikel kali ini pula, aku berhasrat berkongsi secebis pengetahuan yang mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi keyakinan diri ketika melaksanakan Sa’i. Amalan ketika sa’i ini dikongsi berdasarkan pengalaman, kursus dan juga pembacaan untuk kemudahan bersama.. in shaa Allah.

Amalan ketika Sa’i

Apa itu Sa’i


Sa’i merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilaksanakan dengan berjalan kaki (berlari-lari anak) berulang alik sebanyak 7 kali dari bukit Safa ke bukit Marwa dan dimulakan dari bukit Safa. Kedua-dua bukit tersebut mempunyai jarak sekitar 405 meter antara keduanya. Ketika jemaah melintasi Bathnul Waadi iaitu kawasan yang ditandakan dengan lampu berwarna hijau, (kawasan yang terletak di perjalanan antara bukit Safa dan Marwa) adalah disunatkan kepada jemaah lelaki untuk berlari anak manakala jemaah wanita sebaiknya berjalan cepat.

Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw membaca ayat ke 158, surah Al Baqarah ketika menghampiri bukit Safa. Ia bermaksud, “Sesungguhnya Safa dan Marwa itu adalah sebahagian dari syiar agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa’i di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala , lagi Maha Mengetahui.”
  

Apa Rasulullah Lakukan Ketika Sa’i


1 - Rasulullah memulakan Sa’i dengan naik ke bukit Safa hingga kelihatan Kaabah dari bukit tersebut. Di situ Baginda menghadap ke kiblat lalu membaca tahlil,

Lailahaillallahu wahdahu la syarikalahu, lahumulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli saiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.”

Seperti yang dinyatakan pada artikel sebelum ini, adalah digalakkan agar anda merujuk kepada penulisan jawi tentang pembacaan tersebut bagi memastikan tetepatan tajwid bacaan.

2 - Selesai membaca, Rasulullah saw berdoa kerana di situ adalah tempat makbulnya doa. Setelah habis berdoa, Baginda membaca tahlil “Lailaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.” Kemudian berdoa sekali lagi sehingga selesai dan membaca tahlil yang sama sekali lagi hingga selesai. Ini bermakna, Rasulullah membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali ketika berdiri di bukit Safa.

3 - Setelah selesai tahlil dan doa, barulah Baginda turun menuju ke Marwa. Bacaan doa pula tidak ada yang dikhususkan dan mintalah apa sahaja yang baik dan terniat di hati. Justeru jika benar-benar mengikut cara Rasululah ini, maka sa’i yang dilakukan akan mengambil sedikit masa yang lama.

4 - Berjalan ketika sa’i tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa, sebaliknya buatlah dengan tenang dan khusyuk. Tambahan pula rukun itu tidak diberatkan dengan bacaan yang panjang. Apa sahaja bacaan boleh dibaca sama ada zikir, tahlil, tahmid mahu pun berdoa. Ketika sampai di Marwa, Baginda mengulangi perbuatan yang sama ketika di bukit Safa iaitu membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali. Semua perbuatan ini dilakukan 7 kali ulang-alik Safa dan Marwa sehingga selesai sa’i.

Amalan ketika Sa’i
Kredit Gambar : Detikfoto

Kemanisan Sa'i Dalam Ibadah Haji Dan Umrah


Sesungguhnya sa'i mempunyai kemanisan tersendiri ketika kita mengerjakannya. Selain merupakan satu penghormatan kepada peristiwa Siti Hajar yang berusaha mencari sumber air dengan meninjau di bukit Safa dan Marwa ketika puteranya (Nabi Ismail) masih bayi. Kisah tersebut serta peristiwa yang berkait rapat sehingga terbitnya mata air (zamzam) pastinya membuatkan kita sedar betapa kuatnya erti keimanan dan berpegang teguh kepada Allah SWT.


Justeru, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji kepada semua jemaah haji sekelian. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah serta beroleh haji yang mabrur. Jangan sesekali mensia-siakan panggilan Illahi kerana sesungguhnya jemaah haji dan umrah adalah dikalangan yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT. Subhanallah walhamdulillah…


Salam Hormat

Khir Khalid


Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014

0
0
Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014 – Ibadah qurban dan aqiqah adalah sunat Muakkad yang sangat dituntut buat umat Islam. Apabila menjelangnya musim haji, akan ada banyak tempahan terutamanya di sekitar komuniti dan qariah masjid untuk menyumbang bahagian dalam ibadah qurban dan aqiqah ini. Sayangnya, disebabkan jangka waktu tempahan dan quota sembelihan yang terhad tidak ramai yang berpeluang melaksanakannya. Oleh itu, pilihan terbaik adalah dengan membuat tempahan secara online untuk qurban dan aqiqah di Kemboja dengan equrban.

Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014


Qurban Dan Aqiqah Di Kemboja


Sebelum ini aku pernah berkongsi maklumat tentang program ibadah qurban dan aqiqah eQurban di Kemboja. Alternatif kepada permasalahan quota dan bajet yang selalu diperkatakan itu adalah dengan melaksanakannya di tempat lain yang bersesuaian dengan kemampuan. Justeru, Kemboja merupakan tempat terbaik untuk meneruskan niat tersebut disebabkan beberapa faktor yang perlu kita ketahui.

Boleh dikatakan bahawa masyarakat Islam di Malaysia amat beruntung jika dibandingkan dengan Kemboja. Gambar-gambar yang aku kongsikan di bawah jelas menceritakan keadaan mereka. Kemboja masih menawarkan kadar harga yang rendah dalam keadaan ekonomi yang serba serbi menampakkan kenaikan. Namun dengan penjimatan kos tersebut, setiap bahagian anda akan mengalir sebagai ibadah kepada saudara seagama yang selayaknya memerlukan di Kemboja. Ketahuilah, hidangan daging qurban ini juga umpama satu juadah yang tidak terhingga nilainya bagi mereka. Mungkin hanya sekali dalam setahun mereka dapat menikmatinya, itu pun jika sokongon anda melalui ibadah qurban dan aqiqah yang dilakukan mencukupi buat mereka semua menjamu bersama…   

Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014


Qurban, Aqiqah Dan Komuniti Islam Kemboja


Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita bersyukur atas anugerah kehidupan yang Allah kurniakan kerana susah kita pun di sini pastinya tidak susah seperti kehidupan komuniti Islam di Kemboja. Itulah matlamat murni yang diperjuangkan eQurban dalam era kemajuan kita yang segalanya ada di hujung jari. Memudahkan urusan qurban dan aqiqah dengan kadar harga yang lebih rendah untuk tujuan kebaikan bersama… in shaa Allah.  

Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014
Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014
Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014
Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014
Qurban Dan Aqiqah eQurban Di Kemboja 2014
Sumber gambar-gambar : equrban.com


Senarai Harga Qurban Dan Aqiqah Dengan eQurban 2014


Senarai harga qurban dan aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja 2014 adalah seperti berikut.

1 bahagian lembu = RM 280.00
1 ekor lembu = RM 1960.00
1 ekor kambing = RM 550.00

Selain itu terdapat juga qurban dan aqiqah yang dilaksanakan di Mekah dan Indonesia sebagai alternatif pilihan anda. Untuk kadar harga tersebut disertakan di bawah ini untuk rujukan anda.

Qurban dan aqiqah di Mekah (Diuruskan oleh penanggungjawab di Mekah)
1 ekor kambing = RM 400.00

Qurban dan aqiqah di Indonesia = RM 550.00

Tarikh tutup tempahan qurban 2014 ialah pada 30 September 2014. Sebarang maklumat lanjut berserta tempahan qurban dan aqiqah bolehlah dibuat melalui link yang disediakan di bawah. Segeralah pasangkan niat dan menempah bahagian mengikut kemampuan dan keselesaan bajet anda.

(Sila klik banner untuk tempahan)

eQurban adalah program qurban dan aqiqah di Kemboja anjuran kerjasama Al Ansar Agro Sdn. Bhd. dan Koperasi Muslim Kemboja dengan sokongan Dewan Perniagaan Islam (Selangor) Malaysia, I Luv Islam.com, Denaihati.com dan Darul Maghrifoh. Artikel qurban dan aqiqah eQurban di Kemboja 2014 ini ditulis bertujuan menggalakkan penglibatan ramai serta memudahkan tempahan melalui blog ini. Kepada anda yang berhasrat untuk terlibat membantu memudahkan urusan qurban dan aqiqah kepada sesiapa yang memerlukan, bolehlah merujuk maklumat dan keterangan selanjutnya di sini. >>> Mendaftar Affiliate eQurban.

Semoga bersama kita semua beroleh kecemerlangan dan keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan di dunia dan akhirat, in shaa Allah… aamiin.


Salam Hormat

Khir Khalid


Tafsir Mimpi Penjara Bentong

0
0
Tafsir Mimpi Penjara Bentong– Mimpi berulang lagi… kali ini masuk kali ke 4 aku bermimpi perkara yang sama. Lantas, membuatkan aku ingin mencoretkan sedikit perkongsian dan bertanyakan pendapat dari sahabat pembaca yang dihormati tentang tafsiran mimpi tersebut. Mimpi yang berlaku lantaran peristiwa yang tak disangka, seterusnya mengheret kembali memori satu kisah di Penjara Bentong, Pahang.


Tafsir mimpi Penjara Bentong
MyMetro - 27 April 2012

Kisah Di Penjara Bentong


Sebelum itu, ingin aku ceritakan kisah yang terkait antara aku dengan gambar di atas. Ia bermula sekitar 2010, sewaktu aku terlibat dalam menjayakan program Bengkel Akademik di Penjara Bentong, Pahang. Aku diberi tanggungjawab membantu tenaga pengajar dalam menyuntik motivasi kepada penghuni penjara yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010. Kebanyakkan penghuni penjara berusia 20an mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan SPM atas kesedaran sendiri dan berhasrat menebus kesilapan serta berubah membina kehidupan yang baik apabila dibebaskan. Alhamdulillah… ada yang berjaya tersenarai antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam senarai pelajar-pelajar SPM di negeri Pahang bagi tahun 2010.

Sungguh pun begitu, peristiwa gambar yang diperolehi dari petikan berita ini berlaku pada tahun 2012. Allahyarham bernama Nasrul, pernah dipenjarakan kerana memiliki senjata api dari negara jiran merupakan antara pelajar yang aku bimbing. Arwah antara pelajar muda yang tercicir pembelajaran sebelum dipenjarakan tetapi jelas menampakkan keinsafan. Berita tersebut amat menyentap hati bila aku membacanya. Segala perasaan timbul dalam diri. Secara jujur, bergenang air mata aku… sedih, marah, sayu, gagal, hampa, terkilan…

Tafsir mimpi penjara bentong
Harian Metro - 27 April 2012


Aku Dan Arwah Nasrul      


Kepada sesiapa yang membaca artikel ini sama ada pernah bertugas atau dari kalangan bekas penghuni a.k.a pelajar Bengkel Akademik Penjara Bentong 2010, pasti mengenali aku dengan panggilan ‘Cikgu’. Aku menjadi tempat meluahkan segala isi hati peribadi pelajar. Arwah adalah antara yang tegar dan banyak luahan aku dengar darinya. Tentang peribadi, keluarga.. ibu bapa termasuk perihal adik beradik dan dunia gelapnya dahulu. Boleh dikatakan, aku seolah-olah mengenali bukan sahaja perwatakan arwah, malah setiap ahli keluarga yang diceritakan walaupun aku tidak pernah bersua dengan mereka. Keluarga yang baik dan hampir setiap bulan juga, arwah tidak pernah sepi dari kunjungan lawatan keluarganya.

Aku menganggap arwah antara insan yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk berubah. Arwah seorang yang amat tekun dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Secara jujur, selain membantu dalam mengulangkaji pelajaran, waktu terluang diantaranya aku penuhkan dengan menyemak pembacaan Al Quran yang arwah bacakan sehingga khatam. Aku diangkat arwah sebagai ‘cikgu’ dan abangnya. Sayang, sungguh menyedihkan apabila ini yang berlaku dalam waktu kurang setahun arwah bebas. Kegagalan arwah untuk berubah sedikit sebanyak mencerminkan kegagalan aku dalam membantu…

Tafsir mimpi penjara bentong


Mimpi Penjara Bentong Yang Hadir Berulang Kali


Setahun setelah arwah meninggal dunia, aku didatangi mimpi yang sama malah lebih kerap dalam tahun 2014 ini. Aku bermimpi bertemu arwah di Bengkel Akademik Penjara Bentong, tetapi jeriji besi memisahkan aku dan arwah yang duduk berteleku di lantai sebelah sana. Arwah memandang aku dan berkata-kata seperti ingin menyampaikan sesuatu, malang apa yang diperkatakan tidak langsung aku dengar seumpama menonton rancangan televisyen tanpa suara. Sedang aku cuba mendekati jeriji besi merapati arwah, aku ditarik kuat oleh wardar penjara seperti menyelamatkan aku dari sesuatu ancaman sehingga aku jatuh terlentang dan tersedar… Mimpi yang sama berlaku 4 kali sehingga kini.      

Mengingati saat akhir pertemuan sewaktu hidup, arwah pernah berkata “cikgu… bila saya bebas, kalau cikgu ada masalah yang tak tahu mana nak pandang.. carilah saya.. saya akan tolong cikgu apa cara pun…” . Sungguhpun banyak kata-kata tersebut aku terima termasuk dari yang lain, aku tidak menjadikannya sebagai sandaran. Aku ikhlas membantu dan tidak terlintas menganggap apa yang arwah perkatakan itu mendorong kepada yang negatif. Cuma… mengapa kini, aku rasakan bahawa arwah yang mencari aku untuk pertolongan atau ada sesuatu yang cuba disampaikan?...

Adakah juga ia sekadar mainan tidur akibat minda separa sedar aku yang terkesan dengan peristiwa diluar kotak pemikiran terhadap seorang yang tidak aku menyangka sanggup melakukannya. Atau ada maksud tafsirmimpi Penjara Bentongyang perlu aku perhalusi untuk kebaikan arwah.. wallahualam. Jika ada yang pernah mengalami mimpi yang hampir sama, aku mohon sedikit pandangan untuk dikongsikan.

#Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Nasrul Mat Nasir. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesilapannya… aamiin.


Salam Hormat

Khir Khalid


Kata Ganti Diri Aku Kepada KK

0
0
Kata Ganti Diri Aku Kepada KK– Setelah meneliti dengan mendalam hasil inspirasi dari blog beberapa rakan blogger, akhirnya aku juga mengambil keputusan untuk menukar kata ganti diri ‘Aku’ dalam penulisan blog ini kepada ‘KK’, iaitu singkatan kepada nama Khir Khalid. Macam mana… ok tak KK?… ke ‘abang KK’ huhu.. :D


Kata Ganti Diri Untuk Membendung Plagiarisme


Berikutan beberapa faktor termasuk isu plagiat (copy paste) yang berlaku, antara penyebab KK mengambil keputusan ini. Baru-baru ini, selepas beberapa artikel diplagiat, terjumpa pula kisah perogol yang KK tulis tahun lepas juga rupa-rupanya telah di copy paste. Lemah semangat sekejap… entah berapa banyak lagi artikel yang lanun-lanun ni copy paste pun KK tak tahu lah. Artikel-artikel dari blog picisan macam KK ini pun sanggup sewenang-wenangnya disalin tampal tanpa sebarang backlink. Rakus betul... penat tau nak mengarang dan menulis… Baik-baik tersenarai di muka pertama carian, ada yang jatuh ke muka 2 dan ke 3… baik-baik berpeluang menjana trafik 20k – 30k sehari, jatuh 2k – 3k sahaja... :D  

Sebenarnya, KK dah mula redha atas isu plagiat yang banyak berlaku dikalangan blogger ni. Redha kenalah redha… tetapi untuk tidak menggalakkan ia menjadi lebih memburukkan sememangnya memerlukan ikhtiar. KK berpendapat adalah satu tindakan pencegahan terbaik untuk menukarkan kata ganti diri seperti ‘aku’, ‘saya’ dan sebagainya kepada kata ganti diri yang sekali gus menjadi trade mark dalam penulisan. Sekurang-kurangnya, bila terjumpa artikel kita dicopy paste, kita masih boleh bertenang tengok trademark kata nama kita jelas terpampang di artikel blog tersebut… wallahualam.


Kata Ganti Diri Untuk Kebaikan Ranking Alexa


KK tak pasti sekiranya hal plagiat ini mempunyai kesan terhadap ranking Alexa. Cuma pada waktu kini, ranking blog ini agak merundum. Walaupun ada kenaikan pada ranking global, tetapi mencatatkan penurunan lebih 200 tangga dalam ranking Malaysia jika dibandingkan dengan sebelum ini >>> Ranking Alexa khirkhalid.com #3. Apa pun, semoga dengan menukar kata ganti nama ini juga menjadi usaha yang membawa kebaikan.. in shaa Allah.


Khir Khalid, Ranking alexa khirkhalid.com
Ranking Alexa khirkhalid.com (28/9/2014)



KK masih belum mampu untuk menerbitkan banyak artikel dalam sehari dan bukanlah gila dalam mengejar trafik. Apa yang KK cuba lakukan adalah menggunakan apa yang dipelajari agar artikel yang ditulis berbaloi dikongsikan dan sekurang-kurangnya sentiasa menerima kunjungan organik melalui penyenaraian carian seperti google dan sebagainya, walaupun sudah berbulan atau bertahun ia diterbitkan. Bila sesuatu artikel itu dicetak rompak, sememangnya akan terasa sebab... hmmm.. ada ke yang suka. Kalau ada, beritahulah KK, boleh KK copypaste artikel di blog tu dan terbitkan 10 artikel setiap hari... 


Kaki Plagiat Perosak Trafik, Penyekat Rezeki... Pencuri... #Apa hukum makan hasil curi eh?... 



Artikel di copy paste
Semasa lah sangat lu punya berita... dahlah tipu sumber... puii!!
Kesan plagiat pada blogger
Tajuk huruf besar dengan artikel yang 100% sama
5 bulan lepas artikel KK diterbitkan.. memang kacau lah kau ni...
Jadilah beretika, Blogger Malaysia
Jadilah blogger yang beretika dan bersaing secara sihat...

Sungguhpun begitu, dengan mengganti kata ganti diri ini hanyalah keputusan yang berdasarkan pemerhatian serta pandangan peribadi sahaja. Ada juga yang pendapat, seseorang blogger itu perlu mengukuhkan nilai dan ciri-ciri SEO pada penulisan dan blog agar blog lanun-lanun copy paste tersebut tidak dapat mengatasi penyenaraian blog kita dalam enjin carian walaupun menyalin tampal 100% sesuatu artikel itu. Tetapi, bagi KK yang baru bejinak-jinak dengan SEO yang tak berapa nak SEO ni, menukar kata ganti nama kepada KK adalah perkara permulaan yang sebaiknya. Selagi termampu akan sentiasa juga mendalami apa jua pengetahuan SEO agar artikel yang ditulis tidak sekadar menjadi seperti status yang di ‘share’ di laman sosial fb dan twitter semata-mata… hanya panas sewaktu diterbitkan, tetapi mengalir hanyut... sepi tanpa pengunjung organik…
 

Kata Nama KK Untuk Lebih Mesra


Selain itu juga, bila cuba menggunakan kata ganti diri aku kepada KKsecara rasmi dalam penulisan blog rasanya lebih macam comel je mesra dari aku atau saya. Ada sentuhan peribadi seperti gaya bercakap adik beradik juga ye tak. Walaupun masih kekok untuk menggayakan penggunaan KK dalam penulisan, tetapi akan terus diusahakan yang sebaiknya. Justeru, KK harap ia menjadi satu langkah yang baik, strategik dan mesra blogger untuk kebaikan jangka panjang, in shaa Allah.


Terima kasih atas ukhwah silaturrahim rakan-rakan blogger semua... :)



Salam Hormat

Khir Khalid



Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum

0
0
Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum– Kesempatan pada kelapangan malam minggu yang lalu, KK sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu sendiri dengan Cikgu Indera Saifullah yang merupakan pengasas kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pertemuan santai menjalin keakraban silaturrahim itu mengetengahkan perkongsian ilmiah tentang rawatan dan perubatan holistik Islamiah. Sesungguhnya, ilmu Allah itu terbentang luas dan hanya kita sahaja yang kadang kala alpa atas segala nikmat kurniaanNYA… subhanallah.


Kelebihan Rawatan Perubatan Islam


Pada artikel sebelum ini, KK ada memperkenalkan tentang Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum. Justeru, perkongsian kali ini adalah mengenai keistimewaan kaedah penyembuhan holistik Pusat Rawatan Al-Qayyum itu sendiri.

Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang bukan hanya menitikberatkan penyembuhan dari sudut jasmani semata-mata, tetapi merangkumi sudut rohani, minda, hati dan jiwa insan. Antara perkongsian Cikgu Indera Saifullah ialah berkenaan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam merawat sesuatu penyakit yang dihidapi pesakit. Rawatan ‘scanning’ adalah kaedah permulaan yang dilakukan bagi memastikan simptom dan tahap keseriusan penyakit atau masalah yang dihidapi pesakit sebelum meneruskan rawatan selanjutnya.

Punca penyakit atau masalah akan dikenalpasti melalui kaedah ‘scanning’ tersebut berpandukan amalan ayat-ayat suci Al-Quran serta kaedah yang berteraskan As-Sunnah. Perlu juga kita fahami bahawa bukan semua penyakit itu berpunca semata-mata dari gangguan makhluk halus. Ada diantaranya disebabkan ‘stress’ atau masalah yang boleh disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Kebijaksanaan serta keperihatinan Perawat dalam mengenal pasti punca penyakit atau masalah dalam menyembuhkan pesakit merupakan faktor penting yang dititikberatkan oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan rumah dan premis perniagaan
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan dan terapi Al-Quran
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Prosedur rawatan penuh Terapi Al-Quran

13 Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum


Di sini, KK lampirkan maklumat berkenaan 13 keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyumyang disalin dari laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum (www.alqayyun2u.blogspot.com). Ia boleh juga di baca di sini:

- Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum;

1. Boleh diaplikasikan sebagai Rawatan UTAMA, Rawatan TERAPI dan Rawatan SOKONGAN kepada perubatan moden.

2. Dapat Mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit ATAU dapat MENGURANGKAN rasa kesakitan ATAU dapat MENYEMBUHKAN Penyakit yang tidak dapat diubati oleh Perubatan Moden ATAU KESEMUANYA. In shaa Allah.

3. Mengaitkan aspek BADAN, MINDA, ROHANI, HATI DAN JIWA seseorang pesakit itu dan bukan semata-mata hanya merawat aspek kesihatan fizikal.

4. Gabungan khasiat dan fadhilat ayat-ayat suci AL-QURAN, AS-SUNNAH, ZIKRULLAH, ASMA'UL HUSNA SERTA DOA-DOA MUSTAJAB SECARA INTENSIF.

5. Gabungan variasi pelbagai kepakaran PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL, ALTERNATIF, KOMPLIMENTARI DAN SUPLIMENTARI.

6. PENDEKATAN MENYELURUH ISLAMIAH melalui kaunseling, psykologi, kerohanian Islam (dakwah), sumber dan tenaga alam semulajadi, terapi (berbagai jenis), herba tradisional dan produk kesihatan Islam; yang berlandaskan SYARIAT ISLAM DAN HUKUM SYARAK sepenuhnya.

7. Sesi Rawatan dan Terapi yang dijalankan secara EKSKLUSIF ke atas setiap Pesakit; yakni tidak bercampur dengan mana-mana Pesakit lain dalam bilik yang sama. Ini akan dapat memastikan privasi menjaga maruah diri dan kerahsiaan Pesakit.

8. ETIKA MELINDUNGI - segala maklumat peribadi pesakit sentiasa dianggap Sulit dan Rahsia.

9. Kaedah yang dijalankan telah diintepretasi, direkabentuk dengan teliti serta dilaksanakan secara SISTEMATIK; menurut protokol dan Prosedur Operasi Tetap (Standard Operation Prosedure) demi keselamatan, faedah dan kepuasan kepada para pesakit.

10. Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah kami jalankan adalah TERBUKTI BERKESAN di dalam merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit dan masalah yang berkaitan - melalui PENGALAMAN SEBENAR kami merawat pesakit sebelum ini.

11. LAYANAN ISTIMEWA - secara peribadi, terperinci, profesional dan mesra oleh Perawat bagi setiap penyakit dan masalah.

12. USAHA SECARA ISTIQOMAH (BERTERUSAN) - demi untuk menyembuhkan penyakit atau masalah dengan sempurna; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua.

13. SUASANA DALAMAN YANG KONDUKTIF, SELESA DAN MENENANGKAN - yang menggabungkan ciri-ciri Surau, Spa dan Klinik sebagai interpretasi mantap Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah.

Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum menggabungkan kepakaran Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Komplimentari dan Suplimentari yang berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Zikrullah, Asma’ul Husna serta doa-doa mustajab secara intensif.


Jelaslah sesungguhnya Perubatan Holistik Islamiah Pusat Rawatan Al-Qayyum, tidak menentang sebarang elemen dalam perubatan moden. Malahan, Perubatan Islam ini sepatutnya menjadi asas paling utama khususnya kepada masyarakat Islam sebagai rawatan sokongan kepada perubatan moden. Persepsi sesetengah masyarakat kita yang memandang perubatan Islam ini sekadar perubatan alternatif dan hanya diperlukan apabila tiada penyelesaian yang diperolehi dari perubatan moden perlulah diubah. Ketahuilah bahawa Islam itu sendiri merupakan paksi utama untuk kehidupan kita. Melalui amalan yang disertakan kaedah-kaedah tertentu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya mampu merawat penyakit dan merupakan penyembuh yang paling mujarab… subhanallah.

Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera Saifullah Tahir, Khir Khalid
Santai ilmu bersama Cikgu Indera Saifullah, PengasasPusat Rawatan Islam Al-Qayyum

Justeru, KK sediakan di bawah link rujukan ke laman blog dan Facebook page Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk maklumat lanjut termasuk temujanji Perawat kepada yang berhasrat mendapatkan rawatan penyakit dan masalah yang dihadapi;

 

 
Laman Blog

Facebook Page

Pusat Rawatan Al-Qayyum

B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment,
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis : 2:00 pm – 11:00pm
Jumaat : 2:00 pm – 11:00pm
Sabtu : 2:00pm – 6:00pm
Ahad : Tutup

'Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan 

dan iblis laknatullah'


EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI
  


Salam Hormat
Khir Khalid


Penghargaan Blogger Mesra September 2014

0
0
Penghargaan Blogger Mesra September 2014– Salam Oktober... baru hari ini KK berkesempatan untuk mengukir penghargaan buat sahabat blogger mesra bulan September 2014. KK sertakan senarai antara sahabat blogger yang sudi bertandang berkongsi pandangan lantas menjadikan blog ini tidak sepi dari keramahan serta kemesraan… Alhamdulillah. Terima kasih!


Senarai Link Blogger Mesra Septembar


KK sertakan juga seperti biasa senarai link sahabat blogger mesra September 2014 di sini. Justeru, kepada yang belum mengenali, dipersilakanlah melawat blog mereka menjalin ukhwah silaturrahim dan kemesraan maya.

Muhammad Khairuddin Lim

Akif Imtiyaz

Noe Suhaimi

Amy J

Belog Santai

Acik Idah

Ahmad Zu Mal Md Rayi

Sentiasa Panas

Mardiah Diana

Yana Yani


Penghargaan buat semua pengomen dan pengunjung blog 


Penghargaan terima kasih juga aku ucapkan kepada yang tidak tersenarai namun sentiasa sudi berkunjung meninggalkan komen beramah mesra sebagai sokongan persahabatan yang teramat tinggi nilainya buat KK. Tidak lupa juga kepada ‘silent readers’ diatas kesudian menyinggah dan membaca artikel-artikel KK yang tidak seberapa ini di sepanjang bulan September... 

Mudah-mudahan bersama kita semua beroleh kebaikan dan kejayaan bersama… aamiin.

Terima kasih, syukran jazilan, gracias, thank you!! J



Salam Hormat

Khir Khalid


Blogger Area Mega Give Away

0
0
Jom klik banner dan join!!!

Buat pertama kalinya Blogger Area menganjurkan Blogger Area Mega Give Away yang ditaja oleh 61 orang blogger dan online shop yang owesome!. Alhamdulillah, KK juga berpeluang menyertai barisan sponsor dalam acara Mega GiveAway ini. Ia akan berlangsung selama sebulan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2014.  

Hadiah ditawarkan kepada 153 pemenang yang bertuah. Jom ramai-ramai kita support disamping mengukuhkan jalinan silaturrahim sesama blogger dengan menyertainya. Untuk maklumat lanjut, silalah klik banner di atas. 

Jom... jom... jom!!!... :)


Salam Hormat
Khir Khalid


Salam Aidiladha 2014 / 1435H

0
0
Salam Aidiladha 2014 / 1435H– LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK… Peluang menunaikan rukun Islam kelima sudah pasti menjadi impian setiap Muslimin dan Muslimat. Ibadah haji adalah medan jihad yang cukup besar. Manusia diuji dengan pelbagai keadaan dan sabar adalah kemuncak jihad. Itulah ibadah yang penuh dengan seribu satu rahsia, hikmat dan nikmat beribadah.


Salam Aidiladha

Sambutan Hari Raya Aidiladha


Bagi kita yang menyambutnya di sini pastinya mengimarahkan ketibaan Aidiladha dengan menunaikan ibadah qurban. Tidak ketinggalan juga yang berkumpul bersama keluarga dengan hidangan mengeratkan pertalian kekeluargaan atau bersama-sama dalam jalinan silaturrahim kejiranan dan penduduk setempat. Walau apa jua keadaan pun, Aidiladha pasti disambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi… subhanallah walhamdulillah… Allahuakbar.

Salam Aidiladha 2014 / 1435H


Justeru, KK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh saudara Islam, sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur… aamiin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2014 / 1435H



Salam Hormat

Khir Khalid


Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

0
0
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3) – Kisah pengajaran untuk iktibar dan peringatan bersama. Pada Khamis (2/10/2014), KK bersama Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur telah ke Sri Pentas untuk segmen Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang diadakan secara langsung pada jam 12:00 tengah hari. Program tersebut mengetengahkan informasi dan kesedaran untuk iktibar masyarakat seluruhnya.  

Program Wanita Hari Ini di TV3 banyak mengetengahkan perkongsian isu kepenjaraan dan pada kali ini, segmen yang diadakan meliputi aspek koreksional dan pemulihan di luar penjara. Penjelasan berkenaan PKW telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad dari Ibu pejabat Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti bagi memperjelaskan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Untuk pengetahuan lanjut, KK pernah berkongsi tentang PKW yang boleh di baca di sini >>>> Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Wanita Hari Ini, WHI, TV3
  

Perkongsian Delilah Dalam Wanita Hari Ini


Delilah (bukan nama sebenar) adalah seorang Pesalah Kehadiran Wajib berusia 20 tahun yang mempunyai 6 orang adik beradik. Disebabkan penceraian kedua ibubapa, beliau terpaksa menamatkan persekolahan sewaktu di tingkatan 3 untuk membantu ibu dalam menyara keluarga dengan bekerja di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota. Kini, adik lelaki beliau yang masih menuntut di tingkatan 4 juga terpaksa bekerja selepas waktu persekolahan demi membantu menyara kehidupan keluarga. Lebih mengharukan apabila dua orang adik kembarnya terpaksa diserah dan dibesarkan oleh keluarga angkat disebabkan kesempitan hidup yang beliau sekeluarga alami.

Bekerja dalam usia yang muda pasti banyak cabaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, trend sosial dan perasaan ingin mencuba. Hanya disebabkan pengaruh rakan, Delilah akhirnya ditangkap oleh pihak pengurusan pusat membeli belah kerana mencuri seluar berjenama di pusat tersebut. Apa yang lebih malang, beliau bukan sahaja diberhentikan kerja tetapi telah dilaporkan kepada pihak polis sebagai peringatan kepada pekerja-pekerja yang lain. Delilah disabitkan atas kesalahan mencuri dibawah seksen 381 Kanun Kesiksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun. Namun disebabkan kesalahan pertama serta beberapa faktor yang diambilkira, Delilah dijatuhkan hukuman menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama 4 jam setiap hari untuk tempoh 3 bulan oleh pihak mahkamah.

Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

Sebagai Pesalah Kehadiran Wajib, Delilah ditempatkan ke sebuah rumah amal orang-orang tua di pinggir kota. Beliau ditugaskan mengurus orang-orang tua termasuk memberi mereka makan di sana. Ia menginsafkan Delilah tentang realiti kehidupan dan menyesali perbuatan yang dilakukan. Pengakuan telus beliau yang pada mulanya tidak menyangka bahawa kesalahan yang pada mulanya dirasakan kecil sebenarnya memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada dirinya, malah ibu dan seluruh keluarga yang bergantung kepadanya untuk menyara kehidupan. Beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak mahu ibunya ditempatkan di rumah amal orang-orang tua satu hari nanti hanya kerana kesilapan yang dilakukan olehnya sebagai anak sehingga tidak berpeluang menjaga ibunya sendiri. Beliau juga bertekad untuk lebih berhati-hati dalam soal persahabatan dan berkawan agar kesalahan-kesalahan seperti ini tidak akan berulang lagi.

Gambar-Gambar Sekitar Program Wanita Hari Ini (WHI-TV3)


Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Sesi perbualan PKW bersama TKPj Abdul Aziz dan Pegawai Parol, Jabatan Penjara Malaysia
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
PKW bersama Pegawai Kehadiran Wajib, KIP Kasim Sharif sebelum acara bermula
Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini, TV3
Menunggu sebelum acara WHI bermula
Wanita Hari Ini, Khir Khalid, KIP Kasim Sharif
Kenangan di belakang tabir bersama pengacara WHI, PKW dan Pegawai Parol
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
TKPj Abdul Aziz bersama pegawai bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti,
Jabatan Penjara Malaysia

PKW Sebagai Peluang Kedua


Berdasarkan usia yang masih muda, Delilah masih bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman Perintah Kehadiran Wajib telah membuka mata hatinya untuk tidak mudah menerima ajakan kawan semata-mata kerana peluang keseronokan walaupun diketahui ia sesuatu yang bersalahan. Kesan dari perbuatan tersebut bukan sahaja ditanggung oleh si pelaku, malah turut memberi kesan kepada mereka yang disayangi terutamanya keluarga tercinta. Kini, beliau bercita-cita untuk mendalami kemahiran memasak sebagai satu jalan memajukan diri dan kehidupan seluruh keluarganya. Mudah-mudahan segala hasrat yang baik dipermudahkan jalan oleh Allah SWT… aamiin.

Semoga perkongsian Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI - TV3) ini dapat dijadikan peringatan, iktibar serta pengajaran untuk kebaikan kita semua.

Wanita Hari Ini (WHI-TV3), TKPj Abdul Aziz Mohamad, KIP Kasim Sharif, Khir Khalid

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini :
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


Viewing all 711 articles
Browse latest View live